Utusan Online - Luar Negara
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Luar Negara |
AS lantik bekas duta wakili rundingan Palestin-Israel Posted: 29 Jul 2013 10:50 AM PDT WASHINGTON 30 Julai - Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry menamakan bekas duta negara ini ke Israel, Martin Indyk sebagai wakil utama dalam rundingan Palestin-Israel yang bermula di sini semalam. Kerry berkata, beliau berharap Indyk dapat menyelesaikan rundingan yang sukar tersebut dengan baik. Saya sedar rundingan Palestin-Israel merupakan perkara yang sukar, lebih-lebih lagi membabitkan banyak isu yang rumit, Jika rundingan ini mudah, ia (pasti boleh) diselesaikan sejak sekian lama lagi," katanya. - REUTERS |
PM Kuwait dilantik semula, bentuk Kabinet baharu Posted: 29 Jul 2013 10:49 AM PDT KUWAIT CITY 30 Julai - Pemerintah Kuwait melantik semula Sheikh Jaber al-Mubarak al-Sabah sebagai Perdana Menteri selepas pilihan raya umum pada Sabtu lalu dan meminta beliau membentuk barisan Kabinet yang baharu. Agensi berita KUNA melaporkan, Sheikh Jaber yang memegang jawatan tersebut sejak hujung 2011, akan membentuk kerajaan baharu yang diwakili 15 menteri dan jawatan tertinggi dijangka dipegang oleh ahli keluarga Amir Kuwait, Sheikh Sabah al-Ahmad al-Sabah. Barisan Kabinet terdahulu turut meluluskan draf dekri untuk membenarkan anggota Parlimen yang baharu mengadakan sidang Parlimen yang pertama pada 6 Ogos depan. - REUTERS |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |