{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Feminin

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Feminin


Menghidupkan gaya vintaj

Posted: 30 Aug 2013 12:40 PM PDT

AKSESORI seperti rantai leher, gelang tangan, anting-anting dan cincin sering menjadi pelengkap gaya kepada wanita.

Namun, bukanlah satu kemestian untuk menggayakan keseluruhan aksesori tersebut agar kamu tidak kelihatan seperti pokok krismas bergerak disebabkan memakai terlalu banyak barang hiasan.

Disebabkan itu, memakai satu atau dua daripada aksesori berkenaan sahaja sudah cukup untuk menyerlahkan penampilan kamu.

Rantai leher misalnya mampu memberi impak besar kepada penampilan seseorang. Jika dahulu, buah rantai hanya terhad kepada beberapa bentuk sahaja seperti bentuk hati, bulat atau segi empat, kini bentuk seperti burung hantu, kucing, misai, rumah dan loceng menjadi kegilaan penggemar fesyen vintaj.

Bentuk buah rantai yang ringkas cukup menyerlah apabila dipadankan dengan blaus atau baju polos.

Pendek kata, rantai ini merupakan salah satu aksesori yang sesuai dengan gaya kasual mahupun santai. - LYNN/SHIDDIEQIIN ZON

Dunia khayalan Liza Razak

Posted: 31 Aug 2013 06:16 AM PDT

JIKA diukur dari segi bilangan pengikut A Delusional Thinking Of Liza Razak, mungkin ramai menyangkakan pemilik blog ini masih 'mentah' dalam arena blog biarpun sebenarnya dia telah memulakan aktiviti tersebut sejak Oktober 2010.

Bagi Nurhasliza Abd. Razak atau lebih mesra dengan panggilan Liza, 29, sangkaan itu tidak menghalang dirinya untuk berkongsi idea tentang fesyen terutama stail bohemian dan kecantikan dengan pengikutnya.

Malah segmen What I Wore, katanya, sudah mempunyai pengikut tersendiri sehinggakan ada yang meminta dia memuat naik gambar terbaharu jika tidak mengemas kini ruangan tersebut.

Sejak aktif menulis blog, suri rumah sepenuh masa itu berkata, sedikit sebanyak dia dapat mengisi waktu terluang dan berkongsi idea dengan rakan-rakan baharu di samping mengembangkan perniagaan dalam talian yang dimulakan sejak tahun lalu.

Bagi kamu yang mahu berkongsi idea tentang fesyen, kecantikan, muzik mahupun fotografi, bolehlah berkunjung ke http://pypylamb.blogspot.com/ untuk bertukar-tukar pendapat bersama Liza. - LYNN/SHIDDIEQIIN ZON

Bercerita berdasarkan pengalaman

DISEBABKAN gemar memuat naik entri mengenai solekan, jadi saya mencuba sendiri mana-mana barangan kecantikan terlebih dahulu sebelum membuat ulasan. Kebanyakan produk yang saya reviu adalah berdasarkan pengalaman menggunakan barangan tersebut sejak sekian lama. Bagaimanapun, saya tidak dapat menafikan bahawa setiap produk kecantikan menunjukkan tindak balas berbeza bergantung kepada jenis kulit. Oleh itu, saya sering menitipkan pesanan di akhir ulasan tentang perbezaan kesan yang mungkin dialami pengguna.

Bela kucing terbiar

WALAUPUN menyukai kucing, namun saya sama sekali tidak pernah terfikir untuk membela haiwan tersebut kerana tahu ia bukanlah suatu perkara yang mudah. Tetapi apabila ternampak anak kucing terbiar di hadapan pintu rumah, saya menjadi sayu. Jadi, saya memujuk suami untuk membenarkan saya memelihara haiwan tersebut. Disebabkan perasaan belas kasihan itu, saya kini membela dua ekor kucing jantan bernama Cooter dan Cici sejak tiga tahun lalu.

Hadiah kahwin seekor burung

SELAIN membela dua ekor kucing, saya turut membela burung budgie yang dihadiahkan seorang teman pada hari perkahwinan saya. Ketika itu, saya mahupun suami tidak tahu cara untuk memelihara burung yang kami namakan Chombee, apatah lagi ketika itu burung tersebut baharu berusia lima hari. Mujurlah saya mempunyai seorang teman yang bekerja di Taman Burung dan daripada dialah kami banyak belajar cara untuk membela Chombee.

Internet jadi guru

MELALUI internet, saya mempelajari pelbagai perkara seperti teknik solekan, idea fesyen, seni fotografi termasuklah cara memelihara Cooter, Cici dan Chombee. Jika mahu mengetahui tentang sesuatu perkara, saya akan menggeledah dari satu laman web ke satu laman web untuk mencari jawapan dan pastinya, 'guru' saya itu tidak pernah mengecewakan.

Antara membaca dan menyanyi

SEJAK zaman persekolahan, saya sudah meminati hasil tulisan Michael Connelly. Banyak juga karya beliau yang sudah saya baca. Bermula daripada pengaruh rakan serta filem, saya kini turut meminati karya Paulo Coelho dan Gabriel Garcia Marquez. Saya juga meminati muzik jazz, rock and roll, selain gemar bermain ukulele pada masa lapang. Pun begitu, sudah tentu nyanyian menjadi keutamaan saya. Malah, jika bersosial bersama teman-teman rapat, pastinya pusat karaoke menjadi destinasi pilihan.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat