Utusan Online - Sukan
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Sukan |
Posted: 09 Sep 2013 11:44 AM PDT Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN Mohd. Irfan (dua dari kiri) diserbu rakan sepasukan selepas menjaringkan gol penyamaan Malaysia menentang Myanmar dalam aksi Pestabola Merdeka di Stadium Darul Makmur, Kuantan, malam tadi. Malaysia menang 2-1. - UTUSAN/Mahathir Ali KUANTAN - Slot perlawanan akhir Pestabola Merdeka 2013 sudah ditempah Malaysia tanpa menunggu sebarang keputusan perlawanan menentang Thailand, esok selepas Myanmar menjadi mangsa kedua Harimau Muda dengan kemenangan 2-1 di Stadium Darul Makmur, semalam. Walaupun ketinggalan pada babak pertama perlawanan melalui jaringan Nay Lin Tun pada minit ke-37, anak-anak buah Ong Kim Swee mempamerkan kekuatan mental yang tersendiri untuk bangkit mendapatkan dua jaringan dan menyekat hajat Myanmar untuk memalukan barisan negara di kandang sendiri. Ketua pasukan, Mohd. Irfan Fazail menyamakan kedudukan pada minit ke-64 sebelum pemain yang sedang beraksi dengan kelab Jepun, Wan Zack Haikal Wan Nor memastikan kemenangan menjadi milik Malaysia pada minit ke-78 di hadapan 3,000 penyokong setia negara yang memenuhi stadium. Bertambah manis, kemenangan ini sekali gus meleraikan dendam tersirat pada pusingan kelayakan Piala AFC Bawah 22 tahun yang menyaksikan Malaysia kalah 1-2 di Yangon pada 3 Julai tahun lalu Wan Zack Haikal melepaskan dua peluang terbaik untuk meletakkan Malaysia di hadapan lebih awal apabila melepaskan dua peluang terbuka pada minit ke-23 dan 36 namun sayangnya dihampakan oleh kecekapan penjaga gol, Pyaye Phyo Aung di samping lambat melepaskan rembatan penyudah. Ketika pemain Harimau Muda leka menyerang, tanpa diduga Myanmar mendiamkan seluruh Stadium Darul Makmur pada minit ke-37 apabila bola daripada sepakan penjuru hadir berjaya dihidu Lin Tun yang menanduk masuk menewaskan penjaga gol, Mohd. Izham Tarmizi dan Zubir Azmi berada di sebelah kiri gawang Malaysia pada minit ke-37. Gol itu bagaikan sedikit meruntun keghairahan para pemain negara yang jelas menguasai sebahagian kira-kira 60 peratus permainan dan ternyata beraksi lebih tersusun berbanding pasukan lawan. Semangat juang Malaysia kembali bernyala pada separuh masa kedua dan selepas melakukan asakan bertubi-tubi ke arah pintu gol Myanmar, gol penyamaan yang dicari akhirnya menjelma pada minit ke-64. Daripada sepakan percuma yang diambil oleh Wan Zack Haikal, Junior menyambut bola tersebut dengan melakukan tandukan dan Irfan mudah menolak masuk ke dalam pintu gol yang terbuka. Empat belas minit kemudian, Wan Zack tidak lagi melepaskan peluang untuk menjaringkan gol apabila memanfaatkan sepakan percuma pada jarak 25 meter melalui rembatan menarik yang gagal dijangkau Phyo Aung. Bertambah mengecewakan buat Myanmar, mereka turut kehilangan pemain utama mereka, Kyi Lin, pada masa kecederaan yang mendapat kad merah kerana melawan keputusan pengadil perlawanan, Abdul Malik Abdul Bashir. Kemenangan itu cukup melegakan Kim Swee sambil menyifatkan bukan sesuatu yang mudah berdepan lawan seperti Myanmar yang banyak memberikan masalah dan pantas melakukan serangan. "'Perlawanan yang cukup sukar dan tidak mudah kerana Myanmar berikan banyak masalah terutama mereka bersungguh-sungguh bertahan mempertahankan jaringan yang diperoleh mereka pada babak pertama. "Jika ditanyakan saya pemain terbaik pada hari ini, orang itu adalah Fadhli Shas yang mengemudi barisan pertahanan dengan baik dan Zubir Azmi yang berjaya mengawal Kyi Lin," katanya. Sementara itu, Wan Zack Haikal gembira akhirnya menemui sentuhan jaringan dan membantu kepada kemenangan berharga Malaysia. |
Posted: 09 Sep 2013 11:44 AM PDT KUANTAN - Perjuangan Singapura dalam Pestabola Merdeka berakhir selepas kecundang buat kali kedua berturut-turut, kali ini di tangan Thailand dengan keputusan 0-1 di Stadium Darul Makmur, semalam. Bukan sekadar tewas, Singapura juga kehilangan jurulatih, V. Sundramoorthy pada baki 11 minit terakhir perlawanan apabila dia diarahkan meninggalkan bangku simpanan ekoran kerap membantah keputusan pengadil perlawanan. Gol tunggal skuad Gajah Putih disumbangkan Pakorn Parmpak pada minit ke-32 melalui percubaan menarik dari bahagian sebelah kiri dan menerjah jaring walaupun dia berada di sudut sukar. Kemenangan itu mencerahkan peluang Thailand untuk layak ke perlawanan akhir selepas mengutip empat mata daripada dua perlawanan dan hanya memerlukan keputusan seri ketika bertemu Malaysia dalam perlawanan terakhir kumpulan, esok. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Sukan Tempatan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |