{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Hip

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Hip


Syarat Farid buat mentua

Posted: 29 Jul 2013 05:16 PM PDT

Ibu Diana Danielle perlu bersemuka dengannya dulu sebelum dapat jenguk cucu

Ada syarat perlu dipatuhi ibu kepada pelakon Diana Danielle, iaitu Norsiah Ramli, jika wanita itu mahu melihat anak tunggal dan cucunya yang baru dilahirkan itu.

Kata menantunya, Farid Kamil, Norsiah atau lebih mesra disapa Mama perlu bersemuka dengannya, sekali gus menyelesaikan beberapa masalah yang masih belum selesai antara mereka.

"Banyak cerita negatif yang saya dengar daripada mulutnya mengenai kami berdua. Supaya perkara ini tidak menjadi lebih panjang, dia perlu berjumpa dengan saya dan selesaikan beberapa perkara terlebih dulu jika dia mahu bertemu anak serta cucunya.

"Saya bukan berdendam, cuma sekadar mahu melindungi isteri dan si anak kecil kerana saya dapat berasakan ibu mentua saya mahu melakukan sesuatu yang tidak diingini terhadap anak saya," kata Farid ketika ditemui pada majlis pelancaran drama Jodoh Itu Milik Kita di ibu negara, petang semalam.

Menerusi drama bersiri yang bakal disiarkan di saluran Astro Mustika HD itu, Farid memegang watak sebagai Aariz. Turut berlakon di sisinya dalam drama itu ialah Tiz Zaqyah, yang membawakan karakter bernama Dahlia.

Perkahwinan tidak direstui

Kata Farid lagi, dia berasa perlu berbuat demikian kerana Diana juga amat kecewa dengan ibunya.
"Setakat ini, saya tidak pernah mendengar yang Diana merindui ibunya, tetapi lebih kepada perasaan kecewa kerana dia tahu ibunya memang tidak merestui perkahwinan kami," dedahnya.

Farid berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan mengenai hubungannya dengan Norsiah selepas berlaku insiden meluahkan perasaan tidak puas hatinya terhadap wanita terbabit menerusi laman sosial Twitter miliknya, baru-baru ini.

Bayi belum daftar

Bercerita mengenai zuriatnya yang lahir di Sydney, Australia, 2 Julai lalu, Farid berkata, sehingga kini bayi lelaki itu masih belum didaftarkan.

"Kami memang mahu mendaftarkan kelahirannya di Malaysia. Di Sydney, orang luar memang tidak digalakkan mendaftarkan kelahiran di sana dan memang sukar sebenarnya untuk berbuat demikian.

"Sebab itu, sehingga kini anak saya itu belum diberi nama. Begitupun, ada beberapa nama dalam cadangan, tetapi saya menunggu malam Ramadan 15 ke atas untuk mendapat ilham nama yang lebih baik. Buat masa ini kami memanggilnya baby saja," ujar Farid sambil memaklumkan, dia membahasakan dirinya sebagai Babah manakala Diana pula sebagai ibu.

Ditanya mengenai keadaan Diana selepas tiga minggu melahirkan, Farid berkata, isterinya sihat cuma mengalami sindrom 'baby blues'.

"Ketika hamil, Diana tidak mengalami alahan yang teruk. Saya juga bersyukur dia tidak mengidam yang bukan-bukan. Ketika berpantang ini pula, dia dijaga saudara rapat saya.

"Cuma apabila sindrom itu datang, dia akan menjadi terlalu emosi dan tidak suka jika saya pegang bayi lama-lama," terangnya.

Ditanya apakah dia bakal meraikan Aidilfitri di Kuala Lumpur, Farid berkata, besar kemungkinan dia akan meraikan 1 Syawal di Australia sebelum pulang beraya dengan keluarganya di Kedah.

Isu filem kontroversi The New Village: FINAS lepas tangan

Posted: 29 Jul 2013 05:14 PM PDT

Tarikh baru tayangan filem Astro Shaw ditentukan selepas LPF buat penilaian semula Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) menyerahkan kepada Lembaga Penapisan Filem (LPF) untuk semakan semula filem kontroversi, The New Village, seperti diarahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) berikutan dakwaan wujudnya elemen mengagungkan komunis dalam naskhah terbabit, sebelum menetapkan tarikh tayangan baru. Ketua Pengarahnya, Raja Rozaimie Dalnish Shah, berkata pihaknya hanya bertanggungjawab memberikan tarikh tayangan berdasarkan giliran dan kekosongan tempat selepas LPF mengeluarkan Sijil Perakuan A iaitu kebenaran tayangan.

"LPF yang akan menilai semula filem itu. Kami (FINAS), sejak peringkat awal pembikinan filem ini sudah mengikuti prosedur lengkap dengan mengeluarkan Sijil Perakuan Penggambaran (SPP) dan kemudian, sebaik LPF memberi kelulusan, kami tetapkan pula tarikh Wajib Tayang.

"Soal lambat atau cepat sesuatu filem itu berada di pawagam, ia bergantung kepada kekosongan. Walaupun ada penerbit meminta filem mereka ditayang pada tarikh tertentu, FINAS tetap melihat kepada giliran atau kekosongan masa," katanya ketika dihubungi HIP, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas arahan KDN supaya menangguh penayangan filem terbitan Astro Shaw itu, yang sepatutnya pada 22 Ogos ini, berikutan bantahan pelbagai pihak kerana ia didakwa memaparkan propaganda komunis.

Mesej tersembunyi

Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dilaporkan berkata, keputusan itu dibuat bagi membolehkan penelitian semula dilakukan untuk menilai sama ada ia mengandungi plot atau mesej tersembunyi.

Ditanya sama ada jawatankuasa skim wajib tayang di bawah FINAS sudah menonton filem berlatarkan era Tanah Melayu sekitar 1949 itu, akui Raja Rozaimie, prosedur berkenaan memang diikuti sebelum memberikan tarikh tayangan, namun enggan mengulas lanjut.

Bagaimanapun, dia mengakui, sebelum mengeluarkan SPP, syarikat produksi perlu memenuhi syarat Padu Citra selain menghantar dokumen berkaitan termasuk skrip serta senarai pelakon kepada Bahagian Penguatkuasaan dan Pelesenan FINAS.

The New Village berkisar percintaan dua darjat, iaitu antara seorang komunis yang jatuh cinta kepada gadis kampung. Bagaimanapun, hubungan mereka berdepan cabaran disebabkan ketegangan Tanah Melayu ketika itu, yang diisytihar darurat berikutan peperangan antara tentera British dengan Parti Komunis Malaya (PKM).

Antara paparan sutradara Wong Kew Lit adalah gerakan Malayan People Anti's-Japanese Army (MPAJA) sebagai pejuang kemerdekaan, trailernya pula seolah-olah menunjukkan Tanah Melayu asalnya milik bangsa Cina, selain dialog yang boleh menyentuh sensitiviti penduduk Melayu di negara ini.

Semak semula kandungan

Selain Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Persatuan Seniman (SENIMAN) juga membantah tayangan filem terbabit, yang dilihat membawa ideologi komunis, sekali gus cuba merosakkan perpaduan kaum.

Menerusi kenyataan media yang dikongsi di laman Facebook rasmi persatuan itu, mereka bekerjasama dengan Presiden Gabungan Persatuan Karyawan (GAFIM) mengadakan bantahan supaya penilaian semula terhadap kandungan filem itu dilakukan secara terperinci, sebelum mendapat kebenaran untuk dipaparkan kepada umum.

"Kami berharap semua penggiat seni membantah pengisian sensitif di dalam filem ini yang seakan mengubah fakta sejarah Malaysia. Jika tidak diselia, ia boleh menjadi alat provokasi apatah lagi tayangannya menghampiri sambutan Hari Kemerdekaan negara," kata kenyataan terbabit.

Sementara itu, Penerbit Tayangan Unggul Sdn Bhd (TUSB) / Astro Shaw, Gayatri Su-Lin Pillai, selaku produser The New Village yang pada awalnya tidak menjawab panggilan HIP kemudian menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) pada jam 4 petang, memaklumkan dirinya masih di bilik mesyuarat.

"Saya minta maaf sebab tidak dapat menjawab panggilan. Saya masih bermesyuarat. Nanti saya akan hubungi anda semula," katanya yang difahamkan terbabit dalam perbincangan berhubung nasib filem terbabit sejak pagi.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat