{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Kota

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Kota


Rayu MPAJ pantau segera

Posted: 28 Jul 2013 11:05 AM PDT

Oleh NORMAIRAH JAMALUDDIN
kota@utusangroup.com.my

Longgokan sampah yang merupakan sisa binaan mencemarkan pemandangan di Kampung Muhibbah, Ampang, Selangor. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON

KUALA LUMPUR 28 Julai - Entah di mana silapnya Flat Kampung Muhibbah, Bukit Belacan, Ampang dekat sini dicemari sampah sarap yang bertaburan di merata-rata tempat dalam kawasan perumahan itu.

Malah, penduduk terpaksa meletakkan kereta mereka di celah-celah sampah-sarap yang bertaburan serta berbau busuk yang bertaburan di tempat letak kenderaan.

Penduduk flat itu yang ditemui berkata, sampah turut dibuang oleh pihak tidak bertanggungjawab di hadapan kedai-kedai runcit yang berada di tingkat bawah flat berkenaan.

Biarpun terdapat pihak yang mengutip sampah pada setiap hari, namun tidak sampai 12 jam kawasan tersebut kembali dipenuhi sampah.

Penduduk mendakwa, pembuangan sampah dari restoran luar serta perabot yang dibuang oleh kedai-kedai perabot menyebabkan tong sampah yang disediakan tidak dapat menampung sampah yang banyak.

Tinjauan Utusan Malaysia ke kawasan berkenaan mendapati, biarpun terdapat enam buah tong sampah besar disediakan namun masih terdapat longgokan sampah seperti perabot dan sisa-sisa makanan bertaburan di sekelilingnya.

Bau yang busuk dan meloyakan turut menusuk hidung, membuatkan sesiapa sahaja yang menghidu setidak-tidaknya terasa mual.

Menurut seorang pengusaha kedai runcit, Maznah Kassim, 43, setiap hari dia terpaksa mengutip sampah yang dibuang di hadapan kedainya.

"Tepat pukul 11 malam saya akan kutip semua sampah di hadapan kedai. Saya pernah menegur orang yang membuang sampah secara tak berhemah ini, namun nampaknya dia masih berdegil.

"Yang pasti mereka yang membuang sampah secara besar-besaran ini bukan penduduk di sini, kerana ada yang datang membuang sampah menggunakan lori, kereta dan motosikal," katanya.

Sementara itu, seorang penduduk, Nor Fauziah Mansor, 32, berkata, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) perlu melakukan pemantauan di kawasan tersebut.

"Disebabkan tiada kesedaran sivik dan pemantauan dari pihak berkuasalah kawasan kami ini menjadi mangsa.

"Selain itu, saya sebagai penduduk meminta supaya kontraktor MPAJ lebih kerap mengutip sampah agar kawasan ini bersih dan selesa untuk didiami," ujarnya.

Jirannya, Aminah Sidek, 38, pula berkata, setiap hari dia dan keluarga terpaksa menghidu bau busuk.

"Kami tinggal di bahagian yang paling hampir dengan tempat pembuangan sampah, jadi apabila waktu panas dan hujan bau akan naik ke rumah. Kalau tutup tingkap pun masih berbau," ujarnya.

Usaha kembalikan zaman gemilang BN di bandar

Posted: 28 Jul 2013 11:05 AM PDT

Tengku Adnan Tengku Mansor menyampaikan replika cek sumbangan kepada wakil Masjid Amaniah, Zaidi Mohd. Nordin sempena Majlis Berbuka Puasa Peringkat Parlimen Kepong di Kuala Lumpur kelmarin.

KUALA LUMPUR 28 Julai - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor berjanji akan mengembalikan zaman kegemilangan Barisan Nasional (BN) di kawasan bandar.

Menurutnya, gandingan beliau bersama Timbalannya, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin mampu menguatkan lagi jentera BN di Wilayah Persekutuan.

"Kami akan merancang lebih banyak kaedah terbaik untuk memenangi hati rakyat selain akan melihat keperluan dan kebajikan semua kaum dipenuhi.

"Wilayah Persekutuan merupakan 'jendela' kepada negara ini. Oleh itu sangat penting bagi kita untuk mengekalkan suasana yang harmoni yang pastinya hanya akan dikecapi melalui pemerintahan UMNO dan BN," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa Peringkat Parlimen Kepong di sini semalam.

Beliau mengulas pelantikannya sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan yang baharu, menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin pada mesyuarat Majlis Tertinggi parti kelmarin.

Tengku Adnan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selaku presiden parti kerana memberi kepercayaan kepadanya untuk menggalas jawatan itu.

Sementara itu, Raja Nong Chik yang ditemui berkata, beliau akan memberi sepenuh kerjasama kepada ketuanya dalam menguatkan jentera UMNO bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

"Saya yakin dengan kepimpinan beliau (Tengku Adnan) yang mampu memberi kesan positif pada masa akan datang.

"Walaupun sukar bagi BN untuk tawan kawasan-kawasan tertentu namun kita akan tetap teruskan perjuangan," ujarnya.

Caj tunda: DBKL hanya laksana akta dilulus Parlimen

Posted: 28 Jul 2013 11:05 AM PDT

KUALA LUMPUR 28 Julai - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menasihatkan orang ramai supaya mematuhi kadar caj baharu tindakan pengapitan, pengalihan dan penahanan terhadap kenderaan yang melakukan kesalahan.

Menurut DBKL, kadar baharu itu merupakan perkara yang telah diluluskan oleh Parlimen setelah dibentangkan oleh Kementerian Pengangkutan.

"DBKL hanya dipertanggungjawabkan sebagai pelaksana berhubung perkara itu," menurut jurucakap DBKL apabila dihubungi.

"Kadar tersebut telah diwartakan oleh pihak kerajaan iaitu pindaan kepada undang-undang sedia ada menerusi Akta Pengangkutan Jalan 1987, jadi ia adalah muktamad.

"Kami minta supaya orang awam mematuhi kadar caj baharu itu kerana ia telah termaktub dalam akta tersebut agar mereka berdisiplin," jelas beliau.

Beliau mengulas laporan Utusan Malaysia pada Jumaat lalu berhubung orang ramai tidak bersetuju dengan kadar caj baharu itu, yang berkuatkuasa awal bulan depan.

DBKL menerusi kenyataan akhbarnya baru-baru ini memaklumkan akan menguatkuasakan mulai 1 Ogos ini caj baharu terhadap tindakan pengapitan kereta menjadi RM50, caj pengalihan RM100 dan caj penahanan sebanyak RM100 sehari, berbanding RM5 sebelum ini.

Caj penguatkuasaan ke atas kenderaan lain termasuk motosikal roda tiga turut dinaikkan.

Caj baharu tersebut diperkenalkan bagi menyedarkan orang ramai agar lebih berdisiplin apabila meletakkan kenderaan serta tidak menghalang laluan.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat