Utusan Online - Kota
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Kota |
- Projek RoL didakwa jadi punca
- Kami tak berani tinggalkan rumah - Penduduk
- Kelewatan projek berpunca daripada isu setinggan - JPS
Posted: 30 Sep 2013 11:46 AM PDT Oleh MUHAMAD AIMY AHMAD SEBAHAGIAN daripada kawasan projek RoL yang dilaksanakan merentasi kampung-kampung di Batu Caves, Gombak, Selangor. - UTUSAN/MOHD. AZIM ABD. RAHMAN SELAYANG 30 Sept. - Kelewatan kerja-kerja menaik taraf Sungai Batu di Batu Caves didakwa menjadi punca kepada kejadian banjir kilat yang sering melanda beberapa kampung di sepanjang jajaran sungai itu. Kerja menaik taraf membabitkan penggantian jambatan baharu dan pelebaran sungai yang masih tergendala sehingga hari ini mengakibatkan penduduk Kampung Laksamana dan Kampung Nakhoda sering berhadapan banjir lumpur sejak beberapa tahun lalu. Turut menjadi mangsa adalah penduduk Kampung Sungai Tua dan Kampung Sungai Kertas yang terpaksa bersedia setiap masa terutamanya ketika hujan lebat. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Laksamana, Mahmad Ismail berkata, banjir kali terakhir pada 13 September lalu menyebabkan penduduk sudah hilang sabar kerana terpaksa menanggung kerugian mencecah ribuan ringgit. Menurut Mahmad, kerja-kerja menaik taraf itu sepatutnya siap pada April lalu, namun dilanjutkan ke Jun sebelum tergendala lagi sehingga Julai tahun ini. Penduduk mengadakan tunjuk perasaan di jambatan yang didakwa menjadi punca kejadian banjir kilat melanda kampung mereka baru-baru ini. "Terbaharu, kami dijanjikan pula kerja itu akan siap pada bulan ini, tetapi sudah hampir penghujung September masih tiada tanda-tanda akan siap kelihatan," katanya ketika ditemui baru-baru ini. Difahamkan, kerja-kerja naik taraf Sungai Batu dilaksanakan di bawah projek Sungai Nadi Kehidupan (RoL). Tambah Mahmad, perjumpaan bersama pihak terlibat juga sudah diadakan sebelum ini, malah pemaju turut meminta kebenaran untuk menutup jalan bagi memberi laluan kepada kerja melebarkan sungai. "Namun, dalam tempoh penutupan itu tiada kerja dilakukan dan apabila penduduk mendesak baru mereka laksanakan tetapi hanya untuk seketika dan tidak nampak hasilnya," tegasnya. Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia mendapati, bahagian bawah jambatan besi tersebut dipenuhi sampah sarap yang terperangkap selepas dihanyutkan air semasa banjir baru-baru ini. Malah, permukaan sungai di bawah jambatan yang semakin mengecil itu berbanding hulunya menyebabkan aliran air melimpah ke rumah penduduk bersama lumpur. |
Kami tak berani tinggalkan rumah - Penduduk Posted: 30 Sep 2013 11:46 AM PDT SELAYANG 30 Sept. - Jika hujan dikatakan membawa rahmat, lain pula ceritanya kepada penduduk empat buah kampung di Batu Caves di sini yang bimbang banjir akan melanda sekiranya hujan semakin lebat. Mana tidaknya, setiap kali hujan lebat luar biasa melanda Kampung Laksamana, Kampung Nakhoda, Kampung Sungai Tua dan Kampung Sungai Kertas, kejadian banjir kilat hampir pasti akan berlaku. Seorang penduduk, Sukardi Katiman, 61, berkata, penduduk kini bimbang untuk meninggalkan rumah masing-masing sekiranya cuaca menunjukkan tanda-tanda akan hujan. Kalau keluar pun atas urusan penting dan tidak terlalu lama kerana bukan sekali kami dilanda banjir tetapi sudah berkali-kali sehingga kerugian tidak kurang daripada RM10,000 setiap kali banjir. Kami juga terpaksa mengambil masa yang lama untuk membersihkan rumah yang dipenuhi lumpur selain bau yang amat menyeksakan," katanya ketika ditemui baru-baru ini. Sukardi berharap, kerajaan Pusat, kerajaan negeri, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dapat mengatasi segera masalah itu. Kami sudah tidak tahu ke mana untuk merayu, aduan pun sudah jemu untuk dilakukan kerana tiada tindakan proaktif diambil," ujarnya. Seorang lagi penduduk, K. Bamah, 48, berkata, dia sekeluarga tidak mengharapkan apa-apa selain sebatang jambatan berdekatan kampung mereka yang dikatakan menjadi punca banjir kilat itu dinaik taraf segera. Saya kini sangat susah hati kerana salah seorang anak akan berkahwin pada Disember depan, saya takut majlis tersebut akan tergendala sekiranya banjir melanda lagi rumah kami," katanya. Sementara itu, Chin Be Yong, 43, berkata, mereka terpaksa membeli perkakas rumah yang baharu setiap kali banjir melanda kerana peralatan sedia ada tidak sempat diselamatkan. Barang-barang penting termasuk dokumen memang tidak sempat diambil kerana air naik terlalu cepat dan saya juga perlu menjaga ibu yang berusia 78 tahun kerana tidak begitu sihat," katanya. |
Kelewatan projek berpunca daripada isu setinggan - JPS Posted: 30 Sep 2013 11:46 AM PDT KUALA LUMPUR 30 Sept. - Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memaklumkan kelewatan kerja-kerja menaik taraf Sungai Batu di Batu Caves, antaranya disebabkan oleh kewujudan setinggan berhampiran lokasi dua buah kolam takungan. Jurucakap Seksyen Hal Ehwal Korporat JPS berkata, selain itu kelewatan kerja-kerja itu juga disebabkan oleh kesukaran untuk membina sebuah jambatan baharu bagi menggantikan jambatan sedia ada yang kedudukannya berada di bawah talian penghantar elektrik. Bagaimanapun ujarnya, masalah itu telah diselesaikan dengan mengubah kedudukan jambatan ke lokasi baharu seperti yang disyaratkan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB). "Kelewatan tersebut disebabkan isu setinggan di tapak cadangan lokasi kolam takungan No.1 dan No.3 yang kini sedang diselesaikan dengan Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Gombak. "Namun, isu setinggan di kolam No.1 telah diselesaikan sementara menguruskan isu di kolam No.3," katanya dalam kenyataan akhbar kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Menurut kenyataan itu, kerajaan Persekutuan melalui JPS telah meluluskan peruntukan bagi Projek Sungai Nadi Kehidupan (RoL) Sungai Batu Pakej 1/downstream dan Pakej 2/upstream di bawah program itu. Projek di bawah Bahagian Projek Khas JPS itu telah bermula sejak 5 September 2011 dan akan berakhir pada 21 Oktober depan. Katanya lagi, JPS Kuala Lumpur yang bertanggungjawab dalam mengawal operasi Empangan Batu turut menafikan dakwaan penduduk bahawa air empangan telah dilepas keluar ke Sungai Batu semasa banjir pada 13 September lalu. "Tiada pelepasan air dari empangan dilakukan kerana paras air pada hari kejadian berada pada paras normal iaitu 102.3 meter dan jika memerlukan pelepasan air adalah pada ketinggian 103.5 meter. "Sebaliknya, punca berlakunya banjir adalah disebabkan hujan lebat melebihi 80 milimeter dalam tempoh sejam di seluruh Kuala Lumpur dan Gombak. "Aliran hujan mengalir masuk ke Sungai Batu dan disalurkan dengan baik dari kawasan Gombak ke Kuala Lumpur melalui Sungai Gombak dan akhirnya disalurkan ke Sungai Klang. "Tetapi, kami mendapati limpahan air di kawasan penduduk berdekatan sungai itu akibat daripada halangan jambatan besi sedia ada yang masih belum dinaik taraf," katanya. Tambah kenyataan itu, pihaknya akan segera membuka jambatan sedia ada dan membina jambatan baharu bagi mengelak aliran air Sungai Gombak terhalang. "Kami akan segera menyiapkan kerja menaik taraf bagi meningkatkan kapasiti penyaluran air. Selain itu, kontraktor telah diminta menambah waktu kerja dan bilangan pekerja untuk mengatasi kelewatan di samping menambah bilangan pam air sepanjang pembinaan," ujarnya. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Kota To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |