{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Politik

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Politik


SPR didesak ambil tindakan undang-undang segera

Posted: 18 Sep 2013 11:03 AM PDT

KUALA LUMPUR 18 Sept. - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) didesak mengambil tindakan undang-undang terhadap penyebar laporan palsu mengenai kewujudan pengundi hantu warga Bangladesh dan insiden gangguan bekalan elektrik dalam pilihan raya umum lalu.

Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Ruslan Kasim berkata, tindakan tegas itu penting sebagai pengajaran kepada pihak terbabit serta pihak lain supaya tidak sewenang-wenangnya menyebar fitnah sehingga menjejaskan imej negara.

Menurut beliau, SPR tidak sewajarnya memandang remeh pembohongan itu atas alasan tidak mahu melayan kerenah pembangkang kerana tuduhan yang dibuat adalah serius.

"Ini soal kewibawaan sebuah badan yang berintegriti. Kita kesal kerana tuduhan itu boleh menyebabkan rakyat hilang keyakinan terhadap SPR sebagai pengendali pilihan raya umum," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang tidak bercadang mengambil tindakan terhadap pemimpin Pas dan DAP ekoran dakwaan wujud pengundi hantu sebanyak 40,000 warga Bangladesh dan insiden bekalan elektrik terputus dalam pilihan raya umum lalu.

Penipuan pembangkang berhubung isu itu terbongkar selepas pemimpin DAP dan Pas sendiri mengakui insiden tersebut tidak benar.

Dalam pada itu, Ruslan melahirkan rasa kesal dengan tindakan Wan Ahmad yang tidak mahu mengambil tindakan terhadap pembangkang yang disifatkan beliau menunjukkan seolah-olah SPR mengakui kebenaran dakwaan tersebut.

"Dakwaan itu menyebabkan segelintir rakyat mempercayainya dan mengecam SPR, maka adalah tidak wajar untuk SPR berdiam diri," katanya.

Ambil tindakan tegas pihak sebar fitnah

Posted: 18 Sep 2013 11:03 AM PDT

KUALA LUMPUR 18 Sept. - Tindakan tegas dan segera perlu diambil terhadap mana-mana pihak termasuk portal berita yang menyiarkan penipuan berhubung isu pengundi hantu warga Bangladesh serta gangguan bekalan elektrik dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

Pengerusi Badan Bertindak Anti Penyelewengan Negeri Kedah, Khairul Anuar Ramli berkata, dakwaan tidak berasas sama sekali itu menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat serta menyebabkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dipandang serong.

Menurut beliau, tindakan itu wajar diambil memandangkan kedutaan Bangladesh sudah menafikan rakyat negara tersebut terlibat dalam proses pengundian di negara ini malah Tenaga Nasional Bhd. (TNB) juga mengesahkan tiada insiden terputus bekalan elektrik seperti didakwa.

"Ahli Parlimen DAP Serdang, Ong Kian Meng sendiri mengakui tidak wujud 40,000 pengundi Bangladesh seperti didakwa rakan sekutunya dalam pakatan pembangkang," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tembelang penipuan pembangkang kononnya wujud pengundi hantu warga Bangladesh dan berlaku gangguan bekalan elektrik semasa pengiraan undi dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 terbongkar selepas perkara itu diakui sendiri tidak benar oleh pemimpin DAP dan Pas.

Pemikir Strategi DAP, Ong Kian Ming dalam temu bual bersama portal Free Malaysia Today dilaporkan berkata, beliau tidak mengetahui apa-apa mengenai kewujudan pengundi hantu warga Bangladesh atau insiden gangguan bekalan elektrik sebagaimana didakwa.

Menurut Khairul Anuar, pihak bertanggungjawab yang membuat penipuan itu perlu diheret ke muka pengadilan kerana sengaja menimbulkan fitnah serta mahu menimbulkan kekacauan semasa proses pilihan raya umum lalu.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat