{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Politik

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Politik


Nazliah Ali tawar diri tanding Naib Ketua Puteri UMNO

Posted: 08 Sep 2013 09:17 PM PDT

KOTA KINABALU 9 Sept. - Ketua Puteri UMNO Tawau, Nazliah Ali menawarkan diri bertanding jawatan Naib Ketua Puteri pada pemilihan parti Oktober depan.

Beliau berkata, keputusan bertanding jawatan itu dibuat bagi membantu memperkasa UMNO yang menjadi tunjang pentadbiran negara bersama Barisan Nasional (BN), agar kekal relevan dalam memartabatkan kebajikan dan kepentingan wanita muda di seluruh negara.

"Dengan ini, saya ingin mengumumkan untuk menawar diri bertanding Naib Ketua Puteri UMNO," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jawatan Naib Ketua Puteri yang kini disandang Shahanim Mohd Yusof akan dikosongkan kerana sudah mencapai had usia 40 tahun.

Dengan pengumuman itu, tiga calon dari Sabah akan bertanding jawatan dalam Pergerakan Puteri UMNO termasuk Ketua Puteri UMNO Kudat, Normala Rasik dan Ketua Puteri UMNO Beluran, Julie Sabran yang masing-masing menawarkan diri bagi jawatan Exco Puteri UMNO.

Nazliah yang merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Marin, Universiti Kebangsaan Malaysia dan bekas pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) bahagian Tawau, turut mengumumkan hasrat mempertahankan jawatan Ketua Puteri UMNO Tawau. - BERNAMA

Guan Eng digesa angkat sumpah

Posted: 08 Sep 2013 12:00 PM PDT

Oleh AQILAH MIOR KAMARULBAID
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 8 Sept. - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng digesa mengangkat sumpah di gereja bagi menafikan beliau terlibat dalam penipuan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu Disember tahun lalu.

Menurut Naib Presiden Jaringan Cina Malaysia (JCM), Liang Kak Chean, tindakan itu perlu bagi membuktikan ketulusan pemimpin tersebut sekali gus mengembalikan semula keyakinan rakyat terutama masyarakat Cina terhadap kepimpinan beliau.

Menurutnya, rakyat perlu mengetahui perkara sebenar di sebalik kontroversi pemilihan CEC itu tanpa sebarang pembohongan atau kenyataan berdolak-dalik daripada pemimpin DAP.

"Keberanian Guan Eng mengangkat sumpah sudah cukup membuktikan kepada rakyat terutama penyokongnya beliau seorang pemimpin yang jujur dan berkaliber," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Guan Eng sebelum ini, didakwa membawa sebanyak 547 perwakilan haram yang kebanyakannya dari Pulau Pinang untuk mengundi pemimpin tertentu dalam pemilihan CEC sedangkan dalam masa sama, sebanyak 753 perwakilan DAP tidak diberi notis untuk menghadiri mesyuarat tersebut.

Tambah Kak Chean, selain mengangkat sumpah Setiausaha Agung DAP itu turut dicabar mengemukakan bukti beliau tidak terlibat dalam sebarang konspirasi berhubung pemilihan tersebut.

"Selagi Guan Eng enggan mengemukakan bukti, beliau tidak layak membuat kenyataan kononnya Barisan Nasional (BN) dan UMNO sengaja mencetuskan kontroversi berkenaan pemilihan CEC dengan tujuan menjatuhkan DAP," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat