{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Politik

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Politik


Saifuddin bertanding untuk bantu UMNO kukuhkan BN

Posted: 13 Sep 2013 09:39 PM PDT

PUTRAJAYA 14 Sept. - Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Saifuddin Abdullah menawarkan diri untuk kekal sebagai ahli MT bagi membolehkannya membantu parti itu memperkukuhkan lagi kedudukan Barisan Nasional (BN) dalam arena politik tempatan.

Beliau antara MT UMNO yang kalah pada pilihan raya umum lalu itu yakin mampu memberi sumbangan bermakna kerana mempunyai platform yang berpengaruh bagi menyampaikan mesej-mesej UMNO/BN yang progresif khususnya kepada golongan kelas pertengahan. - UTUSAN ONLINE

Raihan sedia cabar Shahrizat

Posted: 13 Sep 2013 11:52 AM PDT

Oleh FAIZAH IZZANI
pengarang@utusan.com.my

Raihan Suleiman, Shahrizat Abul Jalil

KUALA LUMPUR 13 Sept. - Selepas Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said menarik diri daripada bertanding Ketua Wanita UMNO, seorang ahli pergerakan itu, Raihan Suleiman Palestin mengumumkan mahu mencabar Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pada pemilihan parti Oktober ini.

Raihan, 47, yang merupakan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Kulim-Bandar Baharu berkata, keputusan itu dibuat kerana beliau yakin sokongan daripada akar umbi terhadapnya yang mahu melihat perubahan berlaku di dalam pergerakan tersebut.

Saya sayangkan UMNO. Saya sudah merasa sepak terajang politik. Lebih menguatkan azam saya untuk bertanding adalah apabila melihat UMNO ketandusan pemimpin yang berani," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Raihan berkata, keputusannya untuk bertanding itu juga dibuat kerana mahu membuka lebih banyak laluan kepada ahli Wanita UMNO untuk tampil bertanding sebagai pemimpin pergerakan pada pemilihan kali ini.

Sementara itu, walaupun Raihan di dalam laman sosial Facebook miliknya menganggap beliau bukan calon popular, tetapi bukan risiko besar untuk bertanding sebagai Ketua Wanita UMNO.

Saya cukup percaya perwakilan sudah bijak menentukan siapakah yang layak malah isu popular atau tidak bukan isu utama. Mereka undi, pada hemat dan pemerhatian mereka terhadap kualiti calon.

Saya mengambil keputusan untuk bertanding bukan atas niat suka-suka. Anda semestinya tahu risiko di sebalik keinginan saya ini. Niat utama saya ialah menjadikan sayap UMNO ini mantap seiring dengan agenda parti," katanya.

Beliau berkata, walaupun terkejut dengan penarikan diri Azalina daripada bertanding merebut jawatan Ketua Wanita, namun perkara itu tidak mempengaruhi pendiriannya untuk tetap bertanding.

Saya perlu bangkit untuk bersama-sama meneruskan legasi Wanita UMNO yang hebat. Saya bertanding bukan suka-suka, tetapi dengan rela hati dan jiwa," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat