Utusan Online - Luar Negara
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Luar Negara |
Filipina pertimbang alih blok konkrit di kawasan pertikaian Posted: 10 Sep 2013 10:36 AM PDT MANILA 11 Sept. - Tentera Filipina mempertimbangkan langkah untuk mengalihkan blok konkrit yang dipercayai dipasang oleh China di kawasan pertikaian di Laut China Selatan, baru-baru ini. Timbalan Admiral Tentera Laut, Jose Luis Alano semalam berkata, tiada aktiviti terbaharu dikesan di kawasan Terumbu Shoal sejak Jabatan Pertahanan menuduh Beijing memasang kira-kira 75 blok konkrit di kawasan rebutan itu. Luis bagaimanapun berkata, keputusan untuk mengalihkan batu blok tersebut terletak kepada kerajaan dan bukannya pihak tentera. Apa yang pasti, tentera akan terus memantau aktiviti semasa di kawasan terbabit," katanya. Manila sebelum ini mendakwa, pemasangan blok itu mungkin permulaan kepada pembinaan struktur bangunan oleh China di kawasan beting, yang terletak hanya 220 kilometer dari pulau Luzon, Filipina. Namun Kementerian Luar China pada minggu lalu menafikan bahawa Beijing meletakkan blok konkrit berkenaan sambil menegaskan kawasan Terumbu Shoal merupakan sebahagian wilayah China. - AFP |
Pakistan setuju bebas pemimpin nombor dua Taliban Posted: 10 Sep 2013 10:35 AM PDT ISLAMABAD 11 Sept. - Kerajaan Pakistan semalam bersetuju untuk membebaskan bekas pemimpin nombor dua Taliban Afghanistan, Mullah Abdul Ghani Barada sebagai usaha memperbaiki hubungan dengan negara jiran tersebut. Kerajaan Kabul sebelum ini menuntut agar Islamabad membebaskan Mullah yang ditahan pada Januari 2010 selepas dituduh melakukan sabotaj terhadap usaha memulihkan keamanan di Afghanistan. Mullah dijangka dibebaskan pada bulan ini dan merupakan anggota pemberontak Taliban yang ke-34 dibebaskan oleh pihak keselamatan Pakistan sejak tahun lalu. - AFP |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |