{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online - Dunia

Posted by Tanpa Nama

Kosmo Online - Dunia


16 wanita Arab Saudi didenda kerana pandu kereta

Posted:

16 wanita Arab Saudi didenda kerana pandu kereta

16 wanita Arab Saudi didenda kerana pandu kereta

SEORANG wanita memandu kereta bersendirian di Arab Saudi pada 22 Oktober lalu.


RIYADH - Seramai 16 wanita Arab Saudi didenda kerana memandu pada hari kempen menentang larangan memandu terhadap wanita di negara berkenaan, kata polis semalam.

Hanya segelintir wanita yang memberanikan diri untuk memandu kelmarin sebagai menyahut kempen menentang larangan memandu yang disebar secara dalam talian.

Ia ekoran kerajaan Arab Saudi memberi amaran akan menghukum mereka yang terlibat dalam kempen tersebut.

"Pihak polis menahan enam wanita di sini dengan setiap seorang didenda sebanyak 300 Riyal (RM252)," kata jurucakap polis di sini, Kolonel Fawaz Al-Miman.

Sementara itu, di Jeddah, polis telah mengenakan denda terhadap dua wanita kerana memandu kereta, menurut jurucakap polis bandar berkenaan, Nawaf Al-Bouq.

Akhbar Arab Saudi melaporkan bahawa enam lagi wanita ditahan di wilayah timur manakala dua wanita lain ditangkap di beberapa tempat lain di negara berkenaan.

Terdahulu, seramai 12 wanita Arab Saudi memuat naik klip video di laman sosial Twitter yang menunjukkan mereka memandu kereta.

Para aktivis wanita pada asalnya meminta wanita di Arab Saudi memandu kereta mereka kelmarin untuk mencabar larangan tersebut.

Permintaan tersebut disiarkan di beberapa laman sosial termasuk Twitter.

Wanita Arab Saudi dilarang memandu kenderaan atau keluar rumah tanpa ditemani oleh seorang mahram. - AFP

Lelaki mengamuk tikam mati lima orang di New York

Posted:

Lelaki mengamuk tikam mati lima orang di New York

Lelaki mengamuk tikam mati lima orang di New York


SEBUAH kenderaan Jabatan Polis New York dilihat berhampiran lokasi tragedi lima orang ditikam mati di sebuah apartmen di Brooklyn semalam.


NEW YORK - Seorang wanita dan empat kanak-kanak termasuk bayi berusia 18 bulan dijumpai mati ditikam dalam satu kejadian amuk di sebuah pangsapuri di Brooklyn di sini kelmarin.

Susulan tragedi berdarah itu, polis telah menahan seorang lelaki untuk disoal siasat awal semalam.

Bayi tersebut dan dua kanak-kanak perempuan masing-masing berusia sembilan dan enam tahun dipercayai mati akibat ditikam apabila pasukan paramedik tiba menjelang pukul 11 malam kelmarin.

Pihak kecemasan bergegas membawa dua lagi mangsa iaitu seorang wanita berusia 37 tahun dan kanak-kanak lelaki berumur lapan tahun ke hospital tetapi mereka tidak berjaya diselamatkan, ujar seorang pegawai polis.

Setakat ini, identiti semua mangsa yang maut dalam insiden berdarah tersebut tidak didedahkan.

Suspek yang juga tidak didedahkan namanya dilaporkan ditemui di dalam apartmen berkenaan ketika polis menyerbu masuk ke dalam bangunan tersebut selepas menerima aduan orang ramai.

Beberapa sumber memberitahu, suspek dipercayai mempunyai pertalian saudara dengan mangsa-mangsa tersebut.

"Ia kelihatan seperti kes keganasan do- mestik," kata seorang pegawai polis berpangkat tinggi.

Bapa mangsa yang tiada di rumah apabila penghuni pangsapuri berkenaan diserang sekitar pukul 10.45 malam kelmarin, trauma dengan pembunuhan tersebut.

"Dia baru pulang dari tempat kerja dan menjadi histeria selepas dimaklumkan tentang kejadian amuk itu oleh seorang anggota polis," kata seorang penghuni blok apartmen berkenaan, May Chan.

Menurutnya, dia kerap melihat kumpulan kanak-kanak itu bermain di kejira- nan tersebut.

"Mereka cuma anak-anak kecil. Insi- den ini sungguh memilukan. Mereka tidak berdosa," katanya. - Agensi

BBC diminta mohon maaf hina Putera Harry

Posted:

BBC diminta mohon maaf hina Putera Harry

BBC diminta mohon maaf hina Putera Harry


PUTERA Harry merupakan kapten dalam Tentera Udara Diraja Britain, Air Corps.


LONDON - Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) diberi tekanan untuk membuat permohonan maaf secara terbuka selepas seorang pengacara program Have I Got News For You (HIGNFY) menyindir Putera Harry kerana mengambil dadah jenis kokain," lapor akhbar The Telegraph semalam.

Program tersebut diterbitkan oleh BBC.

Penyampainya, Jo Brand turut membuat jenaka tentang nama-nama keluarga angkat anak sulung Putera William, Putera George.

Bekas Ketua Angkatan Tentera Britain yang mempengerusikan tugasan pertama Harry di Afghanistan, Lord Dannatt berkata, jenaka Brand adalah keterlaluan.

"Ia jenaka yang amat dikesali dan paling tidak senonoh. Pihak tentera menjalankan ujian dadah secara rawak," katanya.

"Seseorang yang menjadi juruterbang helikopter tempur tidak boleh berada di bawah pengaruh dadah," tegas Dannatt.

Komen serupa diutarakan oleh ahli Parlimen Britain, Anna Soubry yang menyatakan, Brand tidak sepatutnya merendahkan martabat putera tersebut.

"Dia dan BBC perlu memohon maaf. Program ini bukannya diadakan secara siaran langsung. Ia sepatutnya disunting," jelas Soubry.

Putera Harry pernah mengaku bahawa dia menghisap ganja di rumah bapanya di Highgrove, Gloucestershire ketika berusia 16 tahun. - Agensi

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat