{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Hiburan

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Hiburan


Posted: 19 Sep 2013 03:28 AM PDT

Oleh AZEEM PISHAL

KUALA LUMPUR 19 Sept. - Lagu Tulus berjaya menembusi pasaran Indonesia hasil kolaborasi antara bekas naib juara Akademi Fantasia 7 (AF-7), Aril dan penyanyi Indonesia, Perry.

Aril amat berbesar hati kerana single tersebut diterima dan berjaya menembusi carta-carta di stesen radio negara jiran itu.

"Terima kasih tidak terhingga untuk peluang yang diberikan Astro Talent dan Sony Music Entertainment Indonesia serta sokongan moral ibu bapa, keluarga dan peminat," katanya pada sidang akhbar memperkenalkan singlenya itu di Publica Solaris Dutamas, di sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Naib Presiden Bahagian GenNext Astro, Yasmin Megat dan Penolong Timbalan Naib Presiden Bahagian Muzik dan Bakat Astro, Prakesh Swami Nathan.

Single Tulus itu diedarkan oleh Astro dan Sony Music Entertainment Indonesia dan boleh dimuat turun menerusi telefon bimbit. - UTUSAN ONLINE

Sanggup ke rumah orang tua

Posted: 18 Sep 2013 11:03 AM PDT

Oleh AIDA RIZMARIZA KAMARUDDIN
Gambar ASWAD YAHYA

Di mata wanita dia kelihatan cukup sempurna. Malah dengan populariti yang dimiliki menjadikan penyanyi ini antara dambaan wanita untuk dijadikan suami. Tetapi jodoh bukan sesuatu yang boleh dikawal manusia. Sehingga kini dia masih selesa sendiri tanpa wanita bergelar isteri mahupun kekasih.

Bagaimanapun, bercakap soal kehidupan yang penuh rahsia, Anuar Zain akui dia tidak pernah takut sekiranya suatu hari nanti dia ditakdirkan untuk menjadi penghuni rumah kebajikan orang tua.

Melihat keterbukaan itu timbul persoalan, adakah Anuar benar-benar reda jikalau dia tidak akan melalui fasa perkahwinan?

Cukup awal sebenarnya untuk bercakap soal reda memandangkan Anuar atau nama sebenarnya Shahrul Anuar Zain baru berusia 43 tahun.

Menyelami hati Anuar dengan status lelaki pilihan ramai ini, Hits diberikan jawapan olehnya mengenai jodoh.

"Belum sampai jodoh lagi, nak buat macam mana? Ini urusan Allah. Saya akui memang ada fikir soal memiliki keluarga sendiri. Tetapi ia bukan sesuatu yang merisaukan saya," katanya.

Melihat jauh ke masa hadapan, Anuar akui bukan sesuatu yang 'malang' jika benar hari tuanya nanti dilalui di rumah orang tua.

"Itulah persepsi orang kita. Apabila seseorang itu dimasukkan di rumah orang tua akan wujud rasa kasihan. Walhal ia sesuatu yang biasa di luar negara. Tinggal di rumah orang tua juga adalah sesuatu yang tidak perlu kita takuti.

"Kalau betul pun ada anak, kita tidak boleh harapkan anak untuk menjaga kita waktu tua. Mereka juga mempunyai kehidupan sendiri," jelasnya.

Jelasnya, pilihan untuk tinggal di rumah orang tua memang pernah difikirkan. Bagi Anuar sudah sampai masanya dia berfikiran realistik dalam membuat keputusan.

"Jika duduk di rumah orang tua ada rakan-rakan dan lebih selesa. Jadi, kenapa saya tidak mahu? Saya juga bersedia kalau itu takdir saya.

"Tetapi saya tidak nafikan memang kasihan apabila melihat ada warga tua yang dihantar anak-anak mereka dalam keadaan terpaksa," katanya.

Tiada resah

Jika ada sebahagian selebriti kini mengambil anak angkat sebagai langkah mendapatkan kehidupan berkeluarga dengan lebih cepat, Anuar mempunyai idea yang berbeza.

Baginya, jika rakan sebaya sudah selesa dengan isteri dan anak-anak dia pula sangat bertuah mempunyai keluarga besar yang dikongsi bersama ibu bapa dan adik-beradiknya yang lain.

"Saya sudah ada banyak anak buah. Saya rasa itu sudah cukup. Saya tidak pernah terfikir untuk mendapatkan anak angkat.

"Saya sangat bersyukur untuk dikurniakan keluarga yang saling mengambil berat antara satu sama lain.

"Saya tidak pernah rasa sunyi. Kehidupan saya sempurna," katanya tersenyum.

Antara 'orang lama' dalam dunia seni, Anuar agak tegas dalam membuat keputusan.

Jika selebriti lain kini menjadikan kegilaan laman sosial sebagai jambatan buat mereka berhubung dengan peminat, Anuar mempunyai cara yang cukup berbeza.

"Saya tidak mempunyai sebarang laman sosial secara peribadi. Saya tidak fikir saya memerlukannya.

"Saya lihat laman sosial hanya sebagai ancaman buat saya. Tanpa mengenali saya segala kutukan boleh dimuat naik tanpa belas kasihan. Secara jujurnya ia memang mengganggu saya secara emosi," katanya.

Menjelaskan sebab utama dia menjalani kehidupan yang begitu rahsia tanpa melibatkan kegiatan di laman sosial, kerana dia percaya maklumat peribadinya tidak perlu diberikan kepada umum secara bertimpa-timpa.

Dia mahu masa yang diperuntukkan untuk dirinya tidak diganggu.

"Pernah terjadi saya sedang berada di sebuah kedai makanan. Seorang pelanggan di situ telah memuat naik di laman Twitter mengenai kedudukan saya.

"Ini, menyebabkan ada peminat yang hadir secara tiba-tiba. Saya tidak mempunyai masalah. Cuma kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan.

"Sebab itu saya akui agak fobia bila tiba-tiba orang halakan telefon ke arah saya, kerana bukan sahaja mereka bercakap mengenai saya tetapi orang di sekeliling saya juga," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat