{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Dunia

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Dunia


18 pegawai tentera Taiwan didakwa

Posted: 31 Jul 2013 03:18 PM PDT

Taipei: Pendakwa raya Taiwan mendakwa 18 pegawai tentera semalam berhubung kematian seorang pelatih muda yang menjadi subjek hukuman 'kejam dan dera', dalam satu insiden yang mencetuskan kemarahan di seluruh negara.

Koperal Hung Chung-chiu meninggal dunia akibat strok haba 4 Julai lalu, hanya tiga hari sebelum menamatkan perkhidmatan tentera wajib selama setahun.

Senaman melampau

Keluarganya berkata, mangsa dipaksa melakukan senaman melampau sebagai hukuman kerana membawa telefon pintar ke dalam kem.

Ketua Pendakwa Raya Tentera Tsao Chin-sheng, berkata Hung, 24, mengalami strok haba selepas diarahkan 'melakukan senaman tidak tertanggung, kejam dan mendera' yang mengakibatkan kematiannya selepas mengalami kegagalan fungsi pelbagai organ.

"Saya memohon maaf jika kes itu mencetuskan kemarahan umum dan menggoyahkan keyakinan dalam tentera. Matlamat kami ialah mencari kebenaran, memberi orang awam satu jawaban dan berharap Chung-chiu dapat bersemadi dengan aman," kata Tsao.

Antara yang didakwa, Chen Yi-hsun, yang mengawasi hukuman Hung ketika berada di dalam kurungan, didakwa kerana mendera sehingga menjurus kepada kematian pelatih dengan mengarahkan senaman melampau ke atas mangsa.
Didakwa secara bersama

Mejar Jeneral Shen Wei-chih, bekas komander Briged Hung, timbalan komander Ho Chiang-chung dan empat lain didakwa 'secara bersama melaksanakan hukuman tidak sah ke atas orang bawahan' dan kesalahan ke atas kebebasan peribadi.

Sepuluh lagi pegawai didakwa atas tuduhan membunuh secara sukarela kerana tidak menyedari bahawa kesihatan Hung semakin menurun dan tidak mengambil langkah perlu ketika tempohnya dalam kurungan bagi menghalang kematiannya.

Seorang pegawai didakwa kerana memindahkan Hung ke dalam kurungan tanpa kebenaran.

Pendakwa raya tidak menyatakan tempoh hukuman penjara yang diminta.

Pakar perundangan berkata hukuman paling teruk adalah penderaan menjurus kepada kematian, yang dihukum dengan penjara seumur hidup.

Keluarga Hung berkata mangsa sebelum itu memfailkan aduan mengenai penderaan lain yang dilakukan ke atasnya oleh pihak atasan. - AFP

Kempen untuk Hillary kumpul RM3.25 juta

Posted: 31 Jul 2013 03:17 PM PDT

Chicago: Satu jawatankuasa tindakan politik 'Ready for Hillary', yang bertujuan mempersiapkan bekas Setiausaha Negara Hillary Clinton bertanding kali kedua bagi merebut jawatan Rumah Putih berjaya mengumpul lebih AS$1 juta (RM3.25 juta) sejak dibentuk Januari lalu.

Organisasi itu dijangka memfailkan laporan pendedahan pertamanya dengan Suruhanjaya Pilihan Raya Persekutuan hari ini.

Ia berkata berjaya mengumpul sumbangan AS$25,000 (RM81,282.95) dalam usaha memberi kempen lebih berwibawa.

Tak bertanding

Hillary, 65, berkata beliau tiada rancangan untuk bertanding sebagai presiden kali kedua.

Beliau belum memutuskan untuk bertanding pada 2016, selepas usahanya gagal pada 2008.

Tindakannya juga akan diperhati rapat masyarakat politik dalam tempoh beberapa bulan akan datang untuk sebarang isyarat membuat keputusan.
Kiraan jumlah dana secara bebas itu, disahkan seorang individu yang biasa dengan organisasi berkenaan, dilaporkan sebelum itu oleh akhbar New York Times.

Laporan menunjukkan kumpulan itu memungut AS$1.25 juta (RM4.06 juta) termasuk AS$1 juta (RM3.24 juta) pada Jun saja, kata sumber itu menambah bahawa wang terbabit datangnya dari lebih 9,300 penyumbang.

Hillary dahului

Satu tinjauan ke atas pengundi Amerika oleh Hamden di Universiti Quinnipiac berpusat di Connecticut dikeluarkan awal bulan ini menunjukkan Hillary mendahului dalam persaingan ke atas pembangkang andaian presiden Republikan.

Tinjauan menunjukkan Hillary mendahului Gabenor New Jersey, Chris Christie, 46 peratus berbanding 40 peratus dan Senator Rand Paul dari Kentucky, 50 peratus berbanding 38 peratus.

Tinjauan ke atas 2,014 pengundi dijalankan pada 28 Jun hingga 8 Julai dengan margin kesilapan 2.2 peratus. - AGENSI

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat