Kosmo Online - Komuniti Kita
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Komuniti Kita |
- KDE menghargai warga emas, mualaf
- Hikmah anjur wacana keilmuan
- Hari Kokurikulum SMK Taman Universiti 2 meriah
KDE menghargai warga emas, mualaf Posted: KDE menghargai warga emas, mualaf
SUMBANG. Kelab Darul Ehsan (KDE) meraikan warga emas dan mualaf dari Pusat Jagaan Siti Nor Aini yang terletak di Semenyih, Selangor sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini. Seramai 30 warga emas hadir dengan berkerusi roda untuk menerima sumbangan hasil daripada kutipan pada bufet Ramadan lalu yang berjumlah RM5,675. Penyerahan cek disempurnakan oleh Penolong Pengurus Besar KDE, Siva Kangasu kepada Pengerusi Pusat Jagaan Siti Nor Aini, Dr. Abdullah Noel. | |
Posted: Hikmah anjur wacana keilmuanOTHMAN (tengah) ditemani Razi (kiri) melihat keris yang dipamerkan sempena Wacana Keilmuan Melayu Islam di Galeri Seni Shah Alam, Selangor baru-baru ini. WACANA. Lebih 150 peserta menyertai Wacana Keilmuan Melayu Islam kali ke-6 anjuran badan bukan kerajaan yang dikenali sebagai Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (Hikmah) di Galeri Shah Alam, Selangor baru-baru ini. Lebih menarik, kebanyakan peserta memakai busana Melayu tradisional pada majlis tersebut yang turut diserikan dengan persembahan kompang, silat dan tarian zapin dan gamelan. Presiden dan Pengasas Hikmah, Radzi Sapiee berkata, selain persembahan, pihaknya turut mengadakan pameran keris serta senjata warisan Melayu nusantara dan seni khat. "Program ini bertujuan menyatukan umat Melayu Islam dari pelbagai latar belakang tanpa mengira kecenderungan politik dan berkongsi rasa tentang nasib orang Melayu Islam akhir zaman," katanya. Sementara itu, Pensyarah Jabatan Sosio-Budaya Melayu Universiti Malaya, Prof. Datuk Othman Yatim yang merasmikan majlis tersebut pula berbangga dengan penganjuran wacana itu kerana ia dapat memartabatkan warisan dan budaya bangsa Melayu. | |
Hari Kokurikulum SMK Taman Universiti 2 meriah Posted: Hari Kokurikulum SMK Taman Universiti 2 meriahANTARA aktiviti yang diadakan semasa Hari Kokurikulum SMK Taman Universiti 2 bertempat di Taman Universiti, Skudai, Johor Bahru, Johor baru-baru ini. MERIAH. Pelbagai aktiviti menarik dianjurkan sempena sambutan Hari Kokurikulum anjuran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Universiti 2, Skudai, Johor Bahru, Johor baru-baru ini. Program tahunan kali kesembilan itu dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Nusajaya, Dr. Zaini Abu Bakar yang turut mengambil kesempatan membuat pemeriksaan kawad oleh badan beruniform selain melawat gerai-gerai pameran yang disediakan. Pengetua SMK Taman Universiti 2, Rusini Ahmad berkata, program yang disertai para pelajar daripada badan beruniform, kelab dan persatuan sekolah itu diadakan bagi memberi kesedaran serta menarik minat pelajar agar lebih aktif dalam bidang kokurikulum. Pada majlis sama, Zaini turut menyampaikan trofi dan sijil penghargaan kepada pelajar, Tay Chuan Jie, 17, yang menerima Anugerah Cemerlang Kokurikulum 2013 bagi kategori lelaki dan Intan Aqilah Jasin, 17, bagi kategori perempuan. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Komuniti Kita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |