Utusan Online - Luar Negara
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Luar Negara |
Konvoi bas diserang di Syria, 9 maut Posted: 19 Sep 2013 11:01 AM PDT BEIRUT 20 Sept. - Sekurang-kurangnya sembilan orang awam terbunuh apabila serangan bom tepi jalan dilancarkan terhadap satu konvoi bas mini di wilayah Homs di Syria semalam. Pengarah Kumpulan Pemantau Hak Asasi Manusia di Syria, Rami Abdel Rahman berkata, serangan tersebut berlaku di berdekatan jalan kampung Jabburin, yang menghubungkan bandar Homs. Beberapa bom diletupkan menggunakan alat kawalan jauh ketika konvoi bas terbabit melalui jalan berkenaan, menyebabkan sembilan orang terbunuh." - AFP |
India: Lima suspek kes rogol berkumpulan didakwa Posted: 19 Sep 2013 10:59 AM PDT MUMBAI 20 Sept. - Lima suspek lelaki yang terlibat dalam kes rogol secara berkumpulan seorang jurugambar pada bulan lalu, didakwa di mahkamah di sini semalam. Empat suspek didakwa di Mahkamah Esplanade atas sekurang-kurangnya lima pertuduhan termasuk merogol secara berkumpulan, melakukan seks luar tabii, mengurung mangsa, memusnahkan bukti dan berkonspirasi dalam kejadian pada 22 Ogos lalu. Manakala seorang lagi suspek bawah umur didakwa di mahkamah juvenil kerana berusia bawah 18 tahun ketika melakukan jenayah terbabit. Mangsa yang berusia 22 tahun dirogol berulang kali ketika dia ditugaskan mengambil gambar di sebuah kilang terbiar di tengah Mumbai. Seorang rakan lelaki yang menemaninya turut dipukul dan diikat dengan tali pinggang ketika wanita terbabit diserang dan dirogol. - AFP |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |