Kosmo Online - Varia
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Varia |
Posted: Ubat gigi untuk gigi sensitif
GIGI sensitif merupakan satu masalah yang sering melanda jutaan rakyat Malaysia. Malah, kajian menunjukkan satu daripada tiga penduduk di negara ini mengalami masalah tersebut. Namun, lebih 70 peratus daripada mereka tidak mencari bantuan atau rawatan untuk mengatasi masalah gigi sensitif. Menyedari hakikat itu, GlaxoSmithKline Consumer Healthcare Sdn. Bhd. (GSK) tampil memperkenalkan ubat gigi Sensodyne Complete Protection yang direka khas bagi menangani masalah gigi sensitif. Uniknya, ubat gigi istimewa ini menawarkan tujuh manfaat dalam satu produk. Dengan penggunaan dua kali sehari secara berterusan, ubat gigi Sensodyne Complete Protection, ia mampu melindungi pengguna daripada ketidakselesaan terhadap gigi sensitif, menguatkan enamel, mengawal plak, membantu mengekalkan gusi sihat, memberi kesegaran pada nafas dan menjadikan gigi putih berseri. UBAT gigi Sensodyne Complete Protection ini boleh didapati dalam dua varian. Ubat gigi ini dicipta dengan teknologi unik yang dinamakan NovaMin yang menghasilkan kalsium dan fosfat yang berfungsi sebagai perlindungan untuk gigi sensitif. Sensodyne Complete Protection juga boleh didapati dalam varian Extra Fresh. Kedua-duanya hadir dalam bentuk tiub seberat 100 gram yang dijual pada harga RM14.50. Produk ini boleh didapati di semua pasar raya besar dan farmasi di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, layari laman web www.sensodyne.com.my. | |
Jalani saringan awal talasemia Posted: Jalani saringan awal talasemia Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR KEMPEN saringan pembawa talasemia dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan sejak tahun 2008. - Gambar hiasan STATISTIK Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menunjukkan bahawa satu daripada 20 rakyat negara ini merupakan pembawa gen talasemia iaitu sejenis penyakit kecacatan darah yang diwarisi daripada keluarga kepada anak. Kecacatan gen ini menyebabkan hemoglobin dalam sel darah merah menjadi tidak normal. Disebabkan itu, pesakit talasemia tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang mencukupi dalam darah mereka. Hemoglobin adalah bahagian sel darah merah yang mengangkut oksigen dari paru-paru ke seluruh tubuh. Semua tisu tubuh manusia memerlukan oksigen. Oleh itu, akibat kekurangan sel darah merah yang normal, pesakit kelihatan pucat. Biasanya pesakit talasemia mempunyai paras hemoglobin yang rendah iaitu kurang daripada 10 gram per desiliter. Pengarah Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga KKM, To' Puan Dr. Safurah Jaafar berkata, secara umumnya sebanyak 76 peratus daripada populasi dewasa di Malaysia menghidap talasemia, tetapi hanya 26 peratus yang menjalani ujian saringan. Justeru, pihaknya berharap masyarakat akan lebih peka mengenai kepentingan menjalani saringan talasemia untuk masa depan yang lebih baik. "Kempen Jalanilah Ujian Talasemia ini bermatlamat menurunkan bilangan kelahiran bayi talasemia dalam tempoh panjang dan meningkatkan kualiti hidup pesakit. "Selain daripada saringan pembawa, kami turut berhasrat memperkukuhkan rawatan pesakit talasemia di hospital. Pada tahun 2013, peruntukan sebanyak RM40 juta telah diluluskan bagi pembelian ubatan agen pengelat bagi penghidap talasemia dalam kalangan kanak-kanak," ujarnya dalam satu sidang akhbar di Putrajaya baru-baru ini. PESAKIT talasemia major perlu menjalani rawatan tansfusi darah setiap bulan. Tambah Safurah, ibu bapa dan pesakit talasemia perlu mengambil kesemua ubat-ubatan secara konsisten, terutamanya agen pengelat, kerana ia boleh mengurangkan pengumpulan lebihan zat besi dari organ tubuh. "Selain itu, golongan remaja berusia 16 tahun ke atas, pasangan yang berhasrat untuk mendirikan rumah tangga dan golongan dewasa juga amat digalakkan menjalani ujian saringan pembawa talasemia yang disediakan secara percuma di klinik-klinik kesihatan kerajaan berhampiran," katanya. Tambah beliau, ujian saringan pembawa talasemia telah diperkenalkan oleh KKM bermula tahun 2008. Sejak itu, seramai 1,523,913 individu telah menjalani ujian tersebut. Daripada jumlah itu, seramai 23,110 orang dikenal pasti sebagai pembawa talasemia. Seramai 8,623 orang atau satu per tiga daripada jumlah tersebut berada di Sabah. Jenis talasemia Menurut Safurah lagi, terdapat dua jenis penyakit talasemia iaitu talasemia minor dan talasemia major. Bagi talasemia minor, ia merujuk kepada mereka yang mempunyai kecacatan gen talasemia tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda penyakit atau sebagai pembawa. Sementara itu, talasemia major merujuk kepada mereka yang mempunyai baka talasemia sepenuhnya dan menunjukkan tanda-tanda penyakit itu. Mereka yang disahkan menghidap talasemia major memerlukan transfusi darah secara berterusan setiap bulan sepanjang hayat mereka. Namun, rawatan ini mempunyai risiko yang menyebabkan pengumpulan zat besi dalam organ-organ utama seperti hati, limpa, jantung dan kelenjar endokrin, sekali gus merosakkan fungsi organ berkenaan. Justeru, pesakit perlu menjalani rawatan penyingkiran zat besi sebanyak lima kali seminggu, selain melakukan pemindahan sumsum tulang sekiranya ada penderma yang sesuai. Untuk maklumat lanjut, layari laman web www.myhealth.gov.my; www.infosihat.gov.my atau hubungi hospital dan klinik kesihatan kerajaan berdekatan. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Varia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |