{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda jenderak - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda jenderak - Google Blog Search


WAN HANAFI WAN MIN: <b>FELDA JENDERAK</b> SELATAN

Posted: 22 May 2013 12:07 AM PDT

SEBULAN di Felda Kemasul kumpulan kami kumpulan D (TFABM kumpulan 2 1979) dipindahkan pula ke Felda Jenderak Selatan Kuala Krau untuk menjalani praktikal kawasan getah. Rancangan ini juga baru dimasukkan peneroka dan masih belum mempunyai kemudahan asas secukupnya.

Di sini kami terpaksa menaiki trektor ke ladang untuk melihat kerja-kerja menanam pokok getah di jalankan. Dapat aku belajar serba sedikit mengenai klon getah menerusi tunjuk ajar pengurus serta kakitangan sedia ada.

Ramai kawan-kawan kalangan TFA yang mula menunjukkan rasa bosan berada di rancangan FELDA. Maklumlah, berada di sebuah rancangan pendalaman, sukar untuk keluar masuk apabila habis waktu pejabat dan kadangkala terpaksa membuat kerja praktikal termasuk mengisi tanah ke dalam polibeg  di tapak semaian.

Pekan paling hampir ialah Kuala Krau, namun kami tidak dapat ke sana kerana tiada kenderaan. Pihak kakitangan daripada sekolah latihan hanya berkuntung sesekali membuat lawatan atau datang membuat bayaran elaun bulanan kami.

Semasa berada di rancangan untuk menjalani praktikal ini kami dibayar elaun penuh iaitu sebanyak RM130 sebulan.

Memang membosankan. Ramai kawan-kawan yang mula memohon kerja baru untuk meninggalkan rancangan Felda.

Catatan:


Felda Jenderak Selatan mula dibangunkan pada  tahun 1970. Kemasukan peneroka bagi peringkat 01 ialah pada tahun 1974, dan diikuti peringkat 02 pada tahun 1976. Sektor utama yang dijalankan pada masa kini ialah sektor pertanian iaitu penanaman getah secara berkelompok, di mana luas tanaman ialah 1,780 hektar. Keluasan kampung adalah 98 hektar, manakala sebanyak 450 keluarga di kawasan Felda Jenderak Selatan dan penduduknya terdiri daripada bangsa Melayu dan orang Asli.
 Felda Jenderak Selatan terletak di tengah-tengah antara bandar Jerantut dan bandar Temerloh. Jarak ke bandar Temerloh ialah sejauh 49km, manakala ke bandar Jerantut ialah sejauh 42km. Manakala pekan yang berhampiran dengan Felda Jenderak Selatan ialah Pekan Kuala Krau. Felda Jenderak Selatan terletak di dalam Wilayah Mempaga, Daerah Temerloh, Negeri Pahang, Parlimen Kuala Krau dan DUN Jenderak. Terdapat 11 blok rumah di dalam kawasan Felda Jenderak Selatan.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat