{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Utara

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Utara


Usahawan kecil terus dibela

Posted: 08 Oct 2013 11:30 AM PDT

Oleh AIN SAFRE BIDIN
utusanperak@utusan.com.my

SAARANI Mohamad (tiga dari kanan) gembira ketika melawat Nonie Khairul Bakery Frozen Food di Kampung Teluk Saga, Pulau Tiga, Kampung Gajah, Perak, semalam.

KAMPUNG GAJAH 8 Okt. - Kerajaan negeri akan terus membela usahawan kecil di negeri ini supaya mereka dapat bersaing dalam dunia perniagaan hari ini yang semakin mencabar.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian, Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Saarani Mohamad berkata, golongan itu memerlukan bimbingan berterusan bagi memastikan mereka tidak ketinggalan.

"Kerajaan sentiasa mengambil inisiatif membantu golongan usahawan kecil supaya mereka terus maju dan berharap taraf hidup mereka akan bertambah baik.

"Kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan dan bantuan untuk golongan ini seperti pinjaman tanpa faedah dan kursus-kursus perniagaan.

"Kerajaan juga membantu menyediakan tempat-tempat untuk berniaga seperti warung dan kios percuma kepada peniaga yang terpilih, juga pemansuhan lesen penjaja di seluruh negeri," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan sempena program My Kampung, My Future di Kampung Pulau Tiga di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharudin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kampung Gajah, Ahmad Fauzi Abdullah.

Mengenai lawatan ke kawasan berkenaan, Saarani berbangga dengan penyertaan golongan belia di Pulau Tiga dalam pelbagai industri kecil seperti memproses makanan ringan, kraf labu, ternakan, perladangan dan pelbagai perniagaan lain.

"Kita boleh nampak betapa bersemangatnya golongan belia di Pulau Tiga di dalam bidang industri kecil.

"Produk yang mereka hasilkan di sini akan pasaran secara meluas dan saya yakin Pulau Tiga akan menjadi antara pusat pengeluar produk tempatan yang dikenali," ujarnya.

Peniaga makanan di Chandan Putri diarah pindah

Posted: 08 Oct 2013 11:30 AM PDT

KUALA KANGSAR 8 Okt. - Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) mengarahkan kesemua 24 peniaga makanan yang berniaga di bahu jalan di Chandan Putri dekat sini, berpindah ke kawasan perniagaan lebih selesa di Tapak Penjaja Taman Selera di sini.

Yang Dipertuanya, Abdul Halim Hamid menegaskan, arahan tersebut berkuat kuasa serta-merta dan MPKK tidak lagi akan bertolak ansur jika peniaga terlibat enggan berbuat demikian.

Beliau berkata, penempatan semula peniaga di kawasan baharu itu bertujuan mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di kawasan berkenaan serta untuk keselesaan peniaga dan pelanggan.

"Pemindahan ini bukan bertujuan untuk memberi tekanan kepada peniaga terlibat. MPKK faham apabila berlaku sesuatu perubahan, memang akan berlaku bantahan namun kami sedia mengadakan perbincangan dengan peniaga terlibat.

"Namun, saya berharap para peniaga memahami matlamat sebenar pemindahan ini," katanya selepas perasmian pembinaan tapak baharu tapak penjaga taman selera berkenaan di sini hari ini.

Perasmian itu disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Chandan, Mazlin Sham Razman.

MPPK telah menyediakan kawasan khas di tapak berkenaan untuk peniaga meneruskan perniagaan sementara menantikan tapak penjaga berkenaan siap sepenuhnya.

Abdul Halim menambah, peniaga di bahu jalan Chandan Putri perlu berpindah kerana menyebabkan kesesakan lalu lintas yang menimbulkan rungutan dalam kalangan pengguna jalan raya.

"Dengan wujudnya Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS) yang mempunyai lebih 1,000 pelajar serta pertambahan taman perumahan di Chandan Puteri menyebabkan kawasan berkenaan bertambah sesak.

"Jika peniaga berpindah ke tapak baharu, mereka boleh menjalankan perniagaan dengan lebih selesa selain kebersihannya terjamin," ujar beliau.

Habuk besi: SAM desak kerajaan DAP bertindak

Posted: 08 Oct 2013 11:30 AM PDT

PULAU PINANG 8 Okt. - Sahabat Alam Malaysia (SAM) mendesak kerajaan DAP Pulau Pinang memberi perhatian serius termasuk mengambil tindakan segera bagi menangani masalah pencemaran habuk besi yang membelenggu kira-kira 200 penduduk Kampung Padang Lalang, Nibong Tebal, Seberang Perai.

Presidennya, S. M. Mohamed Idris berkata, masalah yang berpunca daripada operasi sebuah kilang berhampiran kampung berkenaan didapati berlarutan sejak sekian lama tetapi tiada sebarang tindakan yang diambil pihak berkuasa.

Tegas beliau, kesan daripada operasi kilang berkenaan, penduduk berhadapan dengan masalah kesihatan seperti gatal kulit, lelah dan batuk.

"Kita amat kesal dengan kejadian yang menimpa penduduk kampung kerana sehingga kini tiada sebarang tindakan drastik diambil.

"SAM percaya jika keadaan ini dibiarkan akan terus menjadi ancaman yang lebih serius terhadap kesihatan penduduk terutama kanak-kanak," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau menambah, selain gangguan habuk besi, penduduk terbabit juga terganggu dengan bunyi bising disebabkan pengunaan generator dalam operasi kilang.

Sehubungan itu, jelasnya, SAM mendesak pihak berkuasa terbabit seperti Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Pejabat Tanah dan Galian, Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Kesihatan segera menyiasat perkara berkenaan dan mengambil tindakan tegas yang sewajarnya terhadap pengusaha kilang itu.

"SAM difahamkan kilang berkenaan beroperasi secara haram dan pernah dirobohkan sebelum ini namun operasinya masih diteruskan.

"Tindakan undang-undang juga perlu diambil sekiranya terbukti kilang tersebut melanggari perundangan negara," ujarnya.

Selain itu, kata beliau, SAM juga mahukan pampasan setimpal diberikan kepada penduduk yang selama ini terjejas dan terpaksa menanggung kerugian kesan daripada pencemaran yang dibawa kilang berkenaan.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat