{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Timur

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Timur


Semarakkan Bulan Kemerdekaan

Posted: 18 Aug 2013 11:15 AM PDT

Oleh MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB
utusankelantan@utusan.com.my

Makhtar Mustapha memegang Jalur Gemilang (lima dari kanan) melepaskan konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2013 peringkat negeri Kelantan di Kolej Vokasional, Tanah Merah, Kelantan, semalam. - UTUSAN/Irwan Majid

TANAH MERAH 18 Ogos - Rakyat Kelantan diseru supaya mengibarkan Jalur Gemilang di rumah atau kenderaan masing-masing sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan ini, sekali gus menyemarakkan lagi bulan berkenaan yang sebelum ini agak suram di negeri ini.

Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan, Datuk Makhtar Mustapha berkata, bagi menjayakan kempen kibar Jalur Gemilang, rakyat Kelantan tidak kira di bandar atau desa perlu memainkan peranan masing-masing dalam menyemarakkan sambutan Hari Kemerdekaan Ke-56 negara.

Beliau berkata, setiap keluarga perlu memasang sekurang-kurangnya satu bendera di rumah atau kenderaan sebagai tanda kecintaan mereka kepada negara.

"Kita tidak seharusnya segan-silu untuk mengibarkan bendera Malaysia di mana sahaja, sama ada di rumah, kedai, pejabat, sekolah malah pada kenderaan yang kita gunakan.

"Kita sepatutnya berbangga berbuat demikian tanpa menunggu arahan daripada sesiapa kerana ia melambangkan keagungan dan kedaulatan negara kita di pentas dunia. Saya berharap rakyat Kelantan akan mengibarkan Jalur Gemilang mulai sekarang," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mewakili Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed merasmikan Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2013 peringkat negeri Kelantan di Kolej Vokasional di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gual Ipoh, Mohd. Bakri Mustapha dan Pengarah Penerangan negeri, Ramly Yusoff.

Dalam majlis itu, Makhtar turut mengagihkan sebanyak 10,000 helai Jalur Gemilang kepada agensi-agensi kerajaan di negeri ini sebelum melepaskan konvoi 56 kenderaan yang akan menjelajah seluruh Kelantan.

Selain itu tambahnya, semua jabatan kerajaan, negeri serta pihak swasta turut diminta mengibarkan Jalur Gemilang di bangunan masing-masing sekali gus menjadi ikutan masyarakat.

Sementara itu, Ikmal Hisham pula berkata, beliau dan seluruh penduduk khusus di Tanah Merah akan mula mengibarkan Jalur Gemilang secara besar-besaran bagi menyemarakkan lagi sambutan Bulan Kemerdekaan ini.

"Kita sebagai rakyat Malaysia berasa bersyukur kerana kemerdekaan kita sudah masuk tahun ke-56 dan ramai di antara kita lahir selepas merdeka ini dan mungkin tidak tahu bagaimana susahnya orang-orang sebelum kita untuk mencapai kemerdekaan.

"Bagaimanapun kita perlu menginsafi dan berterima kasih kepada pemimpin-pemimpin negara yang telah berjaya membawa negara kita makmur dan kita merasai hidup dalam keadaan penuh sejahtera dalam negara yang berbilang kaum ini," katanya.

Projek ECRR ubah landskap negeri Pantai Timur

Posted: 18 Aug 2013 11:15 AM PDT

KUALA TERENGGANU 18 Ogos - Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRR) yang kini dalam peringkat kajian bagi menghubungkan ibu negara dan pantai timur, jika dilaksanakan, bakal merubah landskap dan melonjakkan ekonomi negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung.

Ketua Pembangunan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Azmi Abdullah Aziz berkata, pembinaan landasan kereta api itu dilihat strategik memandangkan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) telah banyak menarik pelabur ke kawasan itu dan akan lebih meyakinkan pelabur domestik dan asing.

"Jika ramai orang berkunjung ke Pantai Timur, maka banyaklah aktiviti ekonomi tumbuh dan orang tempatan akan mendapat keuntungan daripada pembangunan itu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang akhbar selepas Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri SPAD Terengganu di sini hari ini.

Azmi berkata, rancangan pembinaan landasan kereta api yang melibatkan laluan sepanjang 600 kilometer dari Kuala Lumpur ke Tumpat di Kelantan itu, jika menjadi kenyataan, dijangka siap sepenuhnya menjelang 2030.

Azmi berkata, pihaknya sedang mengkaji cadangan ECRR yang dikemukakan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC), tetapi setakat ini tiada keputusan muktamad.

Berdasarkan perancangan, beliau berkata, ECRR akan menghubungkan Kuala Lumpur ke Tumpat di Kelantan melalui Mentakab, Kuantan, Kemaman, Kuala Terengganu dan Kota Baharu.

Skim rel baharu itu akan dibina merentasi Banjaran Titiwangsa, sekali gus mempercepatkan pergerakan penumpang di Pantai Timur ke Kuala Lumpur, katanya. — BERNAMA

UMNO Kelantan

Posted: 18 Aug 2013 11:15 AM PDT

KOTA BHARU 18 Ogos - Selepas 100 hari Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) berlalu, Badan Perhubungan UMNO Kelantan mengambil langkah awal dengan menyusun semula program bagi memastikan semangat anggota parti tidak luntur.

Pengerusinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, ia juga merupakan persedian awal parti itu bagi menghadapi PRU-14 selepas mencatatkan keputusan yang baik dengan peningkatan kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen dalam pilihan raya umum lalu.

Beliau berkata, persedian tersebut ialah menyusun pemimpin di peringkat akar umbi, memastikan Ketua UMNO Bahagian menyediakan barisan pelapis serta mengadakan program lebih awal bermula dengan seminar serta melaksanakan daftar pemilih untuk golongan muda.

"Kita telah membuat keputusan untuk mengerakkan program-program parti oleh yang demikian kita rancang untuk adakan seminar di peringkat bahagian bagi menghadapi PRU-14 nanti.

"Ini penting untuk memastikan semangat ahli UMNO berada dalam tahap yang tinggi walaupun kita gagal di Kelantan dalam PRU-13 tetapi sebenarnya prestasi kita baik, berada di tempat kedua selepas Kedah dengan mencatatkan peningkatan kerusi daripada enam kepada 12 di DUN dan dua kerusi menjadi lima di Parlimen," katanya.

Mustapa berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Kelantan dan Majlis Minum Petang Bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) peringkat negeri sempena Aidilftri di sini, semalam.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat