Utusan Online - Kesihatan
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Kesihatan |
Panduan makanan untuk kesuburan Posted: 20 Oct 2013 06:08 AM PDT Soalan APAKAH makanan terbaik bagi wanita yang belum hamil untuk menguatkan rahim, memperbanyakkan telur matang, subur dan cepat hamil? Apakah pula jenis makanan yang harus dielakkan oleh wanita yang belum hamil demi menjaga kesuburan, telur dan rahim? Saya juga ingin tahu mengenai makanan terbaik untuk ibu hamil dan makanan yang harus dielakkan oleh mereka. Adakah sebarang vitamin untuk ibu hamil bagi mendapatkan anak bijak dan sihat sejak dalam kandungan lagi? n Allia, Johor. Jawapan Pemakanan segar dan berkhasiat yang diambil berpandukan keperluan kalori serta mengikut piramid makanan adalah pilihan terbaik. Istilah menguatkan rahim adalah tidak tepat atau pasti kerana rahim terbentuk daripada tiga lapisan otot yang sememangnya kuat untuk mengembang sepanjang kehamilan dan mengecut sewaktu kelahiran serta kembali kepada saiz asal dalam waktu berpantang. Mungkin apa yang dimaksudkan adalah lapisan terdalam rahim yang menyalurkan makanan kepada kandungan. Sewaktu kehamilan, lapisan endometrium ini dinamakan desidua, namun kemudiannya bekalan makanan janin bergantung kepada uri dan ibunya. Begitu juga dengan persoalan mengenai makanan yang membanyakkan telur matang. Wanita dilahirkan dengan sejumlah telur yang tidak akan bertambah lagi bilangannya. Pada setiap kitaran haid bagi wanita subur, hanya satu sahaja telur matang manakala sekumpulan yang lain akan mengalah dan pupus. Keadaan ini berlaku sehingga menopaus yang mana tiada lagi telur dikeluarkan. Pengambilan ubat hormon kesuburan bertindak merangsang kumpulan telur supaya lebih banyak yang matang, bergantung kepada jenis dan dos ubat hormon berkenaan. Tanpa ubat hormon kesuburan, ramai wanita subur ini hanya menghasilkan satu sahaja telur matang. Bagi wanita yang kurang subur ovarinya pula, tiada telur matang dihasilkan dalam kitaran terbabit. Segelintir wanita yang tidak mengambil ubat kesuburan didapati hamil kembar (tidak seiras), ia lebih banyak berlaku kepada wanita yang berusia, tanpa mengira pemakanan mereka. Amalan mengelakkan makanan tajam atau sejuk juga lebih berdasarkan kepercayaan masyarakat, kesahihannya dari sudut perubatan moden belum terbukti. Pada pendapat saya, tidak salah mengelakkan makanan terbabit sewaktu kehamilan memandangkan ia bukan makanan ruji kita iaitu tidak menjadikan kita kempunan atau kebuluran jika tidak mengambilnya. Keperluan vitamin juga seharusnya mengikut kadar yang telah digariskan. Bagi sesetengah vitamin (yang bersifat larut air), pengambilannya yang berlebihan dianggap pembaziran kerana ia akan dilupuskan menerusi air kencing atau najis. Namun bagi sesetengah vitamin lain (yang bersifat larut lemak), pengambilannya yang berlebihan boleh memudaratkan dan memberi kesan negatif kepada sifat janin, contohnya vitamin A. Saya percaya, amalan kesederhanaan perlu dititikberatkan dalam aspek kehidupan kita termasuk dalam pengambilan makanan. Anak yang sihat dan bijak tidak semestinya datang daripada formula makanan ibunya. Tidak semua adik-beradik sesuatu keluarga (yang dikandung dan dibesarkan oleh ibu yang sama) mempunyai tahap kepintaran yang sama. Bersama profesor Dr. Nik Hazlina Nik Hussain Penyelaras Unit Perkembangan Kesihatan Wanita (Pakar Obstetrik & Ginekologi) Pusat Pengajian Sains Perubatan Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian, Kelantan. Sebarang soalan dan pertanyaan berkaitan sakit puan, boleh e-mel ke adawiyah.koh@utusan.com.my |
Posted: 20 Oct 2013 06:08 AM PDT SEMUA orang mengimpikan bukan sekadar kecantikan luaran tetapi juga kesihatan dan kecantikan dalaman. Bayangkan, dengan pengambilan hanya satu sacet yang mengandungi 20 milimeter (lebih kurang tiga sudu besar) jamu setiap hari anda mampu memiliki kecantikan luaran dan dalaman ini. Wajah berseri dan tidak kusam lagi. Badan terasa lebih bertenaga walaupun baru beberapa hari mengamalkannya. Kulit semakin licin dan nampak segar. Kalau anda pernah mengambil jamu sebelum ini, maka Jamu Ratus Warisan Plus ini bakal menukar apa yang anda tahu dan percaya selama ini. Percayakah anda jika diberitahu adanya jamu yang apabila dimakan badan tidak panas? Malah ia membantu membanyakkan susu badan si ibu, kedatangan haid mula teratur, menyuburkan rahim, keintiman hubungan suami isteri meningkat dan banyak lagi. Bayangkan anda memiliki jamu yang siap sedia untuk diminum sebagai sumber tenaga harian. Segala apa yang anda mahukan untuk kekal sihat, ceria, awet muda, akhirnya dalam bentuk cecair yang telah siap disacetkan. Menurut pengasas produk Jamu Ratus Warisan, Tun Nurul Huda, 30, penjagaan kesihatan dalaman penting untuk wanita khususnya yang sudah mendirikan rumah tangga. "Apabila bercakap tentang jamu , pastinya isu yang sering dibangkitkan ialah tentang hubungan suami isteri, masalah dalaman wanita, masalah dalaman lelaki, ibu mengandung, ibu menyusukan dan sebagainya. "Jamu yang saya hasilkan merupakan resipi turun-temurun keluarga saya," ujarnya. Berdasarkan pengalaman Nurul, jamu membantunya melalui tempoh berpantang tanpa sebarang masalah. Istimewa jamu yang dimakan tersebut merangsang pengeluaran susu badan dan memberi tenaga. "Ada yang berkata, menjadi ibu pada usia muda sangat mencabar. Mungkin dari segi persediaan ibu muda itu sendiri tidak cukup. "Amalan berpantang sangat penting untuk wanita yang baru bersalin. Selain pengambilan jamu dan herba, pelbagai rawatan seperti urutan, bertungku dan bertangas turut menjadi pilihan," ujarnya. Jamu Ratus Warisan adalah jamu resipi keluarga zaman-berzaman yang terdiri daripada gabungan berpuluh herba dan rempah-ratus. Ia mengandungi campuran herba asli seperti manjakani, kacip Fatimah, lemuju, habatussauda, ibu kunyit, akar angin dan pelbagai herba terpilih yang menjadi rahsia kemujaraban Jamu Ratus Warisan kepada pengamalnya. Ramuan ini diadun dengan air zam-zam, madu dan zaffaran yang sudah diterapikan dengan al-Quran. Bahkan, jamu ini telah diestrak dan hanya pati herba sahaja diambil manakala hampas dibuang. Produk ini sangat bagus untuk ibu-ibu lepas bersalin kerana ia boleh membantu merapatkan vagina dengan pantas. Insya Allah. Menggunakan air terapi al-Quran Kami boleh sahaja mengadunkan bahan-bahan yang digunakan untuk Jamu Ratus Warisan Plus menggunakan air suling biasa. Sebaliknya, kami memilih untuk memberikan produk yang terbaik kepada pengguna dengan menggunakan air zamzam yang telah digunakan untuk membasuh zaffaran yang telah dijadikan dakwat untuk menulis 6,236 huruf-huruf al-Quran. Air zamzam inilah yang digunakan untuk memproses dan mengadun bahan-bahan itu semua bagi menambahkan kekuatan metafizik pada produk kami. Untuk mendapatkan produk Jamu Ratus Warisan Plus dan JuzQ30 sila hubungi talian kami iaitu 012-2324622 atau 019-2124622. Maklumat lanjut dan senarai pengedar terdekat boleh diperolehi dengan melayari laman web www.jamuratuswarisan.com |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Kesihatan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |