{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Politik

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Politik


DAP perlu akur arahan ROS

Posted: 31 Jul 2013 11:28 AM PDT

Oleh ASSIM HASSAN
pengarang@utusan.com.my

LIM Kit Siang menangis ketika sidang akhbar mengenai isu DAP tidak boleh menggunakan lambang Roket dalam Pilihan Raya Umum lalu dan aksinya itu bagaimanapun dianggap oleh pemimpin NGO sebagai satu sandiwara politik. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR 31 Julai - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan bapanya, Lim Kit Siang tidak perlu khuatir dengan keputusan yang dibuat oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) berhubung kedudukan parti itu.

Menurut aktivis MIC, Datuk R. Ramanan, kedua-dua pemimpin tersebut boleh meneruskan sandiwara bagi meraih simpati kerana masyarakat Cina akan terus mempercayai mereka.

"Guan Eng dan Kit Siang amat bernasib baik kerana majoriti kaum Cina menganggap sandiwara mereka berdua seperti satu lagu yang amat merdu dan indah.

"Mereka pastinya telah ada skrip lakonan apabila ROS membuat keputusan berhubung isu penyelewengan dalam pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti itu tahun lalu," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Isu pemilihan CEC parti itu tahun lalu menimbulkan keraguan kerana didakwa wujud penyelewengan oleh ahlinya sendiri apabila DAP dikatakan gagal memberikan notis kepada 753 delegasi yang merupakan ahli sah dan layak mengundi pada hari tersebut.

Isu itu juga menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pemimpin dan bekas pemimpin sehingga ada yang bertindak membawa kes itu ke mahkamah.

Ramanan berkata, ROS tidak harus teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap DAP berhubung isu pemilihan CEC parti berkenaan.

Secara sinis beliau berkata, Barisan Nasional (BN) pula perlu menerima hakikat bahawa kaum Cina pasti akan percaya dengan sandiwara Guan Eng dan Kit Siang itu.

"Mereka juga tidak peduli tentang manipulasi yang dilakukan oleh Guan Eng," katanya.

ROS jelas beliau, hanya perlu mengambil kira aduan-aduan daripada ahli DAP dan terus membuat keputusan mengikut peruntukan undang-undang.

"Pihak ROS harus tahu bahawa Melayu dan kaum India sudah tidak percaya lagi dengan sandiwara politik Guan Eng dan Kit Siang. Hanya kaum Cina yang percaya dengan lakonan mereka," katanya.

Sebagai contoh, jelas beliau, mereka semua percaya dengan 'drama tangisan' dan sandiwara Kit Siang tentang isi kandungan surat ROS bertarikh 17 April 2013.

Zamil tempelak Gobind isu CEC DAP

Posted: 31 Jul 2013 11:28 AM PDT

KUALA LUMPUR 31 Julai - Ahli Parlimen DAP Puchong, Gobind Singh Deo ditempelak kerana bersikap hipokrit selepas meminta polis menyiasat kes tembak membabitkan Pengerusi Pasukan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), R. Sri Sanjeevan tetapi hanya mendiamkan diri dalam isu pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP.

Pemimpin Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim berkata, Gobind sepatutnya lebih memperjuangkan isu penyelewengan dalam pemilihan CEC termasuk membela nasib sebanyak 753 perwakilan India yang dinafikan peluang hadir dan mengundi dalam pemilihan tersebut.

"Tindakan Gobind itu mungkin kerana Sri Sanjeevan merupakan sahabat dan penyokong beliau," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 4.30 petang Sabtu lalu, Sri Sanjeevan, 29, cedera parah akibat ditembak dua lelaki bermotosikal ketika memandu kereta jenis BMW.

Mangsa menaiki kereta itu bersama seorang rakan dan berhenti di lampu isyarat berhampiran Taman Cempaka, Bahau, Negeri Sembilan sebelum dua lelaki berpistol melepaskan tembakan.

Isu pemilihan CEC DAP pada Disember tahun lalu pula menimbulkan keraguan kerana didakwa terdapat unsur penyelewengan oleh ahlinya sendiri selepas parti itu dikatakan gagal memberi notis kepada sebahagian perwakilan yang merupakan ahli sah dan layak mengundi hadir pada hari tersebut.

Dalam masa sama, Zamil turut mendesak Gobind menjelaskan bagaimana beliau dan bapanya, Karpal Singh boleh menang besar dalam pemilihan CEC tahun lalu.

"Apakah kemenangan beliau itu juga merupakan penipuan seperti yang didedahkan oleh Father Augustus Chen dalam buku The Equity Report?" katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

G. Musang

J. Bahru

Terengganu

A. Setar