{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Politik

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Politik


PRK Sungai Limau selepas pemilihan UMNO - SPR

Posted: 26 Sep 2013 09:55 PM PDT

KUALA LUMPUR 27 Sept. _ Suruhanjya Pilihan Raya (SPR) menjangka pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau diadakan selepas pemilihan UMNO 19 Oktober nanti.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar ketika dihubungi berkata, pihaknya masih menunggu notis kekosongan kerusi DUN Sungai Limau berikutan kematian penyandangnya, Tan Sri Azizan Abdul Razak kelmarin.

"Saya merasakan notis pengosongan DUN Sungai Limau itu akan diserahkan oleh Speaker DUN Kedah, Datuk Md. Rozai Shafian dalam masa terdekat dan selepas itu SPR akan bermesyuarat untuk menetapkan tarikh pilihan raya kecil nanti," katanya kepada Utusan Online hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kekosongan kerusi DUN Sungai Limau berikutan kematian Azizan yang juga bekas Menteri Besar Kedah akibat komplikasi dari penyakit yang dihadapinya sejak empat bulan lalu.

Azizan yang meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi Hoapital Sultanah Bahiyah Alor Setar meninggal dua balu selain 14 anak dan enam cucu.

Wan Ahmad berkata, SPR sudah bersedia untuk menghadapi pilihan raya kecil ini cuma menanti keputusan ahli-ahli yang akan bermesyuarat tidak lama lagi. - UTUSAN ONLINE

UMNO Johor tubuh jentera

Posted: 26 Sep 2013 12:16 PM PDT

Oleh ZAINAL AZHAR MOHAMED
pengarang@utusan.com.my

Hishammuddin Tun Hussein dan Shahrizat Abdul Jalil beramah mesra dengan Wanita UMNO Johor pada majlis Seuntai Kasih Sejambak Sayang Wanita UMNO Johor di Kluang, semalam. - BERNAMA

KLUANG 26 Sept. - UMNO Johor hari ini mengumumkan penubuhan jentera pilihan raya bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau tidak lama lagi berikutan kematian penyandangnya, Tan Sri Azizan Abdul Razak di Alor Setar.

Pengumuman itu dilakukan oleh Naib Presiden UMNO yang mewakili Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada majlis Seuntai Kasih Sejambak Sayang Wanita UMNO Johor di sini yang dihadiri oleh Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Hishammuddin dan Shahrizat turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Azizan selain menyifatkan pemergian bekas Menteri Besar Kedah itu sebagai kehilangan seorang pemimpin politik.

Hishammuddin berkata, beliau yang mewakili Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan kerajaan negeri mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Azizan.

"Sehubungan itu juga, jentera UMNO Johor telah ditubuh dan dipersiapkan bermula hari ini bagi membantu Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Limau yang bakal berlangsung dalam tempoh terdekat.

"Walaupun UMNO bakal mengadakan pemilihan pemimpin tertingginya dalam tempoh kurang sebulan, namun pilihan raya merupakan gelanggang sebenar bagi menghadapi musuh politik," katanya

Azizan, 69, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 11.05 pagi ini di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar akibat kegagalan fungsi organ dalaman dan jangkitan kuman dalam darah.

Mengenai pemilihan UMNO Shahrizat berkata, calon yang bertanggungjawab mengutamakan dan mengarusperdanakan suara Wanita UMNO akan menjadi pilihan ahli pergerakan itu dalam pemilihan kali.

Katanya, perwakilan Wanita UMNO akan memberi penghormatan dan sokongan kepada mereka yang memberi sumbangan tersebut.

"Pada kami, perjuangan ini mustahak dalam mengambil kira siapa yang nak disokong, ini perjuangan bersama dan Wanita UMNO ambil kira siapa yang bertanggungjawab mengarusperdanakan wanita," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat