{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Timur

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Timur


Ahmad temui pemimpin baharu

Posted: 23 Oct 2013 11:22 AM PDT

Oleh ISWAN SHAFIQ MAT ISA
pengarang@utusan.com.my

KUALA TERENGGANU 23 Okt. - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said akan memanggil kesemua barisan kepemimpinan baharu bagi mengadakan pertemuan awal ke arah melaksanakan gerak kerja mengukuhkan parti.

Katanya, setelah proses pemilihan UMNO selesai, semua harus kembali sepakat untuk menjayakan strategi yang berkesan bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

"Saya akan memanggil kesemua barisan kepemimpinan di peringkat Puteri, Pemuda, Wanita dan bahagian tidak lama lagi untuk berbincang dan mengatur strategi bagi mengekal kerusi dan merampas kembali kawasan tewas.

"Ada beberapa kawasan, kekalahan Barisan Nasional (BN) begitu kecil. Contohnya Teluk Pasu kita hanya kalah 109 undi, Rantau Abang 141 undi serta Tepoh (229) undi," ujarnya kepada pemberita di sini semalam.

Dalam pilihan raya umum lalu, BN menang tipis dengan memperoleh 17 kerusi Dewan Undangan Negeri daripada 32 kerusi dan empat daripada lapan kerusi Parlimen.

Mengulas mengenai kesan persaingan dalam pemilihan UMNO, beliau mengharapkan setiap calon yang menang dan kalah tidak dipengaruhi emosi hingga berlaku pergeseran berpanjangan.

"Yang penting ialah sikap dan semangat kita untuk merapatkan barisan dan mengukuhkan parti yang kita perjuangkan," katanya.

Litar formula dibina di TATiUC

Posted: 23 Oct 2013 11:22 AM PDT

Oleh SITI AIRUNNISA ALAUI
pengarang@utusan.com.my

KEMAMAN 23 Okt. - Sebuah litar formula bakal dibina di Kolej Universiti Tati (TATiUC) dekat sini untuk digunakan dalam proses pembelajaran dan penyelidikan penciptaan kereta lumba.

Rektornya, Dr. Zunaidi Ibrahim berkata, litar sepanjang 1.2 kilometer dalam persekitaran kampus itu dianggarkan menelan kos antara RM3 juta hingga 4 juta.

Katanya, litar formula berkenaan bukan sahaja dapat digunakan oleh pelajar universiti tersebut malah penduduk di sekitar kawasan itu bagi mengadakan acara sukan kereta lumba.

"Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said telah memaklumkan kerajaan negeri telah meluluskan pembinaan litar formula itu yang bakal memberi manfaat kepada pelajar di universiti ini.

"Litar itu dapat digunakan untuk perlumbaan serta bagi menguji kereta lumba bagi membolehkan inovasi dan penyelidikan dibuat terhadap rekaan yang dicipta," katanya kepada pemberita di sini kelmarin.

Katanya, pembinaan litar tersebut selari dengan pencapaian universiti itu yang banyak memenangi kejohanan perlumbaan di bawah penyertaan Pasukan Lumba TATiUC.

Jelasnya, pencapaian TATiUC dalam penciptaan kereta lumba membanggakan apabila mempertahankan kejuaraan pada perlumbaan kereta Formula Varsity tahun ini di samping mendapat tempat pertama kategori reka bentuk dan kategori Catch The Moment.

"Saya yakin dengan pembinaan litar lumba ini dapat memberi lebih manfaat kepada pelajar di universiti ini sekali gus melahirkan lebih banyak pereka kereta lumba muda pada masa depan," jelasnya.

Dalam perkembangan sama, Zunaidi memberitahu, TATiUC juga bakal mempunyai kompleks sukan yang akan dilengkapi stadium dan gelanggang indoor game bagi menyediakan lebih banyak kemudahan kepada pelajar mengasah bakat.

"Pada ketika ini, TATiUC masih belum memiliki gelanggang tertutup dan kita harap kompleks sukan ini dapat siap dengan segera," katanya.

Ibu tunggal perlukan bantuan

Posted: 23 Oct 2013 11:22 AM PDT

Mariani Jusoh (tengah) bersama anaknya menunjukkan lantai rumahnya yang berlubang di Kampung Pantai Baru, Bachok, semalam. - UTUSAN/HAPIZAH AZIZ

BACHOK 23 Okt. - Setiap kali menjelang musim tengkujuh, perasaan seorang ibu tunggal, Mariani Jusoh, 56, dari Kampung Pantai Baru di sini sentiasa gelisah memikirkan rumahnya yang uzur serta bocor dan akan digenangi air hujan.

Menurut Mariani, disebabkan keadaan rumahnya itu, dia bersama empat orang anak dan dua cucu sukar untuk tidur malam setiap kali hari hujan.

Ketika ditemui di rumahnya hari ini, dia berkata, kos yang tinggi untuk membaiki atap yang bocor menyebabkan mereka tiada pilihan lain.

Mariani kematian suami, Allahyarham Mat Sidik Mat Said akibat barah sejak lebih 10 tahun lalu.

Dengan pekerjaan suaminya sebagai tukang rumah, katanya, mereka tidak dapat membuat simpanan kerana rezeki diperolehi umpama kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

"Apabila suami meninggal, kami sekeluarga tiada tempat bergantung, hilang sumber pendapatan," katanya.

Sehingga kini katanya, dia hanya mengharapkan sumbangan anak-anak yang bekerja dengan pendapatan tidak seberapa.

Dengan keadaan kehidupan sekarang, dia tidak mungkin dapat membaiki rumah tersebut yang semakin uzur.

"Sejak muda saya mendiami rumah ini, saya gembira sekiranya berpeluang mendiami rumah yang lebih selesa, tanpa bimbang runtuh atau reput akibat air hujan," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat