{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Utara

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Utara


Mahasiswa perlu aktif bersukan, riadah

Posted: 14 Sep 2013 11:25 AM PDT

Oleh SHOLINA OSMAN
utusanperlis@utusan.com.my

Dr. Kamaruddin Hussin (dua dari kiri) dan Othman Mohamad (kanan) melepaskan peserta Larian Utara 2013 di Kampus UniMaP Kubang Gajah, Kangar, Perlis semalam. Turut kelihatan Ketua Biro Utusan Perlis, Zainu'l Azhar Ash'ari (kiri) - MINGGUAN/ MUHAMAD IQBAL ROSLI

KANGAR 14 Sept. - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail memuji sikap mahasiswa yang turut memberi perhatian terhadap sukan dan riadah tanpa menjadi 'ulat buku' semata-mata.

Titah baginda, sebagai contoh, sambutan terhadap Larian Utara 2013 yang berlangsung di negeri ini mencerminkan semangat kesukanan dalam kalangan mahasiswa.

Baginda yang juga Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bertitah, sikap seumpama itu seharusnya ditunjukkan oleh para pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini.

''Menerusi larian seumpama ini, kejayaan peserta menghabiskan larian sebenarnya membuktikan bahawa sesukar mana cabaran yang dilalui, dengan sedikit usaha dan kesabaran maka sudah pasti akan berjaya diatasi," titah baginda ketika merasmikan Penutup dan Penyampaian Hadiah Larian Utara UniMAP-Utusan Edisi Ke-2 Sempena Festival Konvokesyen UniMAP Kelapan di Dataran Datuk Sheikh Ahmad di sini hari ini.

Larian sejauh 10 kilometer yang bermula dari Kampus UniMAP Kubang Gajah, Arau sehingga ke Dataran Datuk Sheikh Ahmad di sini dianjurkan oleh UniMAP, Utusan Melayu (Malaysia) Berhad dan Persatuan Olahraga Amatur Perlis (POAP).

Berkenan berangkat, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Yang turut hadir, Naib Canselor UniMAP, Prof. Datuk Dr. Kamaruddin Husin dan Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Othman Mohamad.

Pada majlis itu, baginda juga menerima cenderamata sempena Ulang Tahun Utusan Ke-75 yang disampaikan oleh Othman.

Selain itu, baginda menasihatkan semua pihak supaya mengamalkan pemakanan seimbang.

"Aktiviti bersukan juga perlu dilihat sebagai sesuatu yang 'penting' kerana mampu menjadikan sistem badan seseorang itu lebih sihat dan bertenaga.

''Sistem badan yang sihat mampu menghindari seseorang daripada 'dihinggapi' pelbagai jenis penyakit tidak berjangkit seperti serangan jantung, diabetes, darah tinggi dan sebagainya," titah baginda.

Sehubungan itu, titah baginda budaya bersukan bukan sahaja perlu diterapkan dalam diri sendiri malahan juga untuk kesemua ahli keluarga.

Baginda percaya program larian seperti itu merupakan langkah sihat dalam memupuk perpaduan, kerjasama dan semangat kesukanan antara mahasiswa dan juga masyarakat.

Titah baginda apa yang lebih penting ialah untuk menanam sikap cintakan aktiviti sukan dan kecergasan yang akan menyumbang kepada minda yang sihat.

10 PATI Myanmar dicekup

Posted: 14 Sep 2013 11:25 AM PDT

Sarjan Salleh Man memantau 10 pendatang asing tanpa izin) warga Myanmar yang ditahan di Balai Polis Kuala Perlis, kelmarin setelah dikesan cuba menyusup masuk ke negara ini dari negara jiran.

KANGAR 14 Sept. - Cubaan 10 pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Myanmar untuk menyeludup masuk ke negara ini menerusi hutan sempadan di Bukit Batu Putih di Kuala Perlis dekat sini gagal selepas kesemua mereka ditahan pihak berkuasa semalam.

Komander Kompeni B, Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA), Asisten Supritendan Joe King Marian Anthony berkata, kesemuanya berusia antara 17 hingga 45 tahun ketika ditahan berada dalam kelaparan dan keletihan.

"Semasa ditahan mereka sedang mencari makanan di kawasan dusun buah-buahan di kawasan itu kira-kira pukul 12 tengah hari.

"Kita difahamkan, mereka tidak makan hampir tiga hari selepas meredah hutan dan bukit untuk sampai di sini," katanya dalam sidang akhbar di Balai Polis Kuala Perlis di sini petang semalam.

Beliau berkata, difahamkan juga PATI tersebut merupakan sebahagian kecil daripada 100 orang warga Myanmar yang sampai di negara jiran beberapa hari lalu untuk memasuki negara ini melalui laluan di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand.

"PATI berkenaan dikatakan telah berpecah kepada beberapa kumpulan ketika dalam hutan untuk mencari jalan masuk ke sini," ujar beliau.

Tambahnya, kesemua yang ditahan itu diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Kangar untuk tindakan lanjut di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Pelajar universiti bantu kekang Syiah di Kedah

Posted: 14 Sep 2013 11:25 AM PDT

KUBANG PASU 14 Sept. - Seminar menangani isu-isu Syiah peringkat institut pengajian tinggi zon utara di Hotel Darulaman di sini yang berakhir semalam mencapai resolusi untuk mengambil tindakan lebih aktif bagi mengekang dan mendepani fahaman berkenaan.

Timbalan Mufti Kedah, Syeikh Marwazi Dziyauddin berkata, tindakan tersebut dinyatakan oleh para peserta bersesuaian dengan peranan mereka sebagai mahasiswa.

Katanya, para peserta mencapai resolusi untuk berusaha mengekang fahaman Syiah menerusi pemantapan ilmu pengetahuan Islam yang sebenar mengikut ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.

"Mereka akan bergerak lebih aktif mengikut peranan masing-masing di dalam dan luar universiti termasuk dengan pelbagai program kemasyarakatan," katanya kepada pemberita selepas seminar berkenaan semalam.

Seminar dua hari yang dianjurkan oleh Jabatan Mufti Kedah dan Pusat Pengajian Islam Universiti Utara Malaysia (UUM) itu merupakan siri ketiga dianjurkan jabatan tersebut selepas seminar yang dikhususkan kepada para pendakwah, tokoh agama, guru dan pelajar baru-baru ini.

Seminar menangani isu-isu Syiah berkenaan dijangka melibatkan pula pertubuhan bukan kerajaan (NGO) selepas Hari Raya Aidiladha ini.

Dalam pada itu, Syeikh Marwazi berkata, pihaknya turut menggalakkan para mahasiswa supaya aktif dalam pelbagai bentuk penulisan mengenai isu Syiah bagi mempelbagaikan pendedahan dan penyampaian kepada masyarakat.

Katanya, pendekatan itu penting kerana pengikut Syiah juga menggunakan pelbagai bentuk saluran untuk menyampaikan fahaman berkenaan.

"Jadi kita harus menjawab isu Syiah menerusi saluran sama dengan ruang yang ada," ujarnya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat