Berita Harian: Nasional
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: Nasional |
Perkukuh bidang kuasa polis tangani jenayah: PM Posted: 30 Jul 2013 04:15 PM PDT Putrajaya: Kerajaan memberi jaminan akan menyediakan semua keperluan kepada polis untuk meningkatkan keberkesanan membanteras jenayah, terutama jenayah berat. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kerajaan juga bercadang membawa isu itu pada sesi Parlimen akan datang bagi mengkaji beberapa peruntukan yang boleh memperkukuhkan lagi bidang kuasa polis. "Pada masa ini, satu jawatankuasa kecil (sudah ditubuhkan) terdiri daripada beberapa Menteri termasuk Menteri Dalam Negeri dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, khususnya membabitkan soal perundangan," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kewangan Negara, di Kementerian Kewangan di sini semalam. Najib berkata demikian ketika diminta mengulas pembunuhan Pengasas Arab-Malaysian Bank (sekarang AmBank Group), Hussain Ahmad Najadi, manakala isterinya cedera ditembak di kawasan parkir kereta di Lorong Ceylon, berhampiran Tokong Kuan Yin, di Kuala Lumpur kelmarin. Beliau berkata, jawatankuasa kecil itu akan berbincang bersama Ketua Polis Negara dan Peguam Negara untuk menentukan peruntukan perundangan tambahan bagi memerangi jenayah berat. Katanya, kerajaan sedia menimbangkan permohonan dan kehendak polis asalkan ada jaminan tiada salah guna kuasa dan penyalahgunaan hak asasi manusia. "Saya amat bimbang dengan perkembangan mutakhir pembunuhan menggunakan senjata api yang berlaku ketara. Ini menyentuh perasaan dan keyakinan rakyat serta menambah kebimbangan terhadap keselamatan dan berlakunya lebih kerap jenayah berat dalam negara. "Oleh itu, polis perlu mengambil tindakan segera untuk memulihkan keyakinan rakyat terhadap apa yang berlaku mutakhir ini," katanya. Sementara itu, Najib menolak dakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya ada 'tangan-tangan' yang mempengaruhi keputusan hakim menolak petisyen pilihan raya baru-baru ini. "Kerajaan tidak pernah campur tangan. Kita mesti yakin dengan keputusan mahkamah. "Mahkamah juga yang membebaskan Anwar dulu. Jadi macam mana dia tidak yakin dengan sistem mahkamah negara kita," katanya. |
CCTV rakam wajah suspek kes bunuh Hussain Posted: 30 Jul 2013 04:15 PM PDT Kuala Lumpur: Pembunuhan pengasas Arab-Malaysia Bank (sekarang AmBank Group), Hussain Ahmad Najadi, 75, berhampiran kawasan parkir kereta di Lorong Ceylon, di sini kelmarin, dipercayai sudah dirancang lebih awal. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh, berkata ia berdasarkan modus operandi pembunuh yang menunggu di kawasan parkir berhadapan Tokong Kuan Yin itu, tempat mangsa dan isterinya meletakkan kenderaan sebelum bertemu seorang individu bergelar Datuk di tokong berkenaan. "Kita percaya penjenayah diupah untuk membunuh mangsa dan pembunuhan sudah dirancang lebih awal berdasarkan bukti di lokasi kejadian serta keterangan saksi. Selain itu, kita juga sudah meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tokong berkenaan. Suspek rakyat tempatan "Kita dapat rakaman jelas mengenai kejadian itu, wajah suspek yang melepaskan tembakan serta dua rakannya yang kita percaya adalah rakyat tempatan," katanya pada sidang media, di sini semalam. Semalam, akhbar melaporkan Hussain mati di tempat kejadian selepas terkena dua das tembakan pada dada dan rusuk kiri ketika sedang berjalan ke tempat letak kereta bersama isterinya, Cheong Mei Kuan, 49. Wanita itu turut terkena tembakan di pergelangan tangan kiri dan paha kanan. "Seramai tujuh saksi yang berada di tempat kejadian sudah dirakam percakapan mereka bagi membantu siasatan, tapi polis belum mengambil keterangan isteri mangsa kerana dia masih dirawat di Hospital Prince Court, Kuala Lumpur, namun dilaporkan stabil. "Siasatan memberi tumpuan kepada setiap sudut kerana kita mempunyai ramai saksiPolis juga perlu memadankan setiap maklumat dengan bukti yang kita peroleh di tempat kejadian," katanya. sambil menambah, polis juga masih menyiasat motif serta dalang sebenar pembunuhan itu. "Polis akan memanggil seorang individu bergelar Datuk yang dikatakan bertemu Hussain di tokong berkenaan sebelum mangsa dan isterinya ditembak," katanya. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |