{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Selatan

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Selatan


Cubaan nafi kedaulatan negara

Posted: 08 Sep 2013 12:00 PM PDT

Oleh MOHAMAD AIZIM BAHARON
utusanN9@utusan.com.my

HASAN Malek (kanan) mendengar penerangan pengumpul barangan warisan, Zainal Al Johan (kiri) tentang keris Tempa Melaka selepas merasmikan Pameran Warisan Kesultanan Melayu di Masjid Jamek Yamtuan Raden, Kuala Pilah, semalam.

KUALA PILAH 8 Sept. - Tindakan segelintir individu yang cuba menukar Jalur Gemilang dengan mengibarkan Sang Saka Malaya pada malam sambutan Hari Kemerdekaan Ke-56 lalu disifatkan sebagai perbuatan pihak yang menafikan kedaulatan negara.

Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Hasan Malek berkata, Jalur Gemilang merupakan lambang kedaulatan negara yang wajar dipertahankan, malah ketika zaman kegemilangan tamadun Islam, bendera dijaga hingga ke titisan darah terakhir di medan perang.

Tindakan pihak yang ingin menonjolkan bendera itu wajar ditentang kerana bertentangan dengan hasrat kerajaan yang ingin menerapkan nilai-nilai patriotisme malah dianggap biadab," katanya kepada pemberita dalam majlis perasmian Pameran Warisan Kesultanan Melayu di Masjid Jamek Yamtuan Raden, di sini semalam.

Yang turut hadir, Jawatankuasa Bertindak Kebudayaan dan Adat Istiadat Melayu negeri, Abdul Razak Abdul Samad.

Hasan yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) turut memberitahu, justeru adalah amat penting rakyat terutamanya generasi muda mendalami ilmu dan sejarah negara ini.

Pemahaman mereka terhadap sejarah dan warisan termasuk asal usul mereka secara tidak langsung akan berupaya meningkatkan jati diri masing-masing.

Kita tidak mahu mereka khususnya anak muda memperjuangkan isu yang mereka sendiri tidak faham," katanya.

Beliau menasihatkan agar generasi muda membina bangsa yang kuat dan berwawasan.

Apabila kita mempunyai jati diri yang kuat sudah pasti bangsa, agama dan negara kita tidak mudah digugat atau dipengaruhi oleh anasir luar yang cuba melihat kejatuhan kita.

Oleh demikian, jangan kita mudah terpengaruh sehingga sanggup menggadaikan kesejahteraan, keharmornian serta kemajuan yang kita kecapi dan dinikmati sejak merdeka," tegasnya.

Remaja parah motosikal rempuh kereta awal pagi

Posted: 08 Sep 2013 12:00 PM PDT

TELOK KEMANG 8 Sept. - Seorang remaja lelaki parah selepas motosikal ditungganginya merempuh sebuah kereta di Jalan Pantai Batu 2, Port Dickson, di sini awal pagi ini.

Kejadian berlaku pukul 1.20 pagi ketika Mohd. Sulaiman Zulkefli, 15, dari arah Telok Kemang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Merah Site C, Chuah dekat sini.

Seorang saksi, Mohd. Taufik Mohd. Yusof, 23, ketika kejadian dia memandu kereta dan berada di belakang motosikal remaja itu.

"Saya nampak remaja itu menunggang motosikal Honda EX5 bersama dua lagi rakannya. Selepas mereka memotong kereta saya, mereka cuba memotong sebuah lagi kereta Proton Satria.

"Remaja itu berada di belakang sekali gagal memotong kereta tersebut lalu merempuh bahagian belakang kenderaan itu dan tercampak di hadapan kereta Proton Satria tersebut," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Sementara itu, abang mangsa, Suhaimi Zulkefli, 19, berkata, adiknya keluar rumah kira-kira pukul 9.15 malam untuk berjumpa rakannya.

"Saya dimaklumkan kejadian itu oleh rakan adik saya dan bergegas ke tempat kejadian. Adik saya dihantar ke Hospital Port Dickson sebelum dipindahkan ke Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban.

"Adik saya kemudian dikejarkan Hospital Kuala Lumpur kerana kecederaan yang dialaminya kritikal," katanya.

Menurut Suhaimi, dia dimaklumkan bahawa adiknya itu patah kedua-dua belah tangan dan kaki kiri serta tempurung kepala pecah selain mengalami pendarahan beku di kepala.

PD International Bike Week meriah

Posted: 08 Sep 2013 12:00 PM PDT

TUN Hairudin Abu Bakar membuat pelepasan para peserta PD International Bike Week di Eagle Ranch Resort, Port Dickson, semalam. - UTUSAN/MD.SHAHJEHAN MAAMIN

TELOK KEMANG 8 Sept. - Penganjuran PD International Bike Week kian meriah apabila lebih 4,000 buah motosikal pelbagai jenis berkumpul pada program berkenaan yang masuk edisi ke-11 di Eagle Ranch Resort, Port Dickson dekat sini.

Program tiga hari itu yang berakhir hari ini merupakan anjuran resort tersebut dengan kerjasama Tourism Malaysia, Kementerian Pelancongan, Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan serta Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD).

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan negeri, Tun Hairudin Abu Bakar berkata, program edisi ke-11 itu turut menyaksikan peningkatan peserta dari luar negara.

"Ini merupakan petanda positif apabila penunggang motosikal berkuasa tinggi telah mula melihat Malaysia terutamanya Port Dickson sebagai lokasi berkumpul menerusi acara tahunan ini.

"Selain itu, peminat motosikal berkuasa tinggi juga dapat hadir melihat pelbagai jenis motosikal ini yang secara tidak langsung membantu meningkatkan jumlah pelancong di negeri ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya, sambutan menggalakkan melalui kunjungan peminat, penunggang dari pelbagai kelab motosikal dari dalam dan luar negara itu sekali gus mampu menyumbang kepada matlamat menjayakan Tahun Melawat Malaysia.

"Kita berharap pihak Tourism akan terus mempergiatkan lagi usaha dengan membuat promosi di dalam dan luar negara bagi menarik pelancong untuk memilih Malaysia sebagai lokasi yang harus dikunjungi.

"Jika kali ini kita mendapat penyertaan dari Singapura, Thailand, Brunei dan Indonesia, jadi kita sasarkan berlaku peningkatan peserta pada masa hadapan dengan penglibatan lebih banyak kelab motosikal lagi," jelasnya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat