Kosmo Online - Negara
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Negara |
- Anjakan ekonomi ke tahap tinggi
- Menteri Kabinet anggap Najib umum langkah paling berani
- Pucuk pimpinan tidak apologetik
Anjakan ekonomi ke tahap tinggi Posted: Anjakan ekonomi ke tahap tinggiOleh ZULKIFLI MANZOR PARA tetamu melaungkan slogan 'Hidup Melayu' selepas Najib berucap pada Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera di Shah Alam, Selangor semalam. SHAH ALAM – Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengumumkan lima langkah dan strategi baharu nasional bagi memperkasakan ekonomi bumiputera supaya setanding dengan kaum lain sekali gus menjana ekonomi negara ke peringkat maksimum. Perdana Menteri berkata, pelaksanaan strategi tersebut akan diletakkan terus di bawah Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) yang akan ditubuhkan tidak lama lagi. Beliau sendiri akan menjadi Pengerusi MEB yang menggantikan Majlis Tindakan Agenda Bumiputera (MTAB). Ia akan bersidang sebulan sekali. "Kita mendengar rintihan tuan-tuan dan puan-puan. Kami dengar dengan jelas dan terang. Kerajaan sedia maklum masih wujud jurang ketidaksamaan pendapatan antara etnik. "Atas sokongan dan dokongan yang diberikan oleh orang Melayu dan bumiputera (kepada Barisan Nasional) pada Pilihan Raya Umum ke-13, maka kerajaan hari ini (semalam) memutuskan untuk membuat satu anjakan besar bagi melaksanakan strategi serta pendekatan yang konkrit lagi tuntas ini," katanya. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
Menteri Kabinet anggap Najib umum langkah paling berani Posted: Menteri Kabinet anggap Najib umum langkah paling beraniSHAH ALAM – Beberapa menteri Kabinet yakin program Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mampu mencapai kejayaan jika semua pihak jujur mahu menjayakannya. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek berkata, pengumuman mengenai pemerkasaan ekonomi bumiputera itu adalah satu pendekatan yang amat berani dan cukup telus. Bagaimanapun, katanya, kaum bumiputera perlu memainkan peranan masing-masing selaku menteri, ketua bahagian parti atau peniaga bagi memastikan program pemerkasaan itu berjaya. "Jangan asyik bertanya apa yang mereka akan dapat daripada kerajaan tetapi tanya diri sendiri apa yang dapat mereka sumbangkan untuk kemajuan bumiputera," katanya. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
Pucuk pimpinan tidak apologetik Posted: Pucuk pimpinan tidak apologetikNAJIB dan Muhyiddin melihat replika kapal Nautica Tanjung Puteri I keluaran bumiputera sambil diberi penerangan oleh Ketua Keanggotaan E A Technique (M) Sdn. Bhd., Farrah Radziah Abdul Hak (kiri) sempena Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera 2013 di Shah Alam semalam. SHAH ALAM – Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam membuka lembaran baharu dalam perjuangan Barisan Nasional (BN) khususnya kepada masyarakat bumiputera. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pengumuman itu sesuatu yang dinanti-nantikan kerana ia adalah respons kepada suara yang dikemukakan banyak pimpinan bumiputera, badan bukan kerajaan dan masyarakat bumiputera secara keseluruhannya bagi membela mereka dalam pembangunan ekonomi. "Bagi saya, hari ini cukup bertuah dan memang ditunggu-tunggu, kita tidak apologetik dan tidak merasa bimbang kalau-kalau pihak lain yang bukan bumiputera atau masyarakat antarabangsa melihat ini sebagai sesuatu yang bersifat kumpulan tertentu. "Bagi kita, yang penting ialah agenda bumiputera, ketegasan dan keberanian Perdana Menteri amat kita sanjungi," katanya ketika ditemui selepas Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera di Dewan Agung Tuanku Canselor, Universiti Teknologi Mara di sini. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |