Utusan Online - Jenayah
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Jenayah |
Pindaan akta beri kuasa lebih kepada polis - Zahid Posted: 02 Sep 2013 10:47 PM PDT Oleh MOHD. FIRDAUS ISMAIL PULAU PINANG 3 Sept. - Draf pindaan Akta Pencegahan Jenayah 1959 yang sudah siap dijangka akan memberi kuasa yang lebih kepada pihak polis bagi membanteras jenayah secara lebih berkesan. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pindaan berkenaan akan dibentangkan di Parlimen pada 23 September ini dan berharap mendapat sokongan rakyat serta parti-parti politik pembangkang. "Kita juga mahu memastikan akta ini turut diguna pakai di Sabah dan Sarawak menerusi pindaan tersebut. "Ketika ini Peguam Negara sudah menyiapkan draf pindaan itu dan fasal yang digubal membabitkan langkah pencegahan. Kita akan akan pastikan polis lebih mempunyai taring dalam membanteras jenayah," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE |
Operasi 6P: PATI acu pistol ketika cuba larikan diri Posted: 02 Sep 2013 10:30 PM PDT Oleh THOMAS CHONG PUTRAJAYA 3 Ogos - Operasi 6P yang dilancarkan sejak awal pagi 1 September lalu telah menangkap 2,586 orang pendatang tanpa izin (PATI) di mana 771 daripadanya merupakan warganegara Indonesia. Turut ditangkap 579 warganegara Myanmar, Bangladesh (389), Nepal (243) selain rakyat Kemboja, Vietnam, India, Pakistan, Filipina, China, Nigeria dan Thailand. Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Alias Ahmad berkata, dalam satu serbuan yang dilakukan di Negeri Sembilan, pegawai penguatkuasa telah diacu pistol oleh seorang PATI yang sedang melarikan diri. "Kejadian itu berakhir tanpa sebarang kecederaan tetapi ia menunjukkan PATI telah mula menggunakan senjata api ketika berdepan pasukan penguat kuasa," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Jenayah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |