{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Dalam Negeri

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Dalam Negeri


Kerajaan komited sedia rumah selesa untuk pendapatan rendah

Posted: 30 Jul 2013 02:31 AM PDT

PUTRAJAYA 30 Julai - Kerajaan komited untuk menyediakan perumahan dengan harga berpatutan yang selesa untuk rakyat, terutamanya golongan berpendapatan rendah dan sederhana, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah hari ini.

Beliau berkata, isu perumahan mampu milik itu adalah kebimbangan utama orang ramai berikutan harga rumah yang melonjak naik.

Peningkatan ketara dalam harga rumah, terutamanya di kawasan bandar, menyukarkan golongan ini untuk memiliki rumah.

"Oleh itu, penyediaan rumah kos rendah telah menjadi keutamaan dalam Rancangan Malaysia lima tahun dan belanjawan tahunan.

"Oleh itu, Mesyuarat Kumpulan Sasar Belanjawan 2014 mengenai Menyediakan Akses Yang Lebih Luas kepada Pemilikan Rumah hari ini sebagai proses keterangkuman, memandangkan kami mempunyai bersama kami wakil daripada sektor swasta, organisasi industri dan agensi kerajaan," katanya dalam kata-kata aluannya di Kementerian Kewangan hari ini.

Semenjak 2011, harga rumah meningkat pada kadar purata 11 hingga 12 peratus di lokasi terpilih seperti Kuala Lumpur, yang mempunyai perumahan paling mahal di negara ini, pada harga purata RM552,707 seunit pada suku pertama tahun ini.

Ini diikuti dengan Sabah dan Selangor, dengan harga purata seunit pada RM391,981 dan RM365,317 setiap satu.

Pinjaman bagi hartanah kediaman juga mewakili RM319.4 bilion atau 49.6 peratus daripada jumlah pinjaman kepada isi rumah setakat Mei tahun ini.

Ahmad Husni berkata, isu seperti perbezaan antara bekalan dan permintaan, lokasi rumah kos rendah yang tidak strategik, projek perumahan terbengkalai dan tertangguh, perlaksanaan Sistem Pembinaan Industri yang lembap, dan ketiadaan syarat penilaian pada pelancaran perumahan baharu juga perlu diatasi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka membentangkan Belanjawan 2014 di Parlimen pada 25 Oktober ini.

Kementerian Kewangan telah mengenal pasti 15 topik spesifik merangkumi ekonomi makro, isu sektoral dan sosial untuk perbincangan kumpulan sasar itu tahun ini. - BERNAMA

Perkeso bayar pampasan RM2 bilion 2012

Posted: 30 Jul 2013 02:29 AM PDT

KUANTAN 30 Julai - Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) membayar pampasan RM2 bilion kepada pencarum di seluruh negara tahun lepas, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Ismail Abd. Muttalib.

Beliau berkata, pampasan itu dibayar kepada pencarum yang terbabit kemalangan dan pemeriksaan di tempat kerja perlu sentiasa dibuat bagi mengurangkan risiko kemalangan.

"Dengan cara ini, ia mungkin dapat mengurangkan kehilangan tenaga pekerja mahir dari pelbagai sektor," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Cek dan Peralatan Pemulihan Sempena Hari Raya kepada 24 penerima berjumlah RM300,379.32 di sini hari ini.

Beliau berkata, lebih 63,000 anggota perkhidmatan awam bertaraf sementara dan kontrak kini layak mencarum dalam skim Perkeso mulai 1 Jun lepas.

"Nasib mereka kini lebih terbela dan mereka tidak lagi perlu bimbang apabila dilindungi insurans bagi mengelak menanggung kesusahan jika terbabit kemalangan atau musibah," katanya. - BERNAMA

Manfaatkan sasaran 6,000 graduan PhD menjelang 2023 - PM

Posted: 30 Jul 2013 02:08 AM PDT

KUALA LUMPUR 30 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa rakyat memanfaatkan langkah kerajaan yang menyasarkan seramai 6,000 graduan Doktor Falsafah (PhD) menjelang 2023.

"Kerajaan menyasarkan 6,000 graduan Doktor Falsafah (PhD) menjelang 2023.

Sesiapa yang berpeluang harus memanfaatkan inisiatif ini," kata Perdana Menteri dalam akaun Twitter beliau hari ini.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata, kerajaan menyasarkan seramai 6,000 graduan PhD menjelang 2023, selari dengan usaha melahirkan pakar pelbagai bidang bagi memajukan dasar perindustrian negara.

Abdul Wahid memberitahu persidangan Dewan Negara bahawa sasaran itu merupakan mekanisme bagi mewujudkan kelompok sumber manusia berpengetahuan tinggi.

Perdana Menteri turut menulis dalam tweetnya bahawa beliau akan berbuka puasa dan menghadiri majlis tahlil dan doa selamat sempena Hari Pahlawan di Masjid Negara petang ini.

Esok, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah akan berangkat ke majlis sambutan Hari Pahlawan yang akan diadakan di Dataran Merdeka, di sini. - BERNAMA

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat