Kosmo Online - Rencana Utama
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Rencana Utama |
Bayar seringgit untuk menunggang kuda Posted: Bayar seringgit untuk menunggang kudaTATKALA kanak-kanak lain masih berselubung dengan selimut menikmati cuti hujung minggu, ada satu susuk tubuh kecil sedang leka membersihkan kandang kuda seawal pukul 7 pagi. Begitulah rutin yang dilakukan Ahmad Muzaffar Abd. Razak, 11, setiap kali tiba hari cuti persekolahan. Cinta pandang pertamanya terhadap kuda berputik di kandang. Bau 'harum' yang memenuhi segenap ruang kandang berkenaan seolah-olah tidak menjadi masalah kepada dirinya. Beberapa bulan kemudian, Ahmad Muzaffar memberanikan diri untuk menunggang kuda. Ketika itu dia baru berumur 10 tahun. Barangkali kuda-kuda yang ada di situ juga sudah mengenali Ahmad Muzaffar membuatkan dia kelihatan sangat cekap mengendalikan haiwan yang lima kali ganda lebih besar daripada tubuhnya. "Saya rasa lebih berani selepas belajar menunggang kuda dan tidak mudah berasa takut jika terlibat dengan situasi mendebarkan. "Jika sebelum ini saya akan lari sebaik nampak kelibat anjing, sekarang rasanya saya tidak terlalu takut dengan haiwan tersebut," katanya yang gemar menunggang kuda bernama Saqaf kerana lebih jinak dan mudah diuruskan. Ahmad Muzaffar juga gemar menghabiskan masa lapangnya di kandang kuda berbanding bermain gajet terkini yang menjadi peneman setia segelintir remaja hari ini. Secara tidak langsung, minatnya itu memupuk rasa bertanggungjawab terhadap haiwan dan barangan yang dimilikinya. NUR SYUHADA bertanggungjawab bagi memastikan kuda-kuda di Pusat Sukan Sunnah diberikan makanan dan minuman yang mencukupi. Hal tersebut diakui Jurulatih Sunnah Berkuda di Pusat Sukan Sunnah iaitu Nur Syuhada Kamaruddin, 32, yang melihat berlaku perubahan pada sikap kepimpinan Ahmad Muzaffar sewaktu dia menunggang kuda. Tenaga pengajar "Kebiasaannya, Ahmad Muzaffar dilihat sama sahaja seperti kanak-kanak lain yang suka bergurau dan menyakat orang. Namun dia boleh berubah menjadi lebih tegas ketika menunggang kuda," jelasnya ketika ditemui di kandang kuda yang terletak di Kampung Changkat, Gombak, Selangor. Menariknya, mereka yang sudah mahir menunggang kuda hanya dikenakan bayaran serendah RM1 untuk mengelilingi padang seluas 0.4 hektar sebanyak tiga kali. Mahir yang dimaksudkan ialah kebolehan menunggang kuda tanpa diiringi oleh tenaga pengajar. Aktiviti riadah yang tergolong dalam kategori sunah ialah seperti menunggang kuda, memanah dan berenang kerana banyak mendatangkan manfaat. Antara kelebihan berkuda ialah meningkatkan daya tahan kardiovaskular dan menguatkan otot si penunggang. Pelajar Sarjana Muda Kewangan Islam (Perbankan) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Nur Sulaim Ashikin Mohamad Tarmizi, 21, mula tertarik untuk belajar menunggang kuda kerana ia merupakan satu daripada sunah Rasulullah. "Saya mengetahui tentang program sunah berkuda ini melalui pautan dalam talian yang dipromosikan di laman web UIAM. KUDA juga seperti manusia, suka dimanja dan dibelai. "Aktiviti ini berjaya mengajar saya mengenali karakter kuda yang berbeza yang tidak ubah seperti manusia yang memiliki pelbagai karakter. Secara tidak langsung, program ini memupuk sikap sabar dalam diri saya," jelas gadis yang kerap ke Pusat Sukan Sunnah itu bagi mengurangkan tekanan ketika belajar. Beliau mula menyertai kelas menunggang kuda di pusat sukan tersebut selama sebulan sejak Februari hingga Mac lalu. Bayaran yang rendah iaitu RM70 bagi lima sesi latihan (bergantung kepada pakej disediakan) dianggap amat berpatutan bagi pelajar sepertinya. Sepanjang meluangkan masa di sana, Nur Sulaim Ashikin yang mesra disapa Su sempat berkongsi kuda kegemarannya yang bernama Ruhil, seekor kuda betina yang mempunyai sifat lembut persis seorang wanita. Bagi Su, Ruhil mudah dikendalikan dan lebih jinak berbanding kuda jantan yang bernama Adam. Pendekatan yang lebih tegas perlu digunakan ke atasnya. Kempen "Adam akan patuh pada arahan apabila kita berkeras dengannya," ujarnya ringkas. Tambah Su, program yang berteraskan sunah seperti berkuda wajar disertai kerana setiap apa yang dilakukan akan mendapat ganjaran pahala. NUR SYUHADA memberitahu cara memegang tali kekang (rein) dengan betul. Nur Syuhada berkata, Pusat Sukan Sunnah juga sedang giat mempromosikan kempen Sejuta Pendokong H4G (Help for Gaza) menerusi penganjuran kelas berkuda bagi mengutip dana untuk disalurkan kepada umat Islam di beberapa negara bergolak. Selain Gaza, negara yang turut menerima manfaat daripada kempen itu ialah Syria, Palestin dan Mesir. Sumbangan juga diperoleh melalui derma yang turut disalurkan menerusi internet. "Sumbangan akan disampaikan kepada Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) sebelum disalurkan kepada golongan sasaran. "Orang ramai yang berminat menyertai program sunah berkuda diberikan pilihan sebanyak lima pakej latihan mengikut peringkat masing-masing," jelas ibu kepada empat orang anak itu. Mereka yang ingin menunggang kuda hendaklah duduk dengan tegak secara mendada dan memegang tali kekang mengikut teknik yang betul. Tali kekang yang dipegang tidak boleh terlalu tegang mahupun kendur bagi mengelakkan mulut kuda daripada tercedera. Tugas Nur Syuhada turut melibatkan penyampaian taklimat mengenai keselamatan, peraturan, pengenalan susuk badan kuda dan struktur kandang kepada peserta program. Beliau turut bertanggungjawab dalam memastikan tahap kesihatan kuda-kuda yang terdapat di pusat sukan tersebut berada dalam keadaan baik. Semua pengunjung diberi peringatan agar mematuhi peraturan yang ditetapkan. "Kami amat mengutamakan amalan sunah di sini. Jadi, pengunjung hendaklah memakai pakaian yang menutup aurat dan mengenakan kasut but demi menjaga keselamatan mereka," tegasnya. Peserta program berpeluang menghayati sunah dan hikmah disebaliknya sepanjang menyertai kelas pendedahan tersebut. Keistimewaan lain yang diperoleh selepas mengikuti kelas tersebut ialah meningkatkan tahap stamina tubuh dan membentuk sikap menghormati orang lain. |
Posted: Tarian tanduk 1,000 tahunSEORANG pengunjung memegang tongkat yang disambungkan dengan tanduk rusa. KEUNIKAN sambutan tarian tanduk yang berlangsung di Abbots Bromley, England pada 9 September lalu berjaya menarik kehadiran pelancong dari serata dunia. Tarian tanduk yang menggunakan tanduk rusa itu diadakan secara berarak mengikut alunan muzik tradisional England. Tanduk-tanduk yang digunakan dipercayai berusia lebih 1,000 tahun. Ia mula diperkenalkan di pesta Barthelmy kira-kira 787 tahun lalu dan dianggap sebagai tarian tradisional paling lama bertahan di negara tersebut. Dahulu, sambutan tarian tanduk rusa diadakan selama tiga hari tetapi kini dipendekkan kepada sehari dan biasanya diadakan pada hari Isnin pertama selepas tarikh 4 September. PERARAKAN tarian tanduk rusa melewati kawasan perkampungandi Abbots Bromley, England. Kini, tarian tersebut diadakan serentak sempena cuti sambutan Wakes Monday yang disambut oleh rakyat England dan Scotland. Tarian tanduk berkenaan merupakan acara tahunan masyarakat di Abbots Bromley. Selepas menghimpunkan tanduk yang diperlukan untuk pesta tersebut seawal pukul 8 pagi, penari-penari yang terdiri daripada enam orang lelaki, seorang pemuzik dan pemanah, akan berarak di sepanjang kampung dan ladang sejauh 16 kilometer. Selain penari, para pengunjung turut berarak bagi meraikan perayaan tersebut sehingga pukul 8 malam. Uniknya, tanduk yang berwarna putih dipanggil Putih manakala tanduk berwarna perang dipanggil Biru. Tanduk Putih terbesar akan dibawa oleh ketua pasukan tarian tersebut. PEMUZIK memainkan melodi sepanjang perarakan tarian tanduk rusa berlangsung. Berat purata bagi tanduk rusa yang digunakan pada perarakan tersebut adalah sekitar 7 hingga 11 kilogram. Selepas penat seharian menari di sepanjang perarakan tersebut, tanduk-tanduk yang digunakan akan dipulangkan ke gereja. Tarikan lain yang ditawarkan kepada pengunjung adalah gerai jualan barangan kraftangan dan pameran lukisan kesenian. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Rencana Utama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |