Kosmo Online - Dunia
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Dunia |
- Tidak mustahil perbualan Susilo diintip
- Warden Penjara Kerobokan nafi warga Britain didera dalam tahanan
- Pengantin dari Thailand sedang berbulan madu mati dipanah petir
Tidak mustahil perbualan Susilo diintip Posted: Tidak mustahil perbualan Susilo diintip
JAKARTA - Dakwaan berlakunya pengintipan terhadap perbualan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono oleh perisik Britain pada persidangan G20 di London 2009 adalah tidak mustahil kerana ia mampu memberi sinergi kepada negara-negara Komanwel. "Sekiranya pihak yang terlibat dalam pengintipan itu adalah Britain, Australia atau Amerika Syarikat, ia sememangnya memberi manfaat terhadap kepentingan mereka," kata penganalisis politik, Mejar Jeneral (B) Glenny Kairupan kepada akhbar Antara semalam. Glenny yang merupakan bekas pengarah perhubungan luar negara tentera Indonesia memberitahu, secara prinsipnya perbualan boleh dipantau. Tambahan pula kemajuan teknologi membolehkan perisik untuk memintas perbualan seseorang. Kenyataan tersebut dibuat ketika beliau mengulas laporan akhbar The Sydney Morning Herald pada minggu lalu yang menyatakan Perdana Menteri Australia, Kevin Rudd merupakan individu yang mendapat manfaat daripada intipan perbualan Susilo pada mesyuarat tersebut. Jurucakap presiden, Teuku Faizasyah menyifatkan tindakan itu sebagai tidak beretika kerana maklumat boleh diperoleh menerusi diplomasi. Sedar bahawa aktiviti pengintipan sangat bahaya dan melanggar hubungan antarabangsa, Menteri Luar Indonesia, Marty Natalegawa menyatakan pihaknya telah meminta pengesahan laporan tersebut dari Britain memandangkan dakwaan itu datangnya dari pihak ketiga. - Bernama | |
Warden Penjara Kerobokan nafi warga Britain didera dalam tahanan Posted: Warden Penjara Kerobokan nafi warga Britain didera dalam tahananBEBERAPA banduan berjalan masuk ke Penjara Kerobokan selepas menghadiri perbicaraan di sebuah mahkamah di Denpasar, Bali. DENPASAR - Warden sebuah penjara di Indonesia semalam menafikan dakwaan bekas banduan Britain, Rachel Dougall bahawa dia didera dan penjara berkenaan dipenuhi penyalahgunaan dadah. Dougall, 40, memberitahu akhbar Britain, Daily Mail pada minggu ini bahawa dia dipukul, dibuli dan terpaksa menangkis gangguan seksual daripada kalangan banduan wanita dan pengawal penjara lelaki. Kenyataan tersebut dibuat selepas dia dihantar pulang ke Britain pada Mei setelah selesai menjalani hukuman penjara 12 bulan berkaitan kes dadah. "Dakwaan wanita itu bercanggah dengan fakta," kata warden Penjara Kerobokan, Gusti Ngurah Wiratna kepada agensi berita AFP. Penjara itu terletak di pulau peranginan Bali di sini. "Kami menyoal 16 banduan asing di blok Dougall dan mereka memberitahu, kenyataan wanita itu tidak munasabah," tambahnya. Ujar Gusti, komen tersebut boleh merosakkan imej penjara Indonesia. Dougall yang dipenjarakan kerana tidak melaporkan teman lelakinya memiliki kokain turut mendakwa dia berulang kali dipukul oleh tahanan lain. "Saya akan menutup muka dan membiarkan mereka menumbuk dan menendang saya," katanya. Jelas bekas banduan tersebut, penghuni-penghuni lain cuba memaksanya supaya mengambil dadah. Dia juga turut menjadi mangsa gangguan seksual seorang banduan lesbian di penjara itu. Dougall ditahan dalam satu operasi polis pada 2012 selepas pihak berkuasa menemui kokain seberat lima kilogram dalam bagasi seorang lagi warga Britain, Lindsay Jun Sandiford, 56, di sebuah lapangan terbang antarabangsa di sini. Dia merupakan antara empat rakyat Britain dan seorang warga India yang disyaki terlibat dalam satu sindiket penyeludupan dadah tetapi hanya disabitkan kesalahan gagal melaporkan bahawa teman lelakinya, Julian Ponder memiliki dadah. Media tempatan dan asing pernah melaporkan bahawa Penjara Kerobokan yang menempatkan banduan asing, terkenal dengan penyalahgunaan dadah, rasuah dan penderaan. - AFP | |
Pengantin dari Thailand sedang berbulan madu mati dipanah petir Posted: Pengantin dari Thailand sedang berbulan madu mati dipanah petirIMEJ menunjukkan gambar perkahwinan Ratchaya Tantranon (kiri) dan Aram Kawewong yang maut semasa berbulan madu di ngarai Grand Canyon, Arizona. ARIZONA, Amerika Syarikat - Sepasang kekasih dari Thailand yang baharu berkahwin menemui ajal akibat dipanah petir semasa mereka berbulan madu di ngarai Grand Canyon, kata sepupu pengantin lelaki. Aram Kawewong dan isterinya, Ratchaya Tantranon terkorban pada 23 Julai lalu dekat lokasi meninjau LeFevre Scenic Overlook di sini. Jeralynn Kozak dari Florida yang merupakan sepupu kepada Kawewong berkata, pasangan itu melangsungkan perkahwinan mereka pada 10 Julai lalu. Menurutnya, pasangan pengantin baharu itu sedang melawat ngarai Grand Canyon apabila dipanah petir semasa cuaca cerah dan langit biru. Satu kenyataan daripada Pejabat Sheriff Daerah Coconino memberitahu bahawa pasangan itu berusia 20 tahun dan berasal dari Chiang Mai, utara Thailand. "Kami berasa sangat sedih dan tertekan," kata Kozak yang menjelaskan bahawa mayat kedua-dua mangsa akan dihantar pulang ke Thailand untuk disemadikan. Panahan petir itu turut mencederakan seorang remaja berusia 16 tahun bernama John Wade Young yang berasal dari Tyler, Texas. - Agensi |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |