{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Mahkamah

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Mahkamah


Inspektor didakwa bunuh Dhamanderan

Posted: 30 Jul 2013 12:08 PM PDT

KUALA LUMPUR 30 Julai - Seorang lagi pegawai polis yang dikaitkan dengan kematian tahanan dalam lokap, N. Dhamanderan, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh lelaki itu, dua bulan lalu.

Inspektor S. Hare Krishnan, 40, yang berpakaian kemas baju kemeja lengan panjang berwarna kelabu dengan baju panas tanpa lengan warna hitam serta berseluar hitam, menjawab dengan lantang 'faham' setelah pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa kepadanya.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh oleh Majistret Nur A'minahtul Mardiah Md. Nor.

Hare Krishnan didakwa bersama-sama Sarjan Jaffri Jaafar, 44, Koperal Mohd. Nahar Abd. Rahman, 45, dan Koperal Mohd. Haswadi Zamri Shaari, 32, membunuh Dhamanderan, 32, di pejabat Siasatan Khas (D9) tingkat 7, Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Jalan Hang Tuah, di sini antara pukul 12.20 tengah hari dan 2.50 petang, 21 Mei lalu.

Pertuduhan terhadap pegawai polis yang beralamat di Sungai Petani, Kedah itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Pendakwaan dikendali oleh Timbalan Pendakwa Raya, S. Nithia manakala tertuduh diwakili peguam-peguam, N. Kalyana Sundram, G. Sri Kumar dan S. Kavita.

Latheefa Koya pula hadir sebagai peguam pemerhati bagi pihak keluarga mangsa.

Jaffri, Mohd. Nahar, dan Mohd. Haswadi masing-masing telah didakwa di mahkamah sama 5 Jun lalu.

Dalam prosiding hari ini, Nithia memberitahu, pihaknya masih belum menerima laporan bedah siasat justeru memohon tarikh sebutan yang sama dengan kes tiga anggota polis berkenaan.

Mahkamah kemudian menetapkan 2 Ogos ini untuk pendakwa raya mendapatkan laporan tersebut dan izin pendakwaan.

Sementara itu, kekecohan tercetus di luar mahkamah apabila isteri mangsa, Mary Susay yang tidak berpuas hati dengan tertuduh telah menempelak dan berteriak kepada peguam tertuduh.

Wanita itu mempertikaikan kelewatan pendakwaan terhadap tertuduh yang sepatutnya didakwa bersama-sama tiga anggota polis tersebut pada 5 Jun lalu.

"Saya tidak berpuas hati kenapa dia (Hare Krishna) datang selepas dua bulan, kenapa dia tidak serah diri lebih awal," katanya.

Latheefa pula memberitahu pemberita, keluarga mangsa turut mempertikaikan tindakan polis sebelum ini yang memaklumkan tertuduh telah bercuti sedangkan tertuduh telah membuat laporan polis pada 1 Jun lalu.

Sri Kumar pula menegaskan, anak guamnya itu tidak pernah melarikan diri atau bersembunyi seperti yang didakwa oleh pihak media.

"Anak guam saya telah membuat laporan polis pada 1 Jun lalu malah telah melantik peguam untuk berhubung dengan pihak polis," ujarnya.

Berdasarkan laporan akhbar, Hare Krishan yang bertugas di Bahagian Siasatan Khas (D9) IPK Kuala Lumpur telah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman semalam.

Pegawai polis itu dikaitkan dengan kematian Dhamanderan dalam lokap Cawangan D9 IPK Kuala Lumpur pada 21 Mei lalu semasa mangsa ditahan reman berhubung kes tembak.

Dia ditahan reman selama 10 hari mulai 12 Mei lalu.

Pegawai polis dapat 'hadiah' hari raya paling berharga

Posted: 30 Jul 2013 12:08 PM PDT

PUTRAJAYA 30 Julai - Seorang pegawai polis berpangkat inspektor yang dipecat sembilan tahun lalu, mendapat 'hadiah' hari raya paling berharga apabila Mahkamah Persekutuan hari ini memerintahkan agar dia diterima semula dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Panel lima hakim diketuai oleh Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin memutuskan demikian secara sebulat suara selepas menolak permohonan pihak kerajaan untuk mendapat kebenaran merayu dalam kes terhadap Sattar Jaafar.

Beliau yang bersidang bersama-sama Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum; Tan Sri Ahmad Maarop, Datin Paduka Zaleha Zahari dan Datuk Zainun Ali turut memerintahkan pemohon membayar kos RM10,000.

Mahkamah berpuas hati bahawa pihak pemohon perlu berlaku adil kepada Sattar, 42, jika ingin mengambil tindakan terhadapnya berhubung pembatalan surat tunjuk sebab yang dikeluarkan kepadanya.

Pemohon-pemohon yang terdiri daripada Pengerusi Lembaga Tatatertib Suruhanjaya Polis Diraja Malaysia dan dua lagi diwakili oleh Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan manakala Sattar diwakili peguam G. Subramaniam Nair dan Ebrina Zubir.

Panel tersebut mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan pada 14 Februari lalu yang menolak rayuan kerajaan.

Dengan keputusan itu, segala ganti rugi iaitu tunggakan gaji dan elaun berserta faedah sepanjang tempoh pemberhentian bermula 18 Ogos 2004, akan ditaksir oleh Penolong Kanan Pendaftar.

Mahkamah mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Muar, Johor pada 4 April 2011 yang membenarkan permohonan semakan kehakimannya untuk mengetepikan perintah pasukan itu yang memecat Sattar kerana kesalahan khalwat.

Ketika dipecat, Sattar bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat sebagai pegawai penyiasat trafik. Bapa kepada empat anak itu kemudian menyara hidup dengan membuat kerja sambilan.

Rentetan pemecatannya bermula apabila Sattar menerima surat tunjuk sebab pada 5 Mei 2004 berhubung keputusan Mahkamah Syariah Johor Bahru pada 14 Ogos 2003 yang mensabitkannya atas tuduhan khalwat. Dia mengaku bersalah dan didenda RM900 atas kesalahan itu.

Surat tersebut menyatakan dia boleh dikenakan tindakan lain tanpa diberhentikan atau menghadapi penurunan pangkat. Dia menjawab surat tersebut pada 18 Mei 2004.

Bagaimanapun, Sattar menerima surat dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman bertarikh 18 Ogos 2004 yang menyatakan bahawa dia digantung tugas kerana kesalahan khalwat.

Selanjutnya, dia menerima sepucuk surat lagi bertarikh 20 Mac 2006 memaklumkan bahawa dia dipecat berdasarkan Peraturan 33(1) dibaca bersama Peraturan 38(g) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tata Tertib) 1993.

Tidak berpuas hati dengan keputusan itu, dia memfailkan permohonan semakan kehakiman pada 9 Ogos 2007.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat