Utusan Online - Politik
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Politik |
Hanya 10 peratus guna baucer saringan kesihatan percuma Posted: 09 Sep 2013 11:07 PM PDT IPOH 10 Sept. - Hanya kira-kira 10 peratus daripada 1.9 juta pekerja sektor swasta berusia 40 tahun ke atas yang mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) memanfaatkan baucer saringan kesihatan percuma yang disediakan oleh kerajaan dalam Bajet 2013 setakat ini. Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Datuk Dr. S. Jeyaindran berkata, terdapat banyak kemungkinan kenapa sebahagian besar penerima tidak menggunakan kemudahan disediakan oleh kerajaan itu yang melibatkan peruntukan sebanyak RM200 juta. "Antaranya, mereka mungkin mempunyai kesedaran tinggi dan sudah mengetahui tahap kesihatan kerana sering membuat pemeriksaan berkala dan tidak perlu menggunakan baucer itu," katanya di sini, hari ini. - UTUSAN ONLINE |
85 peratus mesyuarat UMNO cawangan di Terengganu selesai Posted: 09 Sep 2013 10:56 PM PDT MARANG 10 Sept. - Sebanyak 85 peratus daripada 1,019 cawangan Umno di Terengganu telah selesai mengadakan mesyuarat perwakilan cawangan masing-masing. Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO Negeri Terngganu, Datuk Muda Mamat berkata, 15 peratus lagi cawangan masih belum bermesyuarat dan mereka perlu berbuat demikian sebelum 12 tengah malam 15 Sept emberini. "Saya difahamkan ada juga satu, dua sayap parti seperti Pemuda dan Puteri yang perlu mengadakan mesyuarat semula apabila mesyuarat yang diadakan sebelum ini tidak sah kerana tidak cukup korum. "Setakat ini, saya belum terima maklumat mengenai ada cawangan yang tidak sah bermesyuarat kerana tidak cukup korum. Jika ada, kita harap mereka mengadakan mesyuarat sebelum 12 tengah malam 15 September," katanya kepada Bernama di sini hari ini. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Politik To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |