{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Politik

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Politik


Pemilihan UMNO: 38 calon tarik diri di Pahang

Posted: 24 Sep 2013 11:00 PM PDT

KUANTAN 25 Sept. - Sembilan daripada 14 Bahagian UMNO Pahang kekal menyaksikan pertandingan merebut jawatan ketua bahagian selepas tempoh 72 jam penarikan diri sebagai calon tamat 5 petang semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO Pahang, Datuk Seri Abdul Jabbar Ibrahim berkata, sembilan bahagian itu ialah Kuantan, Maran, Jerantut, Raub, Paya Besar, Indera Mahkota, Bera, Kuala Krau dan Cameron Highlands "Pada hari pendaftaran calon Sabtu lepas, calon di lima bahagian sahaja yang menang tanpa bertanding bagi jawatan ketua bahagian iaitu Pekan, Temerloh, Bentong, Lipis dan Rompin," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Bagi Cameron Highlands, penyandang Datuk Wan Rosdy Wan Ismail dicabar anggota UMNO bahagian itu, Wan Rahaimin Wan Mustapha.

Penyandang Ketua UMNO Bahagian Raub, Datuk Shahiruddin Ab Moin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Usahawan Koperasi dan Kepenggunaan Pahang dicabar anggota bahagian itu Mohd. Ghazali Kamaruzaman.

Penyandang bahagian Jerantut, Tan Sri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar dicabar Ketua Penerangan Bahagian itu, Ahmad Nazlan Idris yang juga Ahli Parlimen Jerantut.

Bagi Bahagian Kuantan, penyandang Datuk Wan Adnan Wan Mamat dicabar anggota Jawatankuasa (AJK) Bahagian itu Ab. Mutalib Shamsuddin dan Bahuri Geran (Ketua Cawangan Bandar Kuantan Pusat).

Di Bahagian Paya Besar, penyandang Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman ditentang AJK Bahagian, Datuk Abdul Manan Ismail yang juga anggota Parlimen Paya Besar.

Di Maran, Pemangku Ketua Bahagian itu Datuk Ismail Abd Muttalib yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia dicabar Setiausaha Barisan Nasional Pahang Muhamad Abdullah dan AJK Bahagian Maran Ismail Mat Resat.

Di Kuala Krau, penyandang Datuk Ismail Mohamed Said dicabar anggota bahagian itu Nik Affendy Nik Abdul Rashid.

Di Bera, penyandang Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dicabar Ketua Pemuda Bahagian itu, Datuk Mohd Azizan Che Omar.

Bagi Indera Mahkota, pertandingan tujuh penjuru kekal apabila penyandangnya Datuk Mohd Hazmi Yusof dicabar Setiausaha Umno negeri Datuk Abdul Rahim Abas; Bendahari Umno negeri Ngah Ismail; dan Pengerusi Veteran Umno Indera Mahkota Shahrom Zainuddin.

"Calon lain ialah Ketua Cawangan Indera Mahkota 16 Datuk Mustaffa Kamal Abdul Hamid; Ketua Cawangan Indera Mahkota 6 Abdullah Syukur; dan Naib Ketua UMNO Bahagian Mahasan Hussain," katanya. Beliau berkata sebanyak 38 calon menarik diri untuk pemilihan Umno bulan depan.

Berdasarkan keputusan itu, katanya, hanya 2,600 daripada 2,638 calon yang menghantar borang pencalonan di Pahang kekal bertanding dalam emua jawatan.

- BERNAMA

Ramai tidak lihat transformasi dilakukan UMNO - Hishammuddin

Posted: 24 Sep 2013 10:18 PM PDT

MELAKA 25 Sept. - UMNO telah melakukan transformasi amat besar dengan memberikan kuasa memilih pemimpin kepada 146,500 anggota di peringkat akar umbi, namun masih ada yang 'tidak melihat' atau memilih untuk 'memejamkan mata', demikian menurut Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Hishammuddin berkata, transformasi yang dilakukan parti keramat orang Melayu itu bertujuan untuk memperkasa anggota di peringkat akar umbi, justeru mereka perlu bijak menggunakan kuasa yang diberikan itu.

Katanya, keputusan melaksanakan transformasi sejak tiga tahun lepas itu, bukan sesuatu yang mudah kerana berdepan ketidaktentuan antaranya perpecahan di kalangan anggota parti, namun ia tetap dilaksanakan.

"Kita beri keupayaan pada semua anggota apakah itu tidak transformasi, adakah itu tidak perubahan, adakah itu tidak pengupayaan dan pemerkasaan ... sememangnya UMNO telah melalui transformasi, tetapi kadangkala orang tidak nampak atau perasan semua ini di hadapan batang hidung mereka," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Bersama UMNO Melaka dan Hari Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Bersama Pelanggan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka, di sini Selasa malam.

Turut hadir Ketua Menteri Melaka, Datuk Idris Haron; bekas Ketua Menteri Datuk Seri Mohd. Ali Rustam; dan Ketua Pengarah JPJ, Datuk Ismail Ahmad.

Sebelum pindaan Perlembagaan UMNO pada 2009, seseorang yang mahu bertanding jawatan tertinggi parti perlu terlebih dahulu mendapat jumlah atau kuota sokongan tertentu daripada 191 Bahagian UMNO.

Pada Oktober, anggota UMNO mno di peringkat bahagian akan memilih pemimpin yang layak memegang jawatan di peringkat bahagian hinggalah ke peringkat Majlis Tertinggi, sayap dan Naib Presiden.

Ketika ditemui pemberita selepas majlis itu, Hishammuddin berkata, pertandingan di semua peringkat termasuk pertandingan enam penjuru bagi jawatan naib presiden yang dipertahankannya tidak sama sekali menggugat perpaduan anggota UMNO seluruh negara.

"Setiap kali ada pemilihan, kita ada pertandingan tetapi Umno tetap kukuh, kalau nak ikut segi kerusi Parlimen dan negeri, kita jauh lebih kuat daripada dahulu.

Sementara itu, Idris berkata, penarikan diri Baddrul Hissham Abdul Aziz daripada pertandingan jawatan Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu yang dipertahankannya merupakan bukti kesepakatan anggota UMNO di Melaka.

"Saya kenali hati budi beliau (Baddrul Hissham) dan telah berbincang hati ke hati dengan beliau. Semua yang ditimbulkan telah difahami dan diselesaikan dengan baik. Terima kasih atas pengorbanan beliau memberikan laluan untuk saya terus menerajui UMNO Bahagian Tangga Batu," katanya. - BERNAMA

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat