Utusan Online - Utara
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Utara |
Posted: 02 Oct 2013 12:13 PM PDT Oleh A. MALEK ASLIE PARA petani menunjukkan siput gondang yang mengancam sawah padi mereka di Kampung Sungai Labu, Parit Buntar, Perak, semalam. PARIT BUNTAR 2 Okt. - Lebih 500 petani di Kampung Sungai Labu di sini, berada dalam dilema selepas tanaman mereka diancam serangan siput gondang sejak beberapa musim lalu. Keadaan tersebut menyebabkan sawah padi mereka seluas kira-kira 404 hektar seolah-olah menjadi 'kolam ternakan' siput gondang. Ketua Kampung Parit Sungai Labu Atas, Abd. Hamid Ahmad, 60, berkata, walaupun masalah siput gondang itu sudah wujud sejak beberapa musim lalu tetapi serangan kali ini paling ketara. "Selepas musim menuai, kita boleh nampak telur siput gondang banyak muncul di persekitaran parit utama dan batas-batas bendang. Dalam masa singkat sahaja, telur itu menetas menjadi siput dengan banyak pada waktu senja dan larut malam. "Semasa pengaliran air ke petak bendang, siput akan menyusul bersama air masuk ke sawah padi dan akan bercambah dengan banyak dan cepat sekali," katanya ketika ditemui di sini hari ini. Menurut Abd. Hamid, petani telah mencuba pelbagai kaedah untuk mengawal benih telur siput gondang termasuk menggunakan semburan racun di sekitar parit utama dan lorong palong di petak petak sawah padi tetapi gagal. "Ada petani menggunakan racun dibeli sendiri dan ada yang diperoleh daripada Jabatan Pertanian Kerian tetapi masalah siput gondang ini tidak berjaya diatasi," katanya. Ketua Unit Peladang Sungai Labu Dalam, Suhaimi Idris pula berkata, serangan siput gondang biasanya berlaku pada waktu malam sehingga awal pagi. "Siput gondang ini memakan benih dan tunas anak padi yang mula hendak hidup. Keadaan ini jika tidak dikawal boleh merugikan petani kerana mereka boleh kehilangan lebih separuh daripada pendapatan mereka," katanya. Sementara itu, Pegawai Pertanian Kerian, Zuriana Ahmad berkata, pihaknya telah mengenal pasti kawasan bendang yang diserang siput gondang. "Keadaannya terkawal dan kita akan adakan kursus dan taklimat mengenai cara-cara mengawal serangan siput gondang ini kepada pesawah yang terlibat," katanya. |
Posted: 02 Oct 2013 12:13 PM PDT PULAU PINANG 2 Okt. - Calon yang menang dalam pemilihan UMNO kali ini mempunyai tanggungjawab besar memastikan negeri ini kembali kepada Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14. Pengarah Pusat Aduan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Wan Norazman Arifin (gambar) berkata, mereka yang dipilih perlu berperanan menyatupadukan orang Melayu yang kini terbahagi kepada tiga kumpulan mengikut parti politik. Sehubungan itu, tambahnya, ahli-ahli UMNO perlu bijak membuat keputusan supaya transformasi dapat dilakukan di negeri ini. "Pemilihan kali ini memerlukan perubahan besar bagi menentukan kemenangan BN khususnya UMNO di negeri ini dalam PRU-14," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Dalam perkembangan lain, Wan Norazman yang merupakan Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Cawangan Kampung Rawana, Jelutong memberitahu, lebih ramai orang muda perlu diberi peluang untuk memimpin parti. "Sebagai ahli, saya tidak mahu UMNO lenyap di kawasan Jelutong kerana bagi saya UMNO merupakan sebuah parti keramat yang akan terus memartabat nasib orang Melayu," katanya. |
Kedah rancang perkenal semula kempen senyum Posted: 02 Oct 2013 12:13 PM PDT LANGKAWI 2 Okt. - Kerajaan negeri merancang untuk memberi nafas baharu kepada kempen 'Senyum Selalu' melibatkan pelbagai sektor dalam industri pelancongan dan penduduk tempatan bagi memikat hati para pelancong yang berkunjung ke negeri ini. Pengerusi Jawatankuasa Agama, Hal Ehwal Masyarakat India dan Siam, Sumber Tenaga Manusia dan Pelancongan negeri, Mohd. Rawi Abd. Hamid berkata, sikap ramah dan melemparkan senyuman dalam bidang pelancongan adalah penting kerana sikap itu mempengaruhi persepsi pelanggan. Katanya, penggiat industri pelancongan termasuk di Langkawi masih kurang memberi perhatian terhadap sikap ramah dan budaya senyum jika dibandingkan Thailand dan Indonesia. "Mungkin kita akan bekerjasama dengan Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) untuk melancarkan semula kempen senyum yang pernah diadakan dahulu. "Kempen ini melibatkan semua peringkat seperti di kaunter hotel, kedai, restoran, stesen teksi dan lapangan terbang," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian pembukaan hotel terbaharu MK Land Holdings Berhad, Ombak Villa yang disempurnakan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di sini kelmarin. Yang hadir sama isteri Dr. Mahathir, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali; Pengerusi MK Land Holdings Berhad, Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar dan Ketua Pegawai Eksekutif Lada, Tan Sri Khalid Ramli. Mohd. Rawi berkata, dengan senyuman dapat meletakkan pelancong dalam keadaan selesa, memberi gambaran bahawa mereka sedang diterima dengan hati terbuka dan sedia diberi layanan selain memperkenalkan imej bersopan santun rakyat negara ini. Katanya, infrastruktur pelancongan boleh dibina tetapi usaha untuk menanam budaya senyum dalam industri tersebut merupakan satu cabaran yang perlu dihadapi. "Dengan senyuman itu kita tidak perlu berbahasa. Kita tahu orang boleh menilai bahawa kita sedang menerima dengan hati terbuka dan sanggup memberi layanan. "Lihat di Thailand, hanya dengan senyuman dan perkataan 'sawadikap' sudah cukup untuk membuat pelancong berasa perkhidmatan yang bakal diberikan adalah istimewa," katanya. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Utara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |