{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Harian Metro: Mutakhir

Posted by Tanpa Nama

Harian Metro: Mutakhir


UTM cipta Sistem Pemprosesan Ayam Halal Automatik

Posted: 31 Jul 2013 02:32 AM PDT

JOHOR BAHRU: Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai di sini, berjaya membangunkan teknologi Sistem Pemprosesan Ayam Halal Automatik (SYCUT) berasaskan syariah membabitkan kos RM1 juta.

Ia bagi memastikan ayam disembelih mengikut syarak.

Teknologi berkenaan dicipta khas bagi memastikan bekalan ayam menepati syarat halal ladang ternakan manakala penyembelihannya sah dan halal.

Sistem mesra pengguna ini berasaskan sistem jaringan web untuk mengawal dan memantau setiap tahap penyembelihan sah serta halal mengikut syariat Islam.

Foto

Rubiyah (kanan) bersama Pemangku Naib Canselor UTM, Prof Dr Mohd Azraai Kassim menunjukkan sistem SYCUT. FOTO Hairul Anuar Abd Rahim


Ia membabitkan kamera pengesan ringkas yang dipasang berfungsi memantau setiap bahagian rumah penyembelihan yang bersambung terus kepada sistem data dan akses Internet.


Ketua Penyelidik SYCUT UTM Profesor Datin Dr Rubiah Yusof berkata, SYCUT dihasilkan lapan penyelidik daripada Pusat Kecemerlangan CAIRO UTM dan mengambil masa dua tahun untuk dibangunkan.

"Sistem ini dicipta bertujuan untuk memastikan ayam yang disembelih menepati syarat halal apabila terputusnya urat halkum (saluran penafasan) dan mari' (saluran makanan).

"Sistem berfungsi untuk mengesan status sembelihan menerusi kamera pengesan ringkas yang dipasang dan menghantar imej kepada perisian SYCUT.

"Alat pengesan akan berbunyi jika tahap pemprosesan tidak menepati kaedah halal," katanya di Bangunan Canselori UTM, hari ini.

Rubiah berkata, kaedah lama secara manual bagi mengesan haiwan sembelihan sama ada sah atau sebaliknya mengambil masa lama dan memerlukan fokus tenaga manusia yang ada kalanya tersilap.

"Dengan penggunaan sistem ini, kita hanya memerlukan satu saat untuk mengesan haiwan sembelihan sama ada ia halal atau sebaliknya.

"Malah sistem ini juga menjimatkan masa, kos dan tenaga manusia, ia boleh mencapai pengeluaran ayam antara 1,000 hingga 2,000 ayam sehari," katanya.

Menurut Rubiah, sistem berkenaan dipatenkan pada tahun lalu dan diguna pakai Pusat Pemprosesan Ayam Az-Zain di Semenyih, Selangor.

Teknologi canggih berkenaan akan meningkatkan tahap imej produk halal di Malaysia dan perintis pemantauan produk halal di dunia.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/31

Seorang suspek ditahan bantu kes tembak

Posted: 31 Jul 2013 01:48 AM PDT

BUKIT MERTAJAM: Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes peniaga yang parah ditembak di Jalan Mengkuang di sini dua hari lalu.

Suspek berusia 27 tahun itu ditahan di Sungai Petani, Kedah pada jam 5 petang semalam dan dia yang tidak mempunyai pekerjaan kini direman bagi membantu siasatan menurut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

"Selepas kejadian itu, pasukan khas kita telah menjalankan siasatan dan memperoleh beberapa maklumat sebelum berjaya menahan lelaki berkenaan.

"Lelaki yang berasal dari Kulim, Kedah itu ditahan di Sungai Petani yang dipercayai cuba bersembunyi bagi mengelak dikesan pihak polis," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri SAC Mazlan Kesah kepada Bernama.


Beliau berkata siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti beberapa lagi individu yang dipercayai terlibat sama.


"Kita percaya dengan penangkapan lelaki berkenaan, polis akan dapat menyelesaikan kes itu dalam tempoh terdekat," katanya.

Dalam kejadian pada jam 8.30 malam itu, mangsa iaitu G Santhana Samy, 30, dan adiknya yang menaiki kereta berhenti berhampiran lampu isyarat di persimpangan di jalan berkenaan sebelum dua lelaki bermotosikal menghampiri kenderaan mereka dan melepaskan beberapa tembakan.

Salah satu tembakan itu mengenai peha kanan mangsa dan dia dikejarkan ke Hospital Kulim oleh adiknya yang memandu kereta itu.

Mazlan berkata mangsa dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan polis telah merekodkan keterangannya.

"Setakat ini kita belum tahu motif sebenar kejadian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan termasuk memanggil beberapa individu untuk direkodkan keterangan mereka," katanya. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/31

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat