Utusan Online - Pemotoran
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Pemotoran |
Posted: 09 Sep 2013 11:44 AM PDT HishammuDdin Tun Hussein meneliti motosikal Yamaha Lagenda 115Z yang dilancarkannya di Petaling Jaya, semalam. Turut kelihatan CH Ng (kanan). PETALING JAYA 9 Sept. - Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. ( HLYM) menyasarkan menjual 5, 000 buah motosikal terbaharunya iaitu Lagenda 115Z generasi kelima yang dilancarkan hari ini. Pengarah Urusannya, CH Ng berkata, Lagenda 115Z menawarkan prestasi 20 peratus lebih baik daripada generasi sebelum ini dan ditambah dengan teknologi suntikan minyak yang telah terbukti keberkesanan penggunaan minyak menerusi model FZ150i. "Lagenda 115Z adalah gabungan prestasi dan penjimatan serta dalam masa yang sama mematuhi penarafan antarabangsa dari segi pembebasan gas emisi. "HLYM yakin motosikal baharu ini akan menarik perhatian kerana turut dilengkapi dengan pelbagai aksesori premium yang jarang terdapat dalam kelasnya," katanya pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran Lagenda 115Z di sini. Motosikal berkenaan telah dilancarkan oleh Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Lagenda 115Z ditawarkan dalam tiga varian iaitu varian penghidup tendang berharga RM4,792, penghidup elektrik RM5,168 dan Lagenda 115ZR RM5,410 tidak termasuk insurans. HLYM ketika ini menguasai 33 peratus pasaran motosikal tempatan bersamaan 120,000 buah setahun. Ng berkata, bagi mempromosikan pelancaran motosikal baharu ini, HLYM telah melancarkan aplikasi permainan yang dikenali sebagai Tornado Run yang menonjolkan Lagenda 115Z. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Pemotoran To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |