Kosmo Online - Negara
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Negara |
Posted: Selesaikan kes tembak Hussain
KUALA LUMPUR - Pemburuan polis terhadap individu yang amat dikehendaki bagi membantu siasatan kes pembunuhan pengasas Kumpulan Perbankan Arab-Malaysia, Hussain Ahmad Najadi berakhir apabila pihak berkuasa itu berjaya menahan seorang lelaki Cina selepas 56 hari kejadian tersebut berlaku. Lelaki bergelar Sei Ngan Chai (bermaksud Empat Mata dalam bahasa Kantonis) yang berusia 44 tahun tersebut ditahan di sebuah rumah papan di Taman Larut Tin Tambahan, Taiping, Perak pada pukul 12.30 tengah malam semalam bersama dua lagi rakannya yang berusia 26 dan 31 tahun. Dua lelaki itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 212 Kanun Keseksaan kerana memberi perlindungan kepada Ngan Chai. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Posted: Tiga maut kereta bertembungOleh HAFIZ ABBAS KEADAAN kereta Proton Iswara yang remuk selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Kuantan-Sungai Lembing dekat Kampung Bukit Kuin, Kuantan kelmarin. KUANTAN - Tiga sekeluarga termasuk seorang bayi berusia setahun menemui ajal apabila kereta yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan di Jalan Kuantan-Sungai Lembing dekat Kampung Bukit Kuin di sini kelmarin. Mangsa yang maut dalam kejadian pada pukul 7.45 malam itu ialah pemandu Proton Iswara, Wan Hassan Basri, 53; isterinya, Zainab Yatim, 57, dan cucu mereka, Nur Ameera Amran. Pasangan suami isteri itu yang tinggal di Kampung Charu, Sungai Lembing maut di tempat kejadian manakala Nur Ameera meninggal dunia tiga jam kemudian ketika menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini. Kemalangan turut menyebabkan dua anak pasangan itu, Mohd. Faizullah, 24, dan Rohilah, 39, parah dan dirawat di HTAA. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Graduan tulang rapuh dapat kerja Posted: Graduan tulang rapuh dapat kerja
BESUT - Selepas tiga tahun menganggur, siswazah kurang upaya yang memiliki ijazah berkembar daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Nik Nor Ermiza Rozana Mustaffa, bersyukur dengan tawaran kerja yang diterima daripada kerajaan negeri Terengganu. Wanita berusia 32 tahun yang memiliki Ijazah Undang-Undang dan Syariah itu bakal berkhidmat sebagai Pegawai Eksekutif Teknologi Maklumat di Pusat Bestari.com di bawah Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri Terengganu (Tesdec) di sini. Disahkan menghidap kerapuhan tulang sejak lahir, Nik Nor Ermiza Rozana dari Kampung Gong Pak Mentosa, Tembila di sini hanya memiliki ketinggian 100 sentimeter. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |