Utusan Online - Pendidikan
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Pendidikan |
Posted: 18 Sep 2013 11:03 AM PDT IDRIS Jusoh beramah mesra bersama wakil pelajar sekolah selepas menyampaikan replika cek RM700,000 kepada wakil-wakil sekolah sewaktu hadir pada Majlis Pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi 2013 di Putrajaya, semalam. PUTRAJAYA 18 Sept. - Kementerian Pendidikan mengiktiraf 24 lagi Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) membabitkan 14 sekolah rendah dan 10 sekolah menengah di bawah kohort keempat tahun ini. Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan SBT di seluruh negara sebanyak 115 buah sekolah. Beliau berkata, sasaran kementerian bagi membangun dan mewujudkan 10 buah SBT setiap tahun dalam Program Transformasi Kerajaan (GTP) 2.0 telah tercapai dengan jayanya, lebih membanggakan melepasi sasaran apabila 24 buah sekolah mendapat pengiktirafan itu. Peruntukan khas akan diberikan kepada 24 SBT terbaharu ini berjumlah RM16.8 juta iaitu RM700,000 untuk tahun pertama, tahun kedua RM500,000 dan RM300,000 untuk tahun ketiga bagi setiap sekolah. Jumlah itu khusus untuk membantu bagi mengangkat kualiti pendidikan murid-murid negara ini ke satu tahap setanding dengan standard antarabangsa," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan majlis Pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi di sini hari ini. Yang hadir sama Timbalan Menteri Pendidikan I, Datuk Mary Yap Kain Ching; Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanathan; Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan I, Datuk Dr. Madinah Mohamad dan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan II, Datuk Seri Dr. Zaini Ujang. Menurut Idris, kementerian sangat berpuas hati pelaksanaan dan pencapaian cemerlang 91 SBT terdahulu yang telah diiktiraf mulai tahun 2010, sehubungan itu kerajaan bersetuju melanjutkan tempoh pelaksanaan SBT sehingga 2015. Katanya, pada tahun ini kesemua SBT berkenaan telah menunjukkan kecemerlangan di pelbagai bidang merangkumi akademik, kokurikulum dan juga sukan di peringkat antarabangsa. Dengan pengiktirafan terbaharu ini, diharapkan kesemua SBT mampu menghasilkan murid cemerlang yang merupakan pewaris negara di masa hadapan. Selaras dengan hasrat SBT, pelajar mestilah mampu mendahului dalam memperoleh pencapaian yang cemerlang yang menjadi aspirasi kepada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang diperkenalkan kerajaan," katanya. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Pendidikan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |