Berita Harian: Nasional
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: Nasional |
Posted: 29 Jul 2013 04:17 PM PDT
Kuala Lumpur: Pengasas Arab-Malaysian Bank (sekarang AmBank Group), Hussain Ahmad Najadi, seorang warga Iran mati, manakala isterinya cedera ditembak di kawasan parkir kereta di Lorong Ceylon, berhampiran Tokong Kuan Yin, di sini semalam. Sebelum kejadian jam 2 petang itu, mangsa yang berusia 75 tahun dan isteri, Cheong Mei Kuan, 49, mengunjungi tokong berkenaan, dipercayai untuk berbincang dengan seorang rakan niaga bergelar Datuk mengenai pembelian saham. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa, berkata sebaik selesai perbincangan kira-kira 20 minit itu, pasangan berkenaan keluar meninggalkan tokong berkenaan. Penjenayah tunggu luar tokong Ketika berjalan ke keretanya, mangsa ditembak seorang lelaki yang dipercayai bersedia menunggunya di luar tokong. Beliau berkata, siasatan awal mendapati kejadian dipercayai didalangi tiga lelaki berusia 30-an hingga 40-an yang menunggu di luar rumah ibadat itu sebelum menembak pasangan terbabit sejurus mereka keluar. "Suspek dipercayai melarikan diri menaiki teksi. Siasatan terperinci sedang dilakukan bagi mengenal pasti motif kejadian," katanya. Urusan perniagaan Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat, manakala isterinya dirawat di Hospital Tung Shin. Difahamkan, siasatan awal polis mendapati kejadian ada kaitan dengan urusan perniagaan. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan 307 Kanun Keseksaan. Sementara itu, Pengerusi AmBank Group, Tan Sri Azman Hashim merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Hussain. Beliau terkejut dengan kejadian kerana pernah bekerjasama bagi mengambil alih syarikat perbankan berkenaan pada 1982. |
Salah guna kuasa projek GLC: Dua Datuk, bekas pegawai kanan ditahan Posted: 29 Jul 2013 04:12 PM PDT Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga bekas pegawai kanan subsidiari sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bagi membantu siasatan kes salah guna kuasa yang dipercayai menyebabkan kerugian puluhan juta ringgit dalam projek pembekalan makanan. Dua daripada mereka yang berusia 50-an bergelar Datuk, masing-masing ditahan di ibu negara petang semalam dan malam tadi. Seorang daripada mereka adalah bekas ketua eksekutif syarikat berkenaan. Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali, berkata seorang lagi yang ditahan petang semalam adalah bekas pegawai kanan syarikat.
BH baru-baru ini melaporkan SPRM sedang menyiasat kes projek pembekalan makanan yang gagal walaupun pembiayaan lebih RM30 juta telah dikeluarkan oleh bank dan GLC berkenaan. Dapatkan naskhah BH hari ini untuk berita lanjut atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/ |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |