Utusan Online - Utara
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Utara |
- KTPC terus berkembang maju
- Koperasi Tunas Muda perlu beri penjelasan
- 40 bekas pekerja tuntut pampasan
Posted: 08 Sep 2013 12:00 PM PDT Oleh MOHD. FIRDAUS ISMAIL Mukhriz Tun Mahathir berbangga dengan kecekalan Naimah Abdul Rashid terpaksa bertongkat untuk naik ke pentas utama bagi menerima Diploma Akuantansi (Perdagangan) di majlis Konvokesyen Ke- 13 Politeknik Seberang Perai di Seberang Perai, Pulau Pinang, kelmarin. - utusan/Ismail Kamadin. BUKIT MERTAJAM 8 Sept. - Kulim Technology Park Corporation Sdn. Bhd. (KTPC), terus menerima suntikan pelaburan yang besar mencecah RM10 bilion berdasarkan persetujuan beberapa syarikat dari luar negara yang mahu melabur di kawasan itu. Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir berkata, beberapa syarikat dari luar negara telah bersetuju untuk membeli tanah-tanah di situ seluas lebih 400 hektar bagi membina kilang masing-masing. Perkembangan ini merupakan sesuatu yang positif kerana KTPC berterusan menarik minat pelabur dalam bidang teknologi tinggi seperti tenaga solar dan elektrik. Ini sekali gus melonjak imejnya sebagai kawasan pelaburan teknologi tinggi terbaik di negara ini," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyaksikan upacara menandatangani surat hasrat antara Politeknik Seberang Perai (PSP) dengan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA), Kulim Technology Park Corporation Sdn. Bhd .(KTPC), dan Tes Consultancy Sdn. Bhd., di sini semalam. Terdahulu, Mukhriz turut menyempurnakan majlis konvokesyen ke-13 PSP yang menyaksikan seramai 1,481 orang graduan menerima diploma manakala lima lagi menerima sijil masing-masing. Mengulas lanjut, Mukhriz berkata, ketika ini kerajaan negeri sedang merangka satu makmal transformasi bagi menarik lebih banyak pelaburan dalam negeri (FDI) yang akan melonjakkan lagi pertumbuhan ekonomi Kedah dan satu pengumuman penting mengenai makmal itu akan dibuat dalam masa terdekat. Mengulas mengenai bidang pelaburan utama di KTPC, Mukhriz berkata, kawasan itu masih memfokuskan bidang-bidang teknologi tinggi seperti semi konduktor, tenaga boleh diperbaharui dan industri peranti farmaseutikal dan perubatan. Sementara itu, Naib Presiden Bahagian Pembangunan Industri dan Penyelidikan KTPC, Annuar Mohd. Saffar berkata, pelabur dari Jepun, Amerika Syarikat dan Jerman terus menunjukkan minat menjadikan Kulim sebagai lokasi pelaburan mereka. Dijangkakan lebih 9,000 peluang pekerjaan baharu akan turut ditawarkan. Ketika ini sudah lebih 80 syarikat berada di situ dengan nilai pelaburan mencecah RM30 bilion," katanya. |
Koperasi Tunas Muda perlu beri penjelasan Posted: 08 Sep 2013 12:00 PM PDT PULAU PINANG 8 Sept. - Lembaga Pengarah Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Bhd. (Tunas Muda), diminta memperjelaskan mengenai semua projek pembangunan yang dijalankan di atas tanah milik koperasi berkenaan termasuk mendedahkan tender-tender projek yang dibuka. Ketua UMNO Bahagian Bayan Baru, Datuk Abdul Rahim Saibu berkata, perkara itu penting bagi memastikan ketelusan dalam setiap pemberian projek koperasi. Malah, katanya, penjelasan itu juga perlu bagi memastikan tanah milik koperasi yang diberikan kerajaan tidak disalah guna dalam menjamin survival orang Melayu di negeri ini pada masa hadapan. Apa yang kita lihat setakat ini hampir kesemua tanah milik koperasi telah dibangunkan dengan projek perumahan mewah dan ini akan memberi kesan kepada masa depan orang Melayu khususnya ahli-ahli koperasi sendiri. Kita juga dapati tiada ketelusan dalam pemberian tender projek memandangkan pembukaan tender seperti tidak dilakukan dan projek di bawah koperasi seolah-olah dimonopoli pemaju tertentu," katanya kepada pemberita selepas Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri UMNO Bahagian Bayan Baru di sini malam tadi. Rahim berkata, penubuhan koperasi berkenaan dan pemberian tanah kepada Tunas Muda adalah sebagai deposit untuk orang Melayu di negeri ini. Kalau semua tanah koperasi habis digadai dan dibangunkan apa lagi yang akan tinggal untuk orang Melayu nanti. Sudah 30 tahun tanah ini dijaga dengan baik oleh koperasi, tetapi mengapa dalam masa lima tahun kebelakangan ini hampir kesemua tanah berkenaan dibangunkan," katanya. Selain itu, tegas beliau, koperasi juga perlu memperjelaskan mengenai penjualan tanah tapak masjid di Kampung Perlis di sini yang merupakan sebahagian daripada tanah milik koperasi. Kita mahu tahu mengapa tanah tapak masjid juga dijual memandangkan perkara itu tidak sepatutnya berlaku," tegasnya. |
40 bekas pekerja tuntut pampasan Posted: 08 Sep 2013 12:00 PM PDT NIBONG TEBAL 8 Sept. - Seramai 40 pekerja sebuah syarikat pembersihan taman di sini meminta syarikat terbabit membayar pampasan kerana mereka diberhentikan tidak mengikut peraturan. Mereka mendakwa, syarikat itu tidak memberikan notis dua bulan sebelum pekerja diberhentikan kerja pada 31 Ogos lalu. Kebanyakan pekerja terbabit bekerja di antara lima tahun hingga 20 tahun dengan syarikat terbabit. Seorang pekerja T. Ramasamy, 70, berkata, mereka hanya menerima notis pemberhentian kerja daripada syarikat terbabit baru-baru ini. "Syarikat juga tidak memberikan pampasan kepada pekerja yang diberhentikan," katanya ketika ditemui di sini hari ini. Beliau yang sudah 10 tahun bekerja dengan syarikat terbabit kesal kerana syarikat tidak membayar pampasan yang sepatutnya diterima apabila pekerja diberhentikan. Sementara itu, Timbalan Persatuan Veteran India Angkatan Tentera Malaysia (ATM) R. Kalidas, 55, berkata, pekerja terbabit diberhentikan kerja setelah Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) mengambil alih kerja kontrak daripada syarikat terbabit. Katanya, tindakan yang dibuat oleh syarikat itu jelas tidak mematuhi undang-undang buruh iaitu memberikan notis dua bulan kepada pekerja. Sehubungan itu, katanya, masalah pekerja terbabit akan dirujuk kepada MPSP bagi membolehkan wang pembayaran kepada syarikat itu ditangguhkan sehingga masalah pekerja diselesaikan. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Utara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |