Utusan Online - Luar Negara
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Luar Negara |
Obama beri amaran kepada Presiden Iran berhubung isu nuklear Posted: 15 Sep 2013 10:10 AM PDT WASHINGTON 15 Sept. - Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama berkata, beliau dan Presiden baharu Iran Hassan Rowhani kini saling berhubung. Dalam satu temubual yang ditayangkan di berita ABC hari ini, Obama turut memberi amaran bahawa keenggan pihaknya melakukan serangan ke atas Syria tiada kaitan dengan usaha AS untuk menghalang penggunaan bom nuklear di Iran. Beliau juga mengesahkan menghubungi Rowhani dan percaya drama penggunaan senjata kimia oleh Syria menunjukkan bahawa cara diplomatik akan berhasil jika ianya disertakan dengan tindakan ketenteraan. - AFP |
Tiga pengikut Syiah dipenjara atas kesalahan cuba membunuh polis Posted: 15 Sep 2013 10:08 AM PDT DUBAI 16 Sept. - Mahkamah Bahrain menjatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun kepada tiga orang penganut fahaman Syiah yang disabitkan atas kesalahan cuba membunuh pegawai polis pada bantahan anti-kerajaan. Jaafar Ali, Hussain Mansur dan Mustafa Abdulkarim telah didakwa cuba membunuh tiga orang polis `dengan sudah dirancang pada 16 Februari di perkampungan Syiah di Karzakan, barat laut Manama. Pendakwa raya turut menuduh mereka memiliki senapang buatan sendiri, melakukan keganasan terhadap polis dan terlibat dalam bantahan yang tidak dibenarkan. - AFP |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |