Harian Metro: Setempat
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: Setempat |
Posted: 29 Jul 2013 02:56 PM PDT Kuala Lumpur: Impian menyambut kemeriahan Aidilfitri bagi lima keluarga berkecai selepas kediaman mereka dan sebuah pejabat musnah dalam kebakaran di Kampung Pasir Baru, Pantai Dalam, di sini, pagi semalam. Dalam kejadian jam 8 pagi itu, api marak dengan cepat menyebabkan lima kediaman dan sebuah pejabat yang terletak berderetan di Jalan Pasir Tengah membabitkan 19 penghuni, musnah.
"Sebaik mengetahui ada kebakaran, saya terus membawa anak dan ibu saya berusia 70 tahun keluar dari rumah dan mengarahkan mereka masuk ke dalam kereta yang diletakkan depan rumah. Sebaik mengundur kereta, saya mendapati api sedang marak membakar rumah.
ANGGOTA bomba berusaha memadamkan kebakaran deretan rumah di Kampung Pasir Baru, semalam. Seorang lagi mangsa, Rafeah Othman, 37, berkata, dia kini buntu memikirkan di mana mereka akan menetap selepas kediaman yang disewa lebih lima tahun lalu musnah terbakar.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Khirudin Drahman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 8 pagi dan tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Pantai, Seputeh dan Hang Tuah dikerah ke lokasi kejadian untuk memadamkan kebakaran. Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/30 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |