{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Hip

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Hip


Pusara cinta Asmidar

Posted: 30 Jul 2013 04:48 PM PDT

Juara Vokal Bukan Sekadar Rupa teringat teman lelaki yang pergi menghadap Ilahi

Siapa sangka di sebalik senyumannya, penyanyi ini menyimpan kisah duka. Juara program realiti Vokal Bukan Sekadar Rupa musim pertama, Norhasmidar Ahmad, 27, mengaku dirinya terasa kosong sejak teman lelakinya pergi menyahut panggilan Ilahi dalam kemalangan jalan raya, kira-kira lapan bulan lalu.

Berat berkongsi cerita, apatah lagi Asmidar memang artis low profile, dia seakan cuba mengumpul kekuatan menjawab kisah pemergian insan tersayang yang selama ini dikunci rapi daripada pengetahuan ramai. Siapa tidak sedih apabila hubungan cintanya selama tujuh tahun tidak berakhir di jenjang pelamin.

Simpan kenangan tujuh tahun bercinta

Asmidar yang popular dengan lagu Biar Mimpi Sampai Ke Bintang, bagaimanapun reda dengan suratan Ilahi. Belum sedia mencari pengganti, tumpuan dirinya kini lebih kepada kerjaya seni.

"Semestinya saya rasa kehilangannya. Ini kerana kami menjalin hubungan selama tujuh tahun.
Apabila dia pergi, saya dapat rasa tiada orang pertama untuk diucap Selamat Aidilfitri pada pagi 1 Syawal. Sebelum ini, dialah orang pertama yang saya ucapkan, tapi tahun ini tiada lagi.

"Bulan puasa tahun lalu juga kali terakhir kami berbuka bersama. Ketiadaannya sangat terasa. Tahun lalu, kami juga mempunyai baju raya berwarna sama, kebetulan masing-masing menempah persalinan berwarna coklat," katanya mengimbau kenangan manis bersama arwah teman lelakinya.

Bagaimanapun, Asmidar enggan berkongsi maklumat lanjut mengenai Allahyarham termasuk latar belakang lelaki yang memikat hatinya itu.

Akuinya, setiap kali membuat persembahan di Johor, dia akan singgah di pusara Allahyarham dan melawat keluarga bekas teman lelakinya itu untuk bertanya khabar.

"Jika diizinkan Tuhan, saya akan menziarah lagi pusaranya pada Syawal kelak," katanya.

Ditanya apakah dia mahu mencari cinta baru atau pengganti, Asmidar tidak mahu memikirkan soal itu.

"Perkara ini masih baru. Saya masih tidak boleh melupakan dia, jadi saya mahu fokus pada karier saya dulu," katanya ketika ditemui pada majlis berbuka puasa bersama ibu tunggal di Red Box, Pavilion KL, baru-baru ini.

Bantu keluarga jual murtabak di bazar Ramadan

Bakal memasarkan single ketiga, Bila Cinta Ada dari album sulungnya, Kali Pertama selepas Aidilfitri, Asmidar bersyukur buah tangannya itu mendapat sambutan baik.

Menurutnya, biarpun penjualan album fizikal tidak banyak, namun jumlah muat turun secara digital cukup memberangsangkan.

Mengurangkan aktiviti nyanyian pada bulan puasa ini, Asmidar banyak meluangkan masa membantu keluarga menjual murtabak di Bazar Ramadan Wangsa Maju. Setiap tahun, dia akan turun padang untuk sama-sama menjual murtabak, jika tidak terikat dengan jemputan lain.

Tiada bezanya selepas menjadi selebriti, Asmidar memberitahu, sambutan Ramadan dan Syawal keluarganya masih sederhana. Asmidar akan pulang ke Parit, Perak untuk menyambut Aidilfitri bersama sanak-saudara di kampung halaman.

Farid perlu bersikap adil

Posted: 30 Jul 2013 04:42 PM PDT

Peminat tak setuju tindakan pelakon cuba putuskan hubungan Norsiah, Diana Danielle

Tindakan Farid Kamil yang menggesa ibu mentuanya, Norsiah Ramli, bersemuka dengannya terlebih dulu jika mahu bertemu anak serta cucunya kurang disenangi peminat.

Reaksi di laman sosial Facebook, semalam, menunjukkan rata-rata peminat tidak menyokong tindakan pelakon itu, walaupun sebahagiannya berpandangan sebaliknya.

Walaupun amanah menjaga isteri, Diana Danielle Danny Beeson, yang juga seorang aktres kini terpikul di bahu Farid, namun peminat berpendapat lelaki itu tidak wajar menggunakan kuasa sebagai suami bagi mengekang kasih sayang antara ibu dan anak.

Peminat dikenali sebagai Sufiah Hamzah Hungerford berkata, Farid harus berlaku adil terhadap ibu mentuanya. Apatah lagi Diana ialah anak tunggal Norsiah, justeru tidak wajar untuknya memutuskan hubungan mereka dua beranak.

"Farid harus faham dan bersikap adil terhadap ibu Diana, memandangkan isterinya anak tunggal. Kita bukan hanya berkahwin dengan pasangan tetapi seluruh ahli keluarga mereka. Jadi sikap saling memahami itu penting, jangan hanya memikirkan diri sendiri semata-mata.

"Mentang-mentanglah syurga Diana terletak di bawah tapak kakinya, tidak bermakna Farid boleh menggunakan alasan itu sewenang-wenangnya untuk mengawal isteri. Jika dia benar-benar cintakan Diana, berikan ruang serta peluang kepada isteri dan mentuanya untuk bersemuka. Rumah tangga akan lebih berkat jika kita mengalah dengan mentua," komen Sufiah.

Hak Farid lindungi keluarga
Fairuzah CT Hawa dan Resma Mokhtar pula masing-masing berkeyakinan, Farid mempunyai alasan tertentu apabila mengambil tindakan sedemikian.

"Farid berhak melindungi isteri dan anaknya kerana dia ketua keluarga. Kenapa ibu Diana membenarkan mereka berkahwin jika tidak merestui hubungan berkenaan?" soal Resma.

Namun peminat dikenali sebagai Sally Rashid tidak bersetuju dengan tindakan Diana, yang dikatakan terlalu mengikut kata suami.

"Buruk-buruk seorang ibu, esok lusa jika dilanda masalah, dia juga yang kita cari. Lebih-lebih orang perempuan," komen Sally.

Manakala Shah Remy berpendapat, tindakan Farid yang juga pengarah filem membuka pekung di dada sebagai langkah yang silap. Dia juga tidak bersetuju dengan tindakan lelaki itu yang cuba 'merampas' Diana sepenuhnya daripada ibu kandungnya.

Norsiah enggan komen

Pendedahan terbuka Farid, seperti disiarkan muka depan HIP, semalam, mengenai hubungan dingin dengan ibu mentuanya ternyata cukup mengejutkan.

Farid yang berkahwin dengan Diana pada November tahun lalu, dan menimang cahaya mata lelaki pada 2 Julai, menghalang Norsiah daripada bertemu isteri dan anaknya. Tegasnya, Norsiah perlu menyelesaikan beberapa perkara dengannya terlebih dulu sebelum boleh menjenguk Diana dan anak mereka.

Sementara itu, Norsiah yang dihubungi HIP semalam memilih untuk tidak mengulas kenyataan menantunya. Sebaliknya, dalam khidmat pesanan ringkas yang dikirimkan dia hanya berkata: "Salam pada semua yang ingatkan Mama."

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat