Utusan Online - Johor
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Johor |
Pegawai polis cedera dirempuh penunggang lesen L Posted: 31 Aug 2013 11:00 AM PDT AHMAD Shah Abdul Rasheed yang mengalami kecederaan kini dirawat di Hospital Pakar Johor, Johor Bahru, semalam. PONTIAN 31 Ogos - Seorang pegawai polis cedera akibat dirempuh seorang penunggang motosikal yang cuba mengelak daripada diperiksa dalam sekatan jalan raya di Kilometer 60.5, Jalan Johor Bahru-Batu Pahat, awal pagi ini. Kejadian berlaku kira-kira pukul 2.10 pagi ketika mangsa, Inspektor Ahmad Shah Abdul Rasheed, 28, mengetuai sekatan jalan raya bersama empat anggota polis dan 20 anggota sukarelawan berhampiran Simpang Empat, Pusat Perdagangan Pontian. Ketua Polis Daerah, Supritendan Zahaliman Jamin berkata, tiba-tiba sebuah motosikal ditunggangi seorang lelaki berusia 23 tahun cuba mengelak daripada ditahan dan memecut laju melepasi sekatan itu. "Penunggang terbabit gagal mengawal kenderaannya dan merempuh Ahmad Shah yang berada di tengah jalan manakala dua anggota polis lain sempat mengelak. "Berikutan itu pegawai polis terbabit tercampak sehingga mengalami kecederaan di bahu kiri dan kedua-dua belah telinga," katanya kepada pemberita hari ini. Menurutnya, penunggang motosikal itu yang berkerja di sebuah restoran makanan segera di Singapura ditahan di tempat kejadian selepas motosikalnya terjatuh. Beliau berkata, Ahmad Shah dikejarkan ke Hospital Pontian sebelum dirujuk ke Hospital Pakar Johor di Johor Bahru manakala suspek direman selama tiga hari sehingga Isnin ini mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Zahaliman memberitahu, penunggang motosikal itu hanya memiliki lesen L namun cuba melarikan diri kerana bimbang kenderaannya disita. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Johor To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |