Utusan Online - Mahkamah
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Mahkamah |
Penternak lembu terlepas hukuman gantung Posted: 15 Sep 2013 10:55 AM PDT ALOR SETAR 15 Sept. - Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas dan membebaskan seorang penternak lembu daripada tuduhan mengedar dan memiliki dadah di Kulim, dua tahun lalu. Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohd. Zaki Abdul Wahab membuat keputusan tersebut selepas mendapati pembelaan tertuduh, Ahmad Fadzil Hamzah, 34, berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. Bagi pertuduhan pertama, Ahmad Fadzil didakwa mengedar 16,321.9 gram heroin dan 149.6 gram monoacetylmorphines di dalam sebuah kereta Mercedes Benz bernombor pendaftaran SA 5880J di tepi rumah beralamat No. 9 Kampung Baru Sungai Kob, Kulim pada pukul 1 petang, 5 Ogos 2011. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori bagi pertuduhan itu. Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa memiliki 84.8 gram kanabis di tempat, masa dan tarikh yang sama dan didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(2) akta yang sama. Mohd. Zaki ketika penghakiman berkata, terdapat keraguan munasabah berkaitan pemilikan kunci kereta tersebut yang didakwa ditemui dalam beg sandang tertuduh ketika ditahan dalam rumah tersebut. Katanya, keterangan dua saksi pembelaan juga berjaya menyokong keterangan tertuduh yang menafikan kunci kereta yang ditemui menyorok dadah tersebut adalah miliknya. "Setelah menimbangkan pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah berkaitan tertuduh yang ada pemilikan terhadap kunci tersebut. Oleh itu, tertuduh dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan tersebut," katanya. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Nor Hasnita Wan Daud manakala Ahmad Fadzil diwakili peguam, Datuk Naran Singh. Sementara itu, Ahmad Fadzil yang ditemui memberitahu, dia bersyukur dengan keputusan tersebut dan melahirkan rasa tidak sabar untuk kembali ke pangkuan isteri dan dua anaknya di kampung. "Saya inginkan mulakan hidup baharu bersama anak dan isteri, lagi pun sudah dua tahun tidak dapat berhari raya dengan mereka. "Insya-Allah saya dan keluarga akan buat kenduri kesyukuran sempena Hari Raya Aidiladha ini dengan mengorbankan dua ekor lembu," katanya yang ditemani ibunya, Siti Doyah Ahmad, 65. |
Penternak lembu terlepas hukuman gantung Posted: 15 Sep 2013 12:29 AM PDT Oleh JAMLIAH ABDULLAH ALOR SETAR 15 Sept. - Mahkamah Tinggi Alor Setar hari ini melepas dan membebaskan seorang penternak lembu daripada dua tuduhan mengedar dadah di Kulim, dua tahun lalu. Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohd. Zaki Abdul Wahab membuat keputusan tersebut selepas mendapati pembelaan tertuduh, Ahmad Fadzil Hamzah, 34, berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. Bagi pertuduhan perrtama, Ahmad Fadzil didakwa mengedar 16,321.9 gram heroin dan 149.6 gram monoacetylmorphines di dalam sebuah kereta Mercedes Benz bernombor pendaftaran SA 5880J di tepi rumah beralamat No. 9 Kampung Baru Sungai Kob, Kulim pada pukul 1 petang, 5 Ogos 2011. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori bagi pertuduhan itu. Sementara bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa mengedar 84.8 gram kanabis di tempat, masa dan tarikh yang sama dan didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(2) akta yang sama. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Wan Nor Hasnita Wan Daud manakala Ahmad Fadzil diwakili peguam, Datuk Dr. Naran Singh. - UTUSAN ONLINE |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Mahkamah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |