{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Pemotoran

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Pemotoran


McLaren memasuki pasaran Malaysia

Posted: 13 Sep 2013 11:52 AM PDT

Dua orang model bersama kereta McLaren 12C untuk pasaran Malaysia yang dipamerkan di Sunway Damansara, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 13 Sept. - Dua model kereta berprestasi tinggi jenama McLaren, 12C Coupe dan 12C Spider yang diperkenalkan hari ini diharap menjadi pilihan rakyat Malaysia yang berpendapatan tinggi.

Harga kedua-dua model itu masih belum ditetapkan, bagaimanapun dianggarkan harganya serendah RM2.1 juta, tanpa pakej-pakej tambahan.

Pengarah Jenama McLaren Kuala Lumpur, Eau Chian Boon berkata, pihaknya menyedari persaingan daripada jenama-jenama mewah yang lain, namun yakin terhadap sambutan yang bakal diterima oleh jenama dari United Kingdom (UK) itu.

Peningkatan golongan berpendapatan tinggi di Malaysia akan membuka pasaran McLaren di sini," katanya kepada pemberita selepas memperkenalkan dua model itu di sini hari ini.

Kedua-dua model itu mempunyai kapasiti enjin 3.8 liter dengan kelajuan maksimum 333 kilometer sejam.

McLaren bakal membuka pusat pameran pertamanya di Kuala Lumpur yang terletak di Mutiara Damansara pada pertengahan Oktober ini bagi memenuhi keperluan pelanggan mendapatkan maklumat dan perkhidmatan lepas jualan.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat