Berita Harian: Ratu
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: Ratu |
Posted: 29 Jul 2013 04:25 PM PDT Asas berenang bentuk keyakinan anak dalam air, tingkat daya pemikiran Lagak bersahaja Maisarah Azmir, si kecil berusia empat tahun di dalam kolam lengkap pakaian renang dan batang stirofom menarik perhatian. Gelagatnya berenang di kolam renang dewasa umpama aksi kanak-kanak normal lain berada di taman permainan. Aktif dan ceria.
Kanak-kanak seharusnya digalakkan berjinak-jinak dengan air pada awal usia iaitu sedari masih bayi bagi membolehkan dia merasai perbezaan tekanan di dalam kolam. Satu kajian lain dikendalikan Profesor Liselott Diem dari 1974 hingga 1976 di Kolej Sukan Jerman mendapati kanak-kanak yang berenang pada usia awal menunjukkan perkembangan lanjutan dari segi kemahiran motor kasar dan halus, tindak balas, tumpuan, kepintaran dan kecerdasan, tabiat sosial, keyakinan diri, kebebasan dan mampu menangani situasi di luar jangkaan. Pengasas Swimming Baby Malaysia, Azmir Khalid, berkata ramai ibu bapa bimbang untuk membawa anak mereka masuk ke dalam kolam ketika masih bayi disebabkan terpengaruh dengan pelbagai momokan yang tidak benar. "Hakikatnya, berenang memberikan banyak manfaat dari sudut kesihatan selain dapat membantu membentuk keyakinan diri anak ketika berada di dalam air.
Justeru, kerana itu Azmir dengan dibantu isteri, Nur Zieyana Shazmin Abdul Hakim, nekad memulakan Swimming Baby Malaysia iaitu kumpulan sokongan bagi menggalakkan aktiviti di dalam air untuk kanak-kanak. "Rangkaian ahli terdiri daripada kalangan ibu bapa muda yang menyedari kepentingan aktiviti berenang dan kami selalunya berhubung di facebook dan berhimpun pada hujung minggu di Damansara Damai," katanya yang turut membawa bayinya berusia sembilan bulan, Hamzah bersama 'bermain air'. Biar anak selesa Sembilan bulan 10 hari bayi berada di dalam rahim yang dipenuhi air dan secara saintifiknya juga, bayi cukup selesa berada di dalam air. Kerana itu kata Azmir, bayi perlu didedahkan dengan aktiviti air iaitu seawal usia empat minggu.
Cabaran membawa anak kecil mengenali air juga banyak antaranya sewaktu proses membentuk keyakinan mereka ketika berada di dalam air. "Seperti saya sendiri, saya galakkan ibu bapa mengaitkan air dengan aktiviti yang menyeronokkan. Jika si kecil menangis, cari punca sama ada anak mengantuk, lapar atau tidak selesa disebabkan perkara lain. "Selain itu, keyakinan dalam air bukan saja boleh dibentuk dengan membawa mereka ke kolam tapi boleh juga diganti dengan besen mandi. Caranya dengan melatih mereka tutup mata dan menahan nafas apabila kepala dicurahkan air. "Kemahiran terapung pula boleh diajar perlahan-lahan sebagai ilmu untuk kelangsungan hidup, jika terjatuh dalam air," katanya. Seterusnya, ibu bapa boleh mendorong anak untuk mengikuti kelas berenang lanjutan kerana aktiviti awal bersama ibu bapa hanyalah sebagai pendedahan awal terhadap aktiviti berenang secara tidak formal. Tidak kembung, tidak batuk Pasangan suami isteri, Shah Nizam Salleh, 28, dan isteri Ezatul Syazwani Kamaruddin, 28, turut menyertai aktiviti bermain air pada hujung minggu bersama kumpulan Swimming Baby Malaysia. Kata Ezatul Shazwani, anak pertama mereka, Syifa Maya Eryna, 2, mula diperkenalkan dengan aktiviti dalam air sejak berusia tiga bulan, sama seperti bayi kedua mereka, Syifa Alya Izzara yang kini berusia enam bulan. "Apa yang saya perhatikan, anak yang sudah biasa dengan air tidak akan bertindak di luar kawal apabila berada berdekatan kolam. Jika hendak masuk ke kolam, dia akan minta izin kerana tahu kawasan itu merbahaya," katanya. Bagaimanapun Ezatul Syazwani mengakui, pertama kali menyertai aktiviti itu mengundang kerisauan kedua ibu bapanya. "Ibu saya cukup bimbang jika bayi yang masih kecil dibawa masuk ke dalam air akan kembung perut atau demam tapi nampaknya ia tidak berlaku kepada anak saya. Jadi, sekarang mereka sendiri menyokong malah tidak kisah jika bawa anak belajar berenang," katanya. INFO Manfaat berenang kepada kanak-kanak: * Kemahiran motor kasar dan halus.
|
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Ratu To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |