Kosmo Online - Komuniti Kita
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Komuniti Kita |
- Konvoi berbasikal pupuk semangat cintai negara
- Mini MAHA dapat sambutan
- Warga universiti meriahkan rumah terbuka NC USM
Konvoi berbasikal pupuk semangat cintai negara Posted: Konvoi berbasikal pupuk semangat cintai negara
KONVOI MERDEKA. Buat julung-julung kalinya, Sekolah Kebangsaan (SK) Lubuk Terua, Lanchang, Pahang mengadakan acara konvoi berbasikal di sekitar sekolah terbabit sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 pada 30 Ogos lalu. Seramai 60 orang terdiri daripada 20 guru dan 40 murid menyertai konvoi berkenaan. Menurut guru besar sekolah itu, Mohamad Zainal Abidin, konvoi berbasikal ini bertujuan menyemarakkan semangat kemerdekaan selain memupuk silaturahim antara murid dan guru. Katanya, peserta konvoi memulakan kayuhan basikal pada pukul 8.30 pagi. Bagi menyelitkan pengalaman zaman sebelum merdeka, para peserta selepas menamatkan kayuhan disajikan dengan ubi kayu yang juga makanan asasi rakyat negara ini pada waktu itu. | |
Posted: Mini MAHA dapat sambutanTAJUDDIN (kanan) melawat salah satu daripada 114 gerai pameran sempena mini MAHA di Ipoh, Perak baru-baru ini. HASIL PETANI. Jabatan Pertanian Perak menganjurkan Pameran Mini Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan (Mini MAHA) peringkat daerah Kinta dan Kampar di pekarangan pasar raya besar Tesco Extra, Ipoh, Perak baru-baru ini. Pameran yang bertujuan mempromosikan produk pertanian daripada pengusaha sekitar Ipoh, Batu Gajah, Gopeng dan Kampar itu dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Tajuddin Abdul Rahman. Pengarah Jabatan Pertanian Perak, Sulaiman Hashim berkata, pameran selama tiga hari itu melibatkan 114 pengusaha dari daerah Kinta dan Kampar. | |
Warga universiti meriahkan rumah terbuka NC USM Posted: Warga universiti meriahkan rumah terbuka NC USMOMAR (kiri) melayan tetamu pada Rumah Terbuka Aidilfitri di kediamannya di kampus Universiti Sains Malaysia, Minden, Pulau Pinang baru-baru ini. RAI TETAMU. Kira-kira 1,000 tetamu memeriahkan majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Naib Canselor (NC) Universiti Sains Malaysia (USM) di kediaman rasminya di kampus pusat pengajian tinggi itu di Minden, Pulau Pinang baru-baru ini. NC USM, Profesor Datuk Omar Osman ketika ditemui berkata, majlis dalam suasana santai itu diadakan bagi meraikan Aidilfitri bersama-sama kakitangan serta rakan korporat universiti itu. "Majlis ini juga memberi peluang kepada kakitangan di semua peringkat termasuk para pensyarah luar negara mengenali budaya makan kenduri yang merupakan tradisi masyarakat Melayu di negara ini," ujarnya. Tetamu disajikan dengan pelbagai juadah menyelerakan seperti nasi himpit, rendang, sate ayam, rusa dan kambing, kuih-muih serta tidak ketinggalan mi goreng sotong. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Komuniti Kita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |