Utusan Online - Hiburan
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Hiburan |
Webisod persembahan Prema Yin di premayin.com Posted: 02 Sep 2013 02:46 AM PDT PREMA Yin membuat persembahan sambil memetik alat muzik tradisional India, sita sempena pelancaran album terbarunya di Plaza Kristal, Petaling Jaya hari ini. - UTUSAN KUALA LUMPUR 2 Sept. - Penyanyi indie, Prema Yin bakal melancarkan dokumentari mini berepisod atau webisod yang memaparkan aksinya membuat persembahan secara spontan di tempat-tempat umum yang boleh mula disaksikan bermula esok. Video sebanyak 10 episod yang berdurasi selama 10 hingga 12 minit setiap episod itu boleh ditonton di laman web www.premayin.com. Selain itu, penyanyi 27 tahun yang popular dengan lagu Menarilah dan Eyo-Eyo itu bakal melancarkan sebuah album mini yang mengandungi lima buah lagu awal tahun hadapan. - UTUSAN ONLINE |
Spring lancar album baharu selepas 9 tahun Posted: 01 Sep 2013 10:22 PM PDT KUALA PILAH 2 Sept. - Kumpulan Spring yang telah sembilan tahun menyepi kini kembali dengan pelancaran single album terbaharu, 'Spring-Slavemaster, di bawah naungan syarikat Bayintera Network Sdn Bhd. Majlis pelancaran album yang memuatkan dua buah lagu bertajuk Pengemis dan Titipan itu disempurnakan Exco kerajaan Negeri Sembilan Datuk Norhayati Omar di sini malam tadi. Ia sempena majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran Ketua Pegawai Eksekutif Bayintera Network Sdn Bhd, Datuk Baharin Abdullah di Jalan Bahau, Juasseh dekat sini. Bercakap kepada pemberita, ketua kumpulan Zaha Mohd berkata album berkenaan adalah sebagai hadiah dan tanda terima kasih buat penyokong, peminat yang tidak jemu memberi sokongan serta galakan untuk Spring terus bertapak dalam industri muzik tanah air. "Kita menghasilkan sebuah konsep lagu dan susunan muzik yang lebih segar dan moden agar kehadiran kumpulan kami dapat memberikan satu tranformasi dalam menelusuri arus ritma muzik tanah air," katanya. Selain Zaha (gitar utama) sebagai anggota lama, Spring turut dianggotai muka baharu iaitu Mizal (bass), Fayzaid (keybord) dan Adeen (drum) serta penyanyi Jai. Sementara itu, Baharin berkata sebanyak RM100,000 diperuntukkan bagi menghasil dan mempromosikan album single kumpulan itu. - BERNAMA |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |